Monday, July 8, 2013

Demam Penat

Share
Assalammualaikum 


Pagi tadi tengah kelam-kabut mengemas sebelum pegi kerja perasan mangkuk Juna masih penuh dengan makanan. Kenapa pulak tanak makan budak Juna nih? Pegang badan dia terasa hangat. Baru nak demam ni. Mummy bagi minum susu kambing pastu terus bagi ubat demam ngan antibiotik yang memang sentiasa ada dalam stok simpanan ubat. Harap tak melarat.


Semalamnya tu mummy lepaskan Juna main kat luar dengan abang-abang dia. Kemain sonok dapat lepas kat luar. Berkejar-kejaran dengan abang-abang dia, manjat pokok rambutan, lompat sana lompat sini, main daun kering, kejar ayam. Penat sangat agaknya sampai demam demam.


Lunch break tadi mummy balik, bukak jer pintu si Juna dah mengejar. Tengok dah aktif syukur alhamdulillah. Juna mintak makan, lapar la tu pagi tadi tak makan cuma minum susu jer hehe.. 


Budak Juna ni memang sensitif sikit mudah sakit, hari tu dia curi makan makanan abangnya petang tu terus kena cirit-birit. Dua tiga hari jugak nak sembuh, badan pulak cepat susut. Masa jerebu teruk hari tu pon Juna kena sakit mata, matanya berair dan bertahi mata. Tapi syukurlah setakat ni Juna mudah sembuh bila dirawat dan diberi ubat :)






suka?

2comments: