Tuesday, September 3, 2013

Mon Si Jebon Gengster

Share

Pagi tadi tengah buat-buat kerja tetiba adik hantar gambar ni. Bila tengok gambar si Momon berdarah-darah camni, mau tak terkejut! Berderau darah, macam-macam dah pikir kat kepala otak nih. Terus call rumah. Tanya kat mak kenapa dengan Momon, excident ker? Mak kata bukan excident, Momon gaduh. Gaduh?? Grrrrrr.......


Dah la tengah sibuk kat ofis ada kerja urgent, si Momon pulak buat hal. Hishh geram betul! Dalam geram-geram tu risau la jugak. Macam lipas kudung mummy siapkan kerja. Empat lima kali check nak pastikan takde salah sebelum hantar kat bos. Mummy nak balik rumah nak karate budak Momon tu kang buat salah bos pulak yg karate mummy kohkoh!


Sampai jer terus pergi rumah mak cari Momon. Nampak Momon duduk menyandar kat dinding buat muka kesian. Mak kata Momon gaduh kat rumah jiran belakang tu, gaduh dengan kucing jantan hitam legam. Kucing jantan tu pon gengster jugak. Pertarungan gengster dengan gengster la nih. Bergumpal-gumpal kata mak sebelum mak dapat simbah dengan air. Bila dah terlerai tu mak cepat-cepat angkat Momon dukung nak bawak balik rumah tapi si Momon ni masih tak puas hati, dia boleh melompat kejar kucing jantan tu semula. Panas jer hati dengar mak cerita.


Mummy terus angkat Momon bawak masuk bilik air mandikan dia. Bila mummy terpegang kat tempat Mon kena gigit tu, mengeow perlahan jer si Momon..sakit la tuh. Kesian pulak tengok. Lepas mandi keringkan badan dia, letak gel gamat kat luka pastu mummy bagi ubat tahan sakit dan antibiotik pada Momon. Lepas makan Momon terus pengsan tak menyedorkan diri. Mummy kurung dia kat dalam bilik, harap Momon tidur la sampai petang mummy balik nanti.

















suka?

9comments: