Tuesday, September 10, 2013

Kirana legam

Share

Juna teruja sejak kehadiran Kirana. Tekun betul si Juna temankan Kirana kat depan cage tuh. Leka memandang adik hitam legam dia tu. Dikuis-kuis, dicuit-cuit tak sabar nak dapat main bersama. Tapi mummy kena asingkan Ki dulu, Ki masih dalam proses penyembuhan. Badan Ki berkurap tapi semalam lepas mandi, nampak Ki  dah kurang menggaru. Mungkin rasa lebih selesa, harap serasi lah krim herba yang mummy guna tu.


Pagi tadi mummy keluarkan Ki sekejap masa nak bersihkan cage. Tukar alas kain yang baru. Bila mummy nak basuh kain yang kotor tu tetiba ternampak cacing menguit-nguit. Cacing tu menguit, mummy melompat, cacing tu menguit mummy melompat aaaaaa....gelinya!!! Semalam kan mummy bagi ubat cacing, seperti yang dijangka cacingnya berjaya disingkirkan. Kat dlm litter tray pon mesti ada, tak berani nak tengok terus mummy buang semuanya huhuu...



Kirana breakfast kibbles EQ dan susu kambing. Hitam legam betol budak ni kan, bagi minum susu banyak-banyak biar putih sikit hehe...



Hitam sangat sampai Mia pon konpius hehehe!

suka?

4comments: