Tuesday, October 1, 2013

Arjuna ke klinik

Share
Assalammualaikum & Salam Sejahtera :)


Semalam mummy bawak Arjuna ke klinik. Juna kegatalan diserang fungus. Fungus atau ringworm ni sejenis penyakit kulit yang akan mengakibatkan kegatalan dengan tompok-tompok gelap (berkuping) atau sisa kulit mati pada kulit dan boleh merebak keseluruh badan kucing jika tidak dicegah. Bahaya juga sebab boleh berjangkit pada manusia... Oleh itu perlu dicegah sebelum berjangkit pada mummy dan jejebon lain.



Kebetulan ada satu klinik baru dibuka di sini jadi mummy memang teruja nak cuba, try, test. Dari pemerhatian mummy, klinik tu nampak cantik, bersih, tersusun dengan ruang yang selesa dan yang paling penting sekali Vetnya amat mesra pelanggan dan teserlah sifat sayangkan haiwan yeay! suka suka suka :)


Terpandang Oral Hygiene Kit untuk anjing dan kucing. Oooo ada jual rupanya....inilah alatan atau tools yang betul untuk membersihkan gigi kucing. Kesian jejebon, mummy tibai guna berus gigi manusia ngeee... Macam berminat nak beli tapi bila tengok harga...lain kali jelah mummy beli yer huhuu...


Juna tengah cuak menunggu untuk dirawat vet, Dr Cheah namanya. Kecil molek orangnya dan sangat fasih berbahasa melayu. Dr Cheah puji Juna cantik dan baik, kembang sekejap idong mummy muehehe...


Juna dapat satu suntikan anti-fungus, pil untuk gatal, pil fungus, antibiotik dan medicated shampoo, semuanya berjumlah 60 hengget, boleh laa.. Next week kena bawak semula Juna ke klinik, Dr Cheah nak tengok semula keadaan Juna. Harap Juna dah sembuh la masa tu, insyaAllah...


suka?

2comments: