Friday, May 17, 2013

Kisah Jantan Samseng

Share
Assalammulaikum




Entri hari ini dimulakan dengan gambar sebuah bekas makanan yang sudah tumpah tergolek. Bukan kerja jejebon tapi keje kucing liar. Ada dua hekor stray jantan ni, sekor hitam pekat berkilat, sekor lagi belang hitam berekor kembang sangat gengster, samseng dan taiko di kawasan ni. Untuk mengelakkan dia bergaduh dengan jejebon jantan mummy, mummy sediakan makanan untuk dorang jauh kat stor belakang sana supaya dorang tak terserempak dengan jejebon mummy.


Disebabkan kegengteran, kesamsengan dan ego seekor jantan, mereka ni tetap datang ke rumah. Jejebon yang dok kat luar tu boleh la diharap, pandai nak mempertahankan diri dan pandai menjaga rumah. Kalau ada stray yang dah tumpang makan tapi masih tak bersyukur nak carik gaduh memang kena perambat. Tapi yang peliknya jejebon kecik yang tinggal kat dalam rumah tu, sekor pon takde yang boleh diharap. Memasing buat tak tahu jer bila jantan samseng dua hekor ni masuk porak-perandakan rumah. Jantan samseng tu pon takde pulak dia nak perambat jejebon kecik tu, dia cuma masuk rumah, makan, kecah-kecahkan pastu keluar. Samseng kan?? grrrrrr.......















suka?

5comments: