Thursday, June 13, 2013

Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Haiwan Peliharaan

Assalammualaikum :)



"An Apple A Day keeps The Doctor Away"  Biasa dengar ungkapan ni kan..Tapi betul ker? Haa...hari ni saya nak cerita pasal epal. Bukan epal merah bukan epal hijau tetapi cuka epal.



Bragg Apple Cider Vinegar. Saya menggemari jenama ini.


Berikut ini diambil dari sebuah artikel oleh Dr Alicia McWatters, Ph.D., CNC:

"Banyak vitamin, mineral dan lain-lain nutrien dan bahan-bahan yang terdapat di Bragg ACV untuk meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan. Bragg ACV boleh membekalkan mereka dengan enzim dan mineral yang penting, seperti kalium, kalsium, magnesium, sulfur, klorin, fosforus, besi, silikon dan mineral lain. Vitamin yang terkandung dalam Bragg ACV adalah bioflavonoids (vitamin P), beta-karotena (pelopor kepada vitamin A), vitamin C, E, B1, B2 dan B6. Tannins dari dinding sel dihancurkan epal segar serta asid malic, asid tartarik, asid propionik, asid asetik dan pektin (serat) juga terkandung dalam Bragg ACV". 


Berikut pula adalah sebab-musabab yang sangat baik mengapa pemilik haiwan perlu sentiasa menyimpan sebotol Apple Cider Vinegar di rumah.

1. ACV mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang penting untuk membantu meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan.

2. ACV meneutralkan asid dalam anjing dan kucing. Menambah ACV dalam makanan mereka akan membantu menghilangkan kesan air mata coklat yang selalu terbentuk di bawah mata dengan mengimbangi pH haiwan kesayangan anda.

3. Mencampurkan ACV ke dalam air mandian (separuh air dan separuh ACV) dalam bilasan terakhir dapat menghilangkan kutu dan menghilangkan kegatalan kulit. Dan untuk memastikan kutu tidak kembali, campurkan sesudu kecil ACV dalam air minuman mereka. Laraskan jumlah cuka untuk haiwan kecil.

4. Untuk kurap pula, campuran satu pertiga air dan dua pertiga ACV disapu di kawasan yang berkurap menggunakan kapas dua kali sehari.

5. Untuk jangkitan dan hama telinga, celupkan cotton bud atau kapas dalam campuran ACV dan air untuk membersihkan telinga haiwan peliharaan anda kemudian dengan menggunakan bekas botol penitis mata, titiskan beberapa titik campuran ACV ke dalam telinga. Ulang setiap hari sehingga tanda-tanda jangkitan hilang.

6. ACV boleh disembur pada cage atau pet’s bed setiap beberapa hari untuk menghalau lalat dan membunuh kutu/hama.

7. Pemberian ACV juga boleh meningkatkan selera makan, mata menjadi lebih terang dan bulu akan menjadi lebih berkilat dan lebat.

8. Mencampurkan sedikit ACV dalam makanan atau minuman dapat mengelakkan batu karang dari terbentuk, terutamanya untuk kucing.
Nisbah ACV dan air adalah 1 bahagian ke 4 bahagian:
ACV = 1/2 sudu kecil dan Air = 2 sudu kecil.
Emergency Dose: Beri campuran di atas setiap 30 hingga 40 minit.
Maintenance Dose: Campurkan sedikit ACV ke dalam air minuman atau makanan dua atau tiga kali seminggu.

*terdapat banyak kes-kes kejayaan penggunaan ACV dalam merawat jangkitan saluran/pundi kencing (UTI/FLUTD) yang saya temui sepanjang mencari maklumat tentang ACV ini. Salah satunya anda boleh baca di sini Tiger's success story


Setelah banyak meng-goggle dan membaca saya mendapati bahawa ACV boleh menyembuh pelbagai lagi jenis penyakit, sememangnya ia dapat meningkatkan tahap kesihatan haiwan peliharaan dan yang paling penting ia SELAMAT. Sebagai pemilik kucing, saya rekemen supaya anda mula memberikan ACV kepada kucing/anjing anda. Kalau ada yang bela kuda, kambing atau lembu pon boleh. Haiwan lain saya tak pasti. Sila cari tahu jika ingin tahu. Jangan malas!


*Tips untuk membeli ACV, pastikan ia organic unfiltered, unpasteurized, unprocessed. JANGAN beli white distilled vinegar (cuka suling putih) kerana ia tidak mempunyai unsur-unsur manfaat.


p/s: Sila ambil perhatian, saya bukan seorang veterinarian atau pakar perubatan. Semua maklumat diperolehi daripada pengalaman sendiri, meng-goggle, membaca dan mencaritahu. Maklumat yang tertulis di blog ini juga mungkin tidak sama dengan artikel asal kerana telah diubahsuai berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat pada mummy-mummy dan daddy-daddy kepada anak-anak bulus sekalian.


kredit: 

6 comments:

:: fAzRa :: said...

boleh beli kat mana ye kak?

Naz said...

jenama lain pun boleh kan mummy..kan rumah ada cuka epal..igt utk org je..thanks for sharing

Amalina Ibrahim said...

Kat umah mmg da ade sebotol acv .. blk kang nak cuba lahhh

ctpayong said...

jazakallahkhoir mummy juna. apple cider pun baik utk mengurangkan kolestrol.

all - in - one ni nampak gaya.

esok pasti beli...

kucen master said...

tq.maklumat yg bermanfaat

Nur Misnan said...

Good sharing here...
Kopi n susu suka minum campuran apple cider organic...