Tuesday, May 14, 2013

Si Kecil yang bernama Tuah

Share
Assalammualaikum


Baru-baru ni mummy ada jaga dan rawat seekor anak kucing yang kemalangan. Kalau ada yang follow FB mummy tu tahu la kot..


Kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas, masa tu mak ngan adik on the way nak ke Kota Tinggi. Masa berhenti kat simpang empat tu mak ternampak anak kucing yang baru jer kena langgar. Terus mak turun ambil anak kucing tu dan patah balik ke rumah. Masa tu mummy tengah memvakum, terus campak vakum tu bersiap-siap nak hantar ke klinik.


Vet kata keadaannya terlalu lemah, anak kucing tu terlalu kurus dan kakinya patah. Sedihnya mummy dengar, mungkin si Kecil ni sedang merayau mencari makan ketika tu. Vet bagi dua injection dan bekalkan ubat makan untuk sepuluh hari dan minyak herba untuk diurut pada kaki.


Mummy bagi si Kecil tu nama Tuah, ada teman yang cadangkan. Hari-hari mummy rawat Tuah dengan harapan agar Tuah sembuh. Sehari empat kali mummy suapkan makan, 2 kali diberi makan ubat dan 2 kali kakinya diurut. Itulah rutin hari-hari sehinggalah malam semalam Tuah muntah beberapa kali selepas diberi makan. Dan pagi tadi bila mummy nak bagi makan, Tuah mengetap kuat giginya, Tuah taknak makan. Walaupon mummy berjaya bagi Tuah makan mummy sedih dan risau bila tengok keadaan Tuah macam tu..


Tengahari tadi mummy balik macam biasa, mummy tak sabar-sabar nak balik nak suap Tuah makan sebab mummy ingat pagi tadi Tuah cuma makan sedikit saja tentu Tuah lapar. Sampai rumah mummy terus mendapatkan Tuah. Namun luluh hati ketika melihat tubuh Tuah terbujur kaku tidak bernyawa lagi. Tuah dah pergi....pergi ke sisi penciptanya.


Sedih memang sedih. Sangat sedih. Tapi mummy tak rasa ralat sebab mummy dah cuba yang terdaya dan termampu mummy untuk selamatkan Tuah. Mummy redha, mummy tahu itu pasti yang terbaik untuk Tuah.


Tuah dah tak sakit lagi kan sayang...?


video




suka?

5comments: