Friday, August 2, 2013

Video Beraya Dengan Anjing

Assalammualaikum.


Salam Jumaat terakhir sebelum Syawal.


Dalam bulan-bulan ramadhan ni muncul beberapa isu yang dikatakan menghina Islam. Ada yang memang berniat menghina, ada juga yang tiada niat hina tapi dicop 'menghina'. Sekarang ni kecoh pasal video orang melayu yang menyambut raya bersama beberapa ekor anjing peliharaannya. Padahal video tu dimuatnaik pada tahun 2010 tapi baru sekarang dijadikan isu oleh individu tertentu yang mempunyai motif tertentu.


Bila saya tengok video tu takde apa pon yang boleh dikatakan menghina Islam. Takbir raya tu cuma menunjukkan suasana hari raya. Basuh kaki anjing tu cuma basuh jer untuk jaga kebersihan tapi orang dok kata anjing tu amik wudhu. Pelik betol bila orang cuma pandang negatif dan meng-exaggerate sesuatu benda tu bila berkaitan dengan haiwan yang bernama ANJING. Paranoidnya orang melayu terhadap anjing. Agaknya kalau saudari Chetz tukarkan anjing tu dengan rimau ker tenuk ker tentu orang akan kagum ekk...tapi bila anjing jer dengan tak semena-mena muncul lah 'ustad dan ustajah jadian' melemparkan caci maki nista. Kemain tajam lagi kata-kata kalau buat sembelih ayam pon lut rasanya. Mengutuk seolah-olah mereka lah ahli syurga suci dari segala dosa. Padahal kalau bukan pasal anjing pon dah berkoyan-koyan dosa kita. 


Allah tak menjadikan anjing itu untuk dihina semata-mata. Telah terbukti keistimewaan dan kelebihan yang ada pada anjing yang dapat membantu manusia ketika berlakunya bencana alam seperti kebakaran, banjir dan gempa bumi. Banyak lagi tugas-tugas yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa tapi dapat dilaksanakan oleh haiwan yang bernama anjing ni. Kan bagus ada orang yang sanggup kutip anjing terbiar, yang cedera atau yang sakit pastu dijaga dan dirawat. Kita pon tak boleh nak buat macam tu kan? Jangankan anjing, nampak kucing kurap pon dah dipandang kotor dan jijik. Jadi bila ada orang yang sanggup melakukan usaha macam tu kenapa dikecam? kenapa dikutuk?  Saya pasti sebagai muslim saudari Chetz tahu apa yang dilakukan. Saya pasti beliau mengambil tahu segala yang berkaitan anjing dalam Islam dan telah menimbang baik buruk tindakannya. Apa-apa pon itu adalah urusan di antara beliau dengan Allah S.W.T. Jangan memasal kita pulak dapat dosa kering menuduh yang bukan-bukan.


Tanpa kita kenal seseorang, tanpa kita tahu niat seseorang begitu mudah kita menjatuhkan hukum, menghina, mengutuk,  membenci dan menghasut supaya orang lain melakukan perbuatan sama. Tanpa kita sedar kita sendiri dah melakukan dosa besar dengan memfitnah seseorang melakukan sesuatu yang tidak dilakukan. Saudari Chetz sendiri dah menjelaskan tujuan dia membuat video tu untuk meningkat kesedaran tentang penjagaan anjing dan kebersihan TIADA niat langsung untuk menghina Islam. Individu yang memuatnaik semula video tersebut telah menukar tajuk yang lebih provokasi untuk menghangatkan suasana. Nampak sangat berniat jahat! Sedangkan niat saudari Chetz baik tetapi tuduhan melulu kita membuat kita terjebak dalam melakukan dosa besar.


Saya akui memang ada silapnya, mungkin cara tu salah. Tapi kalau dah namanya manusia, kita takan terlepas dari melakukan kesilapan. Yang paling penting NIAT kita. Niat baik Allah akan permudahkan. Bila salah tegurlah...tapi tegur secara berhemah. Bukan dengan cara menjatuh dan memalukan.


Dosa kita pada Allah kita boleh bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun tapi dosa sesama manusia? Kita perlu mendapatkan kemaafan daripada manusia itu sendiri. Kalau orang tu tanak maafkan? Kita pikul lah dosa tu sampai kat akhirat nanti. Dosa dengan manusia lagi bahaya.


Bulan-bulan Ramadhan ni kita berpuasa, beramal ibadat tapi dalam masa yang sama kita mengutuk mengata orang. Pahala yang kita dapat senang-senang kita bagi kat orang, pastu dosa orang tu pulak kita amik. Tak ker sia-sia...


Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita. Selagi bernyawa, selagi itu kita masih berpeluang menjadi ahli syurga. Jika Allah berkehendak dia akan berikan hidayah pada hambanya, walau pada awalnya bergelumang dengan dosa tetapi pengakhiran hidupnya Allah memuliakan dia. Jadi kita kena sentiasa beringat kita tak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita adakah kita akan dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah alhamdulillah...atau Su'ul Khotimah nauzubillah!








p/s: nak tambah ilmu lagi boleh baca entri INI

3 comments:

Salhah Suhot said...

Entah la mm. Mind setting orang melayu ni da memang pegang anjing tu satu dosa tak terampun agaknye. Padahal banyak lagi perlakuan anak muda meleis yg lebih terang2 menghina islam. Bergaul bebas, p disko pun ramai melayu. Minum arak pun ade. Padahal pegang anjing kala dlm keadaan basah bole sertu. Org islam tak dilarang bela anjing kalau bersebab, tapi kalau sengaja nak bela sebenarnya makruh. Tu la orang kite tak tau tp taknak menuntut ilmu. Eh panjangnye komen.

aby said...

setelah penat berpuasa selama sebulan.. dan dapat kembali kpd fitrah, iaitu bersih dari segala dosa(antara kita dengan tuhan) maka tiba hari raya, elok la kita bermaafkan sesama manusia supaya kita bersih dari dosa kpd allah dan semasa manusia ..
balik kpd haiwan bernama anjing ..
aby berpegang kpd hadis yg kerap dikata dimasjid dari ustaz2 ,
"membela anjing bermakna malaikat rahmat tidak akan singgah ke singgah kerumah kita"
boleh kita bela anjing, selagi kita tau batasan halal haram nya ..
tp biar la belaan tu berbentuk peribadi, jgn expose sangat ..
cukup la islam bertentang dgn pluralisma, liberisma, pragtisma,hedonisma ...

tk dapat aby bayangkan sekira nya perjuangan utk menyamakan membela anjing sama dengan haiwan lain ..
org melayu mula memilih anjing sbb anjing haiwan yg lebih bijak ..
dah tk ada beza rumah org islam dgn org non islam ..

ery D cat said...

itulah..bila baca sana sini...komen2 yg berbaur ugutan..hinaan cacian...siapa kita? diri sndiri pun byk kekurangannya..

setau sy tegur, dakwah dan didik...bukan sm menghanjing2 kan mak bapak org dan segala bagai kata2 kesat...sedangkan diri sndiri pun bukanlah sebaik2 umat...kita tak menyebelahi mn2 pihak..cm ada segelintirnya yg menegur bagai nak rak.

siapa kita nak menghina makhluk ciptaanNya...setiap manusia ada melakukan kesilapan..buang yg keruh ambil yg jernih..

cm sedih bila tgk yg dok komen2 'berbisa' tu tak sedar dlm profile penuh gmbar dgn gf berpelukan tnpa segan silu..tp bila tegur org lain smpai tahap menghina...