Friday, September 6, 2013

"Tidur dengan lena sayang..."

Assalammualaikum.


30 Syawal. Hari ni hari terakhir syawal. Syawal yang banyak menduga mummy. Mummy kehilangan 3 ekor anak sekaligus sepanjang bulan syawal tahun ini. Dimulakan dengan Apek. Diikuti dengan Atan dan kemudian Bulat. Mummy tabahkan hati dengan kata-kata semangat dari rakan-rakan. Terharu dengan sokongan yang diberi ketika kehilangan Apek. Mummy tahu rakan-rakan sentiasa bersama merasa dan mengerti perasaan ini. Mummy merasa kuat. Terima kasih.


Port favourite Atan

Tan Tin Ton tiga beradik yang gagal mummy jinakkan. Mereka tiga beradik berani masuk ke dalam rumah tetapi langsung tak mesra dengan mummy. Memang payah nak mendekati dorang nih. Bila dah makin besar dorang makin jarang masuk rumah cuma balik untuk makan saje. Mereka lebih selesa hidup bebas di luar.


Atan, Apek dan Tumi

Atin dan Aton nampak sihat tetapi si Atan makin susut badannya. Mummy perasan tapi mummy sangkakan sebab Atan jantan jadi mungkin sebab dia aktif. Atan sentiasa balik untuk makan takde tanda-tanda dia sakit seperti tak mahu makan.


Atan manja dengan Apek

Tapi pagi tu bila Atan balik nak makan mummy perasan air liur Atan bercampur darah meleleh keluar dari mulut. Walaupon ketika tu Atan masih mahu makan mummy dapat agak ada sesuatu yang tak kena jadi mummy tangkap Atan dan letak dia dalam cage.


Tengahari tu mummy balik, dah bagitau dengan bos petang karang mummy masuk lewat sebab nak bawa Atan ke klinik. Sampai jer rumah mummy terus jengah Atan. Atan tengah tidur. Mummy masuk bilik buka tudung dan keluar semula nak ke bilik air. Keluar dari bilik air mummy jengah lagi Atan dalam cage tu tapi kali ni mummy perasan kepala Atan berada dalam posisi mendongak ke atas. Terdetik dalam hati. Mummy perhatikan betul-betul, badan Atan kaku takde pergerakkan. Atan dah tak bernafas lagi. Atan dah pergi. Senangnya Atan pergi. Innalillah.... pergilah sayang, terima kasih kerana tunggu mummy. Pasti Atan akan berjumpa dengan abang Apek lagi  :)


*****


Lebih kurang 13 tahun Bulat bersama mummy. Bulat adalah kucing pertama yang mummy bela. Bulat adalah kucing yang sangat baik dan mendengar kata. Bulat pembersih dan pandai mengambil hati. Sikap Bulat sangat menyenangkan hati.



Bermula dengan Bulat lah mummy mula mengambil tahu segala yang berkenaan dengan kucing. Bermula dengan Bulat, wujud bebudak jebon yang lain. Bermula dengan Bulat wujud blog meowwmania ini. Dan bermula dengan Bulat juga lah mummy mendapat ramai kawan-kawan baru di kalangan pencinta haiwan di sini.



Bulat hilang selera makan dan menjauhkan diri. Bulat tahu masanya semakin hampir. Bulat tak mahu susahkan mummy. Bulat membawa diri ke hutan belukar di belakang balai raya. Bulat terus pergi tak kembali lagi. Wahai anakku Bulat yang baik hati, sememangnya kamu tak pernah menyusahkan mummy....


Pasti Bulat berada di tempat yang indah sekarang, tidur lena sayang....

7 comments:

NoRHaNa CorNER said...

:'(

e.t.t.y said...

sobssssssssssssssssssssssssssssssssssss.......

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

buat ketiga2 anak MM, berehatah dengan tenang ..

Nisah Idham said...

AsSlam mummy, hari2 ummi datang rumah mummy ni. tengoh kot2 ade cerita dr mummy. cume arini ummi x dtg sbb bawak dotti g klinik. malam ni ummi ade masa terus jengah rumah mummy ni, dgn harapana nak baca dialog Juna, Mon dan yg lain2. tapiiii sebaris demi sebaris ummi baca, airmata ummi jatuh jatuh dan jatuh. Ya Allah, beratnya dugaan mummy, bkn mudah utk menghadapi kematian mereka. kehilangan dlm bulan yg sama lebih menyedihkan.. dan cerita mummy, buat ummi takut nak lepaskan mereka keluar. takut sangat2.. takut kena langgar, takut termakan racun, takun berdarah, takut terluka.. takut ereka "pergi" tanpa diketahui di mana...

mummy, mati itu pasti. itu Janji Allah, ummi yakin mummy tabah hadapi semua dugaan ni, ada hikmah tersembunyi yang tidak kita ketahui. bersabarlah. Assobru minal iiman, La thakaf wa la tahzan, innallahu ma'ana..

Naz said...

Takziah..yg dh pergi mesti ada penggangti w'pun tak sama dgn yg dh pergi...

aby said...

salam mm ..
meow klu berbuih mulutnya ..
bau nya juga busuk ..
kerap klu mulut berbuih, cepat habisnya nya .. bulan lps aby pun ada satu kematian meow sbb mulut berbuih .. cuma tk buat N3 psl tu ..
lps tu ada seekor juga yg mulut berbuih .. terus isolate meow tu .. sbb dah boleh tau mcm mana akhirnya .. alhamdulillah .. dengan tidak ke Vet, meow ni pulih sendiri ..
sekarang dah aktif mcm biasa ..
sume pun dalam penghujung ramadan adan awak syawal ..
redho .. dengan tiap meow yg kembali kpd nya ..

Azreen Afiza said...

Salam...

Mereka datang dan pergi dengan 1001 cerita. Very sweets moment to remember. Apa pun kehadiran mereka sangat menceriakan even kadang2 sangat sekejap.

Harap-harap mereka bahagia di sana. Amin..