Monday, May 20, 2013

Anak baru huhuu....

Assalammualaikum :)


Petang semalam tengah amik angin kat luar rumah dengan jejebon tetiba dengar sore budak kecik manangis. Mummy keluar lah sambil cari dari mana suara tu datang. Pastu tetiba nampak anak kucing muncul dari simpang empat depan rumah, menjerit sambil terkedek-kedek berlari atas jalan raya. Terkejut jugak dari mana pulak budak kecik ni muncul tetiba boleh ada kat atas jalan raya tu. Bila mummy panggil terus dia datang.



Tengok badan takde kesan cedera ke apa cuma kurus dan kotor terutama kat bahagian ekor dan kaki belakang.  Terus mummy bagi makan, habis semangkuk tu dia makan. Mesti dia kelaparan. Kesian betul mummy tengok, bayangkan kecik-kecik lagi terpaksa berlapar, ke sana ke mari mencari makan dengan perut kosong. Kita yang dah tua bangka ni pon tak tahan berlapar kan apalagi anak yang sekecil ini..




Lepas makan tu mummy mandikan, mandi dengan air suam dan aloe vera shampoo. Kotor kat ekor tu rupanya poop yang dah kering melekat kat situ. Mesti perutnya tak sedap mengutip makan yang bukan-bukan, poop pon jadi cair meleleh comot.





Kalau ikutkan memang tanak dah tambah, cukup lah yang ada ni. Tapi tulah bila dah nampak kat depan mata memang tak sanggup nak buat tak tahu. Kita tak mengutip dia pulak yang datang pada kite. Tapi takpelah mummy terima dengan hati terbuka. Mungkin Dia yang hantar si kecik ni pada mummy, untuk sama-sama berkongsi rezeki, untuk sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan semua rezeki yang diberi. InsyaAllah ada rezekinya pada si kecik ni :)




Budak kecik ni garang yg amat! Habis semua jejebon disemburnya. Suara tu kalau marah kemain bingit lagi menjerit. Sekor jebon pon tak berani nak dekat. Jangan kan nak berkenalan baru nak amik bau pon dah menyembur terpacak-pacak bulu si kecik nih. Sudahnya jejebon semua pakat duduk kat luar rumah malam tadi, dapat lah budak kecik ni conquer mummy sekor-sekor huhuhu...




haa...tengok! garang kan...memang garang giler ah! Kuku tu sentiasa jer keluar pastu tengok orang macam nak telan sambil menderam. Tapi rasanya berjaya la kot dia buat garang tu, jejebon semua kecut perut tengok budak kecik nih hehehe..



Oleh kerana budak ni garang yang amat, mummy bagi nama ARJUNA kat dia. Bagi dia slow-down sket, bagi dia jadi romantik sket HUAHUA. Nasib kamu la Juna...

8 comments:

:: fAzRa :: said...

dia mcm ahbeng sy.... ahbeng masa zaman sy amik dia drpd rumah kakak yg rescue stray cats and dogs....

alhamdulillah..moga dia gembira duk situ....hhhmm..belakang rumah sy ni pun..ade stray cat...sian tgk kak...pastu terus terfikir...anak2 bulu sy duk dlm rumah..tdo kemain lagik ats toto bagai...tp...dorg tdo ats simen..tanah..huhuhuhu....

tp dh bgi nama kat dia...cimot...dia takut lagi dgn sy....hahaha

arjuna, tak mau garang2 tau....

linda said...

Auwwww Juna garang ye... tgk nnt mommy awk sunatkan awk nnt garang lg tak. Hiks

saya said...

alahai comelnya..macam muka si cumi yang saya bela sekejap tapi dibuang dek jiran. sakit hati okehhh!!!! macamkan kotor benar kalo ada kucing walhal budak tu datang time makan je pon. dan bukan pi kat rumah dia pon. alasannya bising bunyi kucing mengeow. esok dapat pekak baru kau tau. sedih sangat tau tak. huhuhuhuuu..hug n kisses for arjuna. sebijik muka cumi. sayang dia.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kesian dia kan.. nasib baik jumpa rumah mummy

Ms.fida said...

Ahhhh nom nom nom nomellllll miew ^______^

ctpayong said...

garang salah satu proses survival. lama2 kena ketiak mummy sure juna lentok punya...

telinge besar....jaguan ni sok. kalau jantan la.

HyRoSSa NeNy said...

dtg dgn rezeki tu mommy ^_^

Lara sushi said...

juna tawww bukan yunaaa..hihihi..tak padan kecik..gigit tinger kangg