Wednesday, May 29, 2013

Mia, Juna & Andre







Camtu la telatah si Mia kalau dia datang rumah maklong. Kejenya asik dok bukak tutup pintu cage tu, dia sibok nak masuk kat dalam cage tuu...maklong tak bagi la kan. Tapi Mia pandai, bila bukak pintu cage tu Mia takan bagi Juna keluar. Bila Juna nak keluar dia akan hadang, "angan..angan...tup..tup!" sambil tutup pintu hehe..


Andre yang sakit kat atas tu Mia tak diusik. Maklong cakap, "jangan kacau Andre tau...dia sakit" Pastu Mia cakap, " iyan Ande...iyan Ande..." Kesian Andre katanya hehe..


Andre dah balik rumah mak dia dah. Busu cakap nak ambik hari Rabu tapi malam tadi dia dah datang ambik. Rindu la tu. Cakap kat Busu, Andre dah boleh bangun dan pusing badan sendiri, Andre dah semakin kuat. InsyaAllah Andre pasti boleh sembuh semula. Semangat Andre kuat!




Macam dah rasa rindu pulak dengan Andre. Selalu pagi-pagi bangun mesti tengok dia dulu, pagi tadi bangun pegi kat cage pastu tengok Andre takde, lupa pulak Andre dah balik hehe.. Selamat tinggal Andre, nanti kite jumpa lagi yer...

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

pandai nya Mia..

ctpayong said...

baguslah mia. friendly kat meowww. mia pun nampak gaya tak alergy kat budak2 eko ni. penat jugak kalau ada tamu yang alergy ngan meowww dtg kat tempat kita...semua kena duduk luar...kesian kekadang tengok diaorg ngendeng nak masok....