Monday, July 8, 2013

Ramadhan yang dirindui




Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut ‘Rayyan’.  Akan diseru pada hari kiamat: “Mana orang yang berpuasa?” Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya.”[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]


“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu” Dan berkata pula al-Quran: “Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu.” Maka syafaat kedua mereka pun diterima oleh Allah.” [Hadis Riwayat Ahmad]


“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]


Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, gembira kerana masih diberi peluang bertemu Ramadhan kali ini. Semoga kita semua dapat sama-sama merebut rahmat dan redha Allah dalam menggandakan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Dikesempatan ini juga saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf jika sekiranya saya telah mengguris, menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan secara sengaja atau tidak samada dalam penulisan, percakapan mahupon perbuatan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam...

1 comment:

aby said...

selamat menyambut ketibaan ramadan utk mm juga ..
semoga dipermudahkan beramal disepanjang bulan ramadan tu nanti