Friday, August 23, 2013

TERIMA KASIH

Share
Assalammualaikum & Salam Sejahtera  :)


Terima kasih. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk saya. Terharu dengan sokongan rakan-rakan walau ada di antara kita tidak penah bersua muka. Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ucapkan.


Alhamdulillah semangat saya semakin pulih. Cuma ada kala-kalanya ketika melihat sesuatu yang ada berkait dengan Apek hati saya mudah tersentuh. Masih terpandang-pandang Apek duduk di atas peti sejuk. Masih tercari-cari Apek ketika memberi makan pada anak-anak. Masih tertunggu-tunggu Apek muncul tiap kali catflap berbunyi. Bila terdetik Apek dah tiada, pasti berlinang air mata. Bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir cuma untuk menghilangkan rasa sebak di hati. Seakan menangis dapat menghilangkan segala kesedihan yang terpendam dalam hati. Lega bila dapat melepaskan rasa sedih itu.


Apek telah kembali ke sisi penciptanya Yang Satu. Saya pasti Apek tenang dan bahagia di sana. Moga diberi peluang untuk saya bertemu dengan Apek, dengan Awang, dengan Oteh dan dengan semua anak-anak yang terlebih dahulu pergi meninggalkan saya di 'sana' nanti. InsyaAllah.....


Terima kasih sekali lagi buat semua rakan-rakan pencinta haiwan saya yang baik hati. TERIMA KASIH!


Gambar kenangan bersama Apek pada Hari Raya Kedua :)


suka?

4comments: