Thursday, September 12, 2013

Buah hati baru mummy




Mummy dah tanya Juna. Juna kata Kirana girl. Juna kata, "tak guna la jadi jantan kalau tak kenal awek.." Makanya mummy percaya la cakap Juna. Kalau silap jugak, salah Juna bukan salah mummy ngeee...


Kesihatan Ki nampaknya semakin bertambah baik. Semalam mummy mandikan lagi Ki buat kali kedua. Mummy mandikan dengan air campuran cuka epal dan kemudian dibilas dengan air suam dan sedikit shampoo aloe vera. Kebanyakkan bahagian berkurap tu dah tertanggal, bahagian bekas kurap tu jadi licin botak tak berbulu. Lepas ni harap akan tumbuh bulu cantik, insyaAllah...


Cirit Ki pon dah baik. Masa baru bawak balik tu montot dan ekor Kiki melekat dengan poo kering kerana cirit. Anak sekecil tu makan mengutip entah apa-apa kan, mana tak meragam perutnya. Selain bagi ubat cacing dalam masa dua hari tu mummy cuma bagi Ki minum susu kambing (samada dicampur dgn kibbles atau minum begitu sahaja) empat kali sehari dan air minumannya pula mummy titiskan beberapa titis cuka epal di dalamnya.


Alhamdulillah nampak besar perubahan kesihatan Kiki. Ki dah tak cirit lagi, poo pon molek keluar seketul-seketul macam taik tikus ekeke... Ki juga semakin aktif walaupon satu kaki belakangnya, lembik. Tak pasti samada cacat dari lahir atau akibat kemalangan. Kalau kakinya tu tak patah mummy pasti ia boleh sembuh semula, insyaAllah..



Ki budak hitam legam buah hati baru mummy. Sebenarnya takde yang menarik pon pasal si Kiki nih. Dah la hitam, mata terbuntang, telinga capang, perutnya boncit dan berkaki kecil. Senang kata memang tak cantik, memang tak comel.


Tapi tak tahu lah... 
lagi tak sempurna lagi mummy sayang,
lagi banyak kekurangan lagi mummy kasih. 
mummy dah jatuh sayang pada budak itam ni, 
mummy dah jatuh kasih pada budak legam ni..


 


11 comments:

Cheq Mai said...

Hitam pun comel pe.. :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

condition Ki ni sama macam ibuKM jumpa Brown dulu.. tak comei, mata buntang, perut besar, comot etc.. tapi sebab pandai ambik hati jadi kesayangan. Hurm.. rindu Brown. Ki jadi anak yg baik ye, sihat selalu

Ms.fida said...

Auwwww suka gambar yg last tuuu sweeeeeeeeettttttttt....

Cik tikah said...

welcome to a new owner kitty :)

Cik tikah said...

welcome to a new owner kitty :)

Mama Tatami said...

MM, very true..we always fall in love with them for thousand times unconditionally. sayang Kiki...grow big and well...we pray for you. be a good gal to apang una n mummy ya. muah

diyanadedeqz said...

Kucing sekecil tu, kalau tak comel pun kita akan rasa saying.sbb dia sgt helpless.

ctpayong said...

hitam itu menawan kan mummy.

kucen master said...

tumpang tanya, air campuran cuka tu utk apa?

yna muhani said...

salam...

HITAM ITU MENAWAN KALBU..mmg comel di MATA KITA YG SYG MIAW2..

sy suka sgttt..sy pun ada kucen si itam legam..just nama gigi jer tp itu la yg sy syg coz setiap miaw2 ada keistimewaan tersendiri..

Lara sushi said...

hitammm yg sangat shomel.....