Tuesday, May 7, 2013

Pastikan Malaysia terus aman

Share
Selesai PRU13 bila tengok status-status kat FB ramai yang sedih dan kecewa. Setakat meluahkan rasa sedih dan kecewa tu ok lagi, ada tu yang dok protes ambik gambar pegang bendera Malaysia terbalik, pastu keluarkan status yang menimbulkan kemarahan bangsa lain, yang lebih melampau mengadu dan mintak tolong pada negara asing! Memalukan dan sangat mendukacitakan.


Politik rasis macam ni perlu dihentikan. Berhentilah bercakap mengenai perkauman dan bangsa, jangan meniupkan api perkauman. Jangan kongsikan apa-apa gambar atau maklumat yang anda sendiri tak pasti kesahihannya.


Negara lain kagum dengan keamanan Malaysia yang berbilang kaum kenapa kita rakyat Malaysia nak menghancurkan keamanan tu sendiri??


Kita sebagai umat Islam kena ingat semua ni ketentuanNya. Pasti ada sebab-musabab dan hikmah disebaliknya. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Malaysia tercinta.


Pada yang telah menang tunaikan lah janji dan jalankan lah tanggungjawab dengan penuh amanah demi keamanan Malaysia, SELAMANYA!



Gambar kenangan PRU13. Nak letak gak dalam blog buat kenangan heheee......


shhhhhhhhh.......................



teserlah kejakonannya di situ






suka?

7comments: