Saturday, May 4, 2013

Sekadar pandangan dua sen saya...

Assalammualaikum w.b.t


Esok mengundikan...? Nak cakap sikit...sikit jer. Jarang benar saya nak bercakap pasal politik samada secara lisan mahupun tulisan. Bukan tak ambil tahu tapi saya lebih suka memerhati. Yang sana saya pandang yang sini saya perhati.


Tapi yang mana menjadi pilihan hati? Pastinya pilihan itu nanti diharapkan dapat mengekalkan keamanan Malaysia tercinta, mampu mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam, tanah Malaysia ini adalah tanah melayu. Tidak menidakkan hak-hak orang melayu. Kerana asal usulnya bergitu bukan cerita dogeng dan bukan cerita palsu.


Yang mana-mana pon manusia jua yang bakal memerintah, bukan malaikat bukan nabi. Kalau namanya manusia pasti ada silapnya di mana-mana. Tak kan ada yang sempurna. Kurangnya di sana lebihnya di sini, lebihnya di sini kurangnya di sana. Kalau dah namanya manusia, bila mana kuasa dalam genggaman tak banyak sikit pasti akan mengaburi mata. Sikap tamak timbul, rasa angkuh meninggi. Itu pasti. Terpulang jika mengambil hak yang bukan milik sendiri, terpulang jika melaksanakan ketidakadilan di sini kerana yang pasti tidak akan terlepas 'di sana' nanti.


Pilihan rakyat nanti akan memikul tanggungjawab memastikan agar semuanya baik-baik belaka. Agar rakyat tidak teraniaya, agar rakyat terpelihara haknya.


Saya akan menunaikan tanggungjawab dengan memangkah esok, tunaikan lah tanggungjawab anda wahai bakal pemerintah negara.





4 comments:

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

in shaa Allah.
apabila meminta dengan baik
apabila berkata dengan baik
apabila bersangka baik
nescaya Allah SWT akan berikan yang baik...malah akan Dia berikan yang terbaik.

Mijoe said...

patut diadakan pilihanraya jejebon sekali kan KK! :) kalau kat rumah KK tuh, incek mijoe dah tahu dah sapa wakil DUN dan Parlimennye... mesti YB Momon kan? :)

slamat ngundi KK! Semoga calon DUN dan Parlimen yg bakal menang di kawasan KK nanti bekerja dan berkhidmat utk masyarakat dengan jujur, ikhlas dan amanah! :)

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy....selamat mengundi yer...;)

aby said...

Selamat mengundi mm ...
Tk ada parti guna muka kucing sebagai lambang la. Ape pun,
Make a right choice