Saturday, May 25, 2013

Semangat juang Andre

Share

















Ini Andre. Andre ni kucing mak sedara mummy. Mummy panggil beliau Busu sebab beliau adalah makcik yang paling bongsu. Andre sebenarnya termakan racun. Tak tahu bagaimana tiba-tiba Busu perasan mulut Andre dah biru. Mungkin banyak jumlah racun yang dimakan, keadaan Andre amat teruk sekali, Andre kekejangan dan tak boleh makan hampir 3 minggu. Badannya jadi kurus tinggal tulang. Vet kata Andre boleh sembuh semula tetapi mengambil masa yang lama.


Sekarang Andre dah sembuh, Andre dah boleh makan minum dengan sendiri tetapi Andre masih belum boleh berjalan. Bayangkan lah Andre tak makan selama 3 minggu, badannya mengecut sehingga tinggal tulang. Tetapi Andre terus menunjukkan perubahan positif, semangat Andre kuat untuk terus hidup. Andre dah boleh mengangkat kepala, dan menjilat bulu walaupun mengigil-gigil nak mengawal pergerakkan. 


Ketika Busu telefon bertanya tempat boarding untuk Andre. Terus saya mintak busu hantar Andre ke rumah. Tak sampai hati saya mengenangkan Andre yang masih belum sihat. Pada mulanya Busu tak mahu sebab Busu sedia maklum keadaan saya, anak-anak saya yang ramai dan ada yang sakit memerlukan perhatian, Busu tak nak susahkan saya. Tapi saya memang bersungguh mahu menjaga Andre, saya mintak Busu hantar Andre pada saya. Ketika Busu datang menghantar Andre, Busu menangis sambil memeluk saya. Saya faham perasaan Busu. Saya katakan pada Busu supaya jangan terlalu risau, InsyaAllah saya boleh menjaga Andre.





Sekarang Andre berada di rumah mummy. Mungkin Andre akan berada di sini selama 5 hari. Andre berkongsi cage dengan Arjuna. Mummy bahagikan cage tu menjadi dua bahagian. Andre di atas dan Arjuna dibawah. Andre tak boleh berjalan jadi Andre akan poo pee di situ sahaja. Mummy cuma alaskan lampin pakai buang di bawah Andre. Arjuna berada di bawah untuk memudahkan dia keluar masuk dari cage tu. Setakat ni syukur alhamdulillah takde pape masalah. Semoga Andre selesa berada di sini dan terus memberikan perubahan yang positif.


Cepat sembuh Andre. You are an amazing fighter!

suka?

13comments: