Monday, September 9, 2013

Anak baru :)

Assalammualaikum :)





Hitam hitam si tampuk manggis, sungguh pon hitam ku pandang manis. Mummy tak pasti budak ni manis, yang pasti comey hikhik!

Mummy jumpa budak kecik ni kat dalam bilik air tengah menjilat air dari lantai bilik air. Hibanya hati tengok budak ni minum air dari lantai tu. Tanya pada kakak cleaner kat sini, kucing mana pulak ni tetiba ada. Kata kakak tu baru kena buang. Alahai...



Mummy keluarkan kibbles dari dalam handbag tapi budak kecik ni takmo makan. Agaknya dah kenyang mengutip makan dari tadi. Perotnya pon buncit, cacing pon iyer jugak ni. Satu kaki belakangnya pulak macam sakit, tak pasti lah kenapa. Dia boleh berdiri dengan empat kaki tapi bila berjalan, kaki yg sakit tu diangkat ke atas. Jadinya dia cuma berjalan dengan tiga kaki sahaja.



Mummy tak pikir panjang dah. Terus masukkan budak ni dalam kotak bawak balik rumah. Badannya berkerak penuh dengan kurap. Mummy mandikan dengan air suam dan shampoo berubat, berkeping-keping kurap tu tanggal. Bulunya pon ikut tanggal.



Lepas mandi nampak botak kat tempat-tempat yg tertanggal bulu tu. Mummy letak krim herba, dan titiskan ubat mata. Ubat cacing habis pulak, petang karang sebelum balik kerja mummy nak singgah Vet beli. Buncit mengening perot budak kecik nih, mesti menguit-nguit cacing keluar nanti huhuu...



Hitam pekat melekat kan budak nih. Kalau kat tempat gelap ni memang tak nampak. Tanya kat Mia pon, Mia kata tikush hehehe... Jejebon kat rumah biasalah jakon bila ada budak baru. Memasing berkerumun jer depan cage. Si Juna yang nampak teruja sangat, dikuis-kuis budak kecik nih dari luar cage hehe..



Jadi kenalkan lah anak baru mummy, Kirana. Buat masa ni mummy panggil dia Ki jer...rasa macam jantan tapi tak tau lah kot esok lusa bertukar jantina ngee.... Kot-kot kalau betina boleh panggil Ana pulak hahahah!

3 comments:

Ms J said...

Oloh oloh oloh.. grow well Ki. Bertuah tau jumpa mummy jejebon ni taww!

HUD AIKARA said...

alahai...ciannyeee Kirana...nasib baik mummy jumpa. Bertuah budak nih..:)

Naz said...

welcome aboard