Tuesday, June 4, 2013

Juna ceceme srott..srott....

Share








Juna selsema, asik tebersin-bersin jer... Tengahari tadi mummy keluar awal bawak Juna ke Vet. Dapat ubat pil untuk selsema dan antibiotik, pastu sebotol ubat air. Dapat ubat air ni yang leceh, mummy memang tak suka.


Bebudak ni kan kalo diberi ubat air lebih banyak yang terluah dari yang ditelan, geram betol! Kalau ubat pil tu senang sikit, mummy just masukkan dalam wetfood bentukkan bulat, ngangakan mulut pastu tonyoh terus masuk mulut haaa...memang senang! Tapi takde la tonyoh kekuat, mummy just tolak masuk wetfood tu guna jari sampai bebetul kat tekak dia. Wetfood tu kan lembut jadi senang nak ditelan.


Vet pesan soh bagi Juna minum air banyak-banyak. Kalau dia taknak kena paksa. Tapi mujur lah Juna kerap minum jadi takde masalah. Makan pon takde masalah masih berselera tak macam orang sakit pon. Hari tu masa mummy nak belikan kibbles Juna, RC Babycat tu habis so mummy beli RC Kitten, memula poop dia macam cair tapi sekarang dah ok, mulat-mulat, comel dan molek tahinya hakhak... 


Harap Arjuna mummy ni cepat sembuh yer...


muka tak puas hati kena paksa makan ubat hehe...


suka?

1 comments: