Wednesday, July 3, 2013

Nippon Momento

Assalammualaikum :)

Model-Model Nippon Momento Sparkle Gold

Cat Nippon Momento akan memberikan kemasan kilauan seperti permata pada dinding rumah anda eceh! permata la sangattt....


Sebenarnya mummy memang dah lama nak tukar cat dinding kat ruang tamu tu, sebelum ni guna kaler kuning air macam krim tapi cepat sangat nampak kotornya. Tak tau lah bebudak jebon nih malam-malam dorang jadik spidercat agaknya boleh menapak kat dinding tuh. Lagi-lagi dinding yang ada tingkap memang kotor sangat dengan kesan tapak kaki dorang sebab jejebon ni suka benor manjat pastu menebeng kat tepi tingkap tu huhh!


Ada sorang cousin tu husband dia ada kedai cat kebetulan masa tu ada promosi untuk cat Nippon Momento, harga satu set cuma RM98 (momento primer, momento top coat & momento toolkit) Harga dengan upah cat RM200 untuk 1 liter. Yang bestnya Nippon Momento ni dengan formula rendah VOC, tidak mengandungi plumbum, mercury, chrome atau logam berat jadi lebih selamat :)


Memula tu nak cat seluruh ruang tamu tapi bila sebelah dinding tu siap rasa macam tak lawa pulak nak cat satu ruang tamu. Tukang cat tu dok cadangkan sebelah dinding lagi guna warna lain mungkin warna yang lebih lembut. Mummy pon macam setuju jugak cadangan tukang cat tu cuma poket mummy yang tak berapa nak setuju huhuu... Makanya hanya sebelah dinding sahaja yang telah dicat buat sementara waktu ni, sementara tu pon tak tahu lah sampai tahun bila kahkah...


p/s: semangat nak raya suda mariiii...eh silap! semangat nak puasa suda mari ehehee...

1 comment:

aby said...

Aby pernah cat kan bilek rumah anak kwn. Buat 2 bilek. Terkejut juga kwn tu bile aby bg tau harganya. Tp kwn tu kata, ikut jer la selera anak2 aku tu, dia nk momento, bg jer.
Tu suara dr bapa yg berwang. Klu umah sndiri pun tk kan guna, takat satin glo. Tu pun dh cukup bagus