Friday, October 4, 2013

Joy kembali ke sisi penciptanya...

Joy dah tiada...
Joy dah pergi....
Maafkan mummy....


Entri jam 8 tadi sebenarnya mummy tulis petang semalam dan mummy jadualkan untuk dipublish pada pukul 8 pagi ni. Nampaknya Joy dan Kiki tak sempat berkawan, Joy dah pergi dulu tinggalkan kami :(



Pagi tadi macam biasa bangun dari tidur mesti mummy akan jengok Joy dulu. Tapi pagi tadi hanya tubuh kaku Joy yang mummy lihat. Joy dah pergi. Sungguh mummy tak sangka. Mummy meletakkan harapan yang tinggi untuk Joy hidup lama bersama-sama mummy dan anak-anak yang lain. Rupanya umur Joy tak panjang.



Mummy gembira tak terhingga bila Joy mula nak makan sendiri. Petanda untuk Joy terus sembuh, membesar kuat dan sihat. Bila malam mummy akan keluarkan Joy dari cage, Joy akan berjalan-jalan dalam rumah dan menegur abang-abang dan kakak-kakak yang lain. Malam tadi bila mummy keluarkan Joy, Joy cuma duduk di bawah bangku sambil grooming membersihkan diri. Mummy cuma tersenyum melihat Joy menjilat-jilat tubuh kecilnya. Joy berselera makan dan mula membersihkan diri sendiri. Hati mummy berbunga, harapan mummy tinggi.



Sebelum masuk tidur mummy buatkan susu kambing untuk Kirana dan Joy. Tapi Joy tak mahu minum jadi mummy suap menggunakan syringe. Joy telan juga susu yang mummy suapkan tapi tak banyak. Joy meronta tak mahu minum lagi jadi mummy tak paksa. Mummy lap mulut Joy, mummy cium selamat malam dan mummy masukkan Joy dalam cage semula.



Cuma empat hari Joy bersama mummy. Mummy harap Joy dapat rasa kasih sayang ikhlas yang mummy berikan pada Joy. Walau hanya seketika, mummy dah jatuh sayang pada Joy. Sayang sungguh sungguh. Harap Joy tahu itu. Harap Joy dapat rasa. Selamat tinggal sayang...

6 comments:

Ms J said...

Takziah lyn. Semoga Joy bahagia disana.

Hatsune Miku said...

Saya x tau pun... Selama ni, saya hanya masuk blog Izyahya jek.. Maafkan saye sbb x tau psl kehilangan awk. Bila saya dh besar nanti, saya akan jadi Vetenarian. Sabarlah, Awk akan berjumpa dengan Joy apabila hari kiamat sudah tiba, awk msk syurga dan minta berjumpa dgn Joy... Serta kekenit awk yang lain. Sekali lagi, maafkan saya.... Semua pemilik kucing @ pencita kucing akan merasai salah seekor kematian kucing mereka. Saya kehilangan Tabby, Kak Iz Yahya kehilangan Kiko, Kakak ke-2 saya kehilangan Putuh, kakak pertama saya kehilangan Michan dan adik saya kehilangan Hitam, dan begitu juga beribu2 orang yang kehilangan kekenit yang tersayang.

yna muhani said...

Salam..
sedihnya..sesungguhnya Joy adalah pinjaman buat kita untuk menyanyanginya sesama makhluk Tuhan..
Mummy dah lakukan yg terbaik utk Joy..Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui..

Bono said...

Kesiannyer...

Nisah Idham said...

mummy..br arini ummi berpeluang bukak blog mummy.. dgn harapan.. nak baca dialog2 yg kelakar & mencuit hati. nak tgk ank mummy yg baru tu. cumel jer.. dan lagi sekali, ummi tergamam ketika membaca tajuk entri. speechless. from bottom in my heart. ummi juga meletakkan harapan ingin melihat iki & joy membesar dgn sihat. rupenye. Allah hadiahkan Joy utk mummy hanya sementara.. 4 hari yg berlalu.. pasti telah meninggalkan kenangan / memori yg indah buat mummy dan yg lain2.. pergilah Joy.. mengadap Penciptamu.. yang Maha Menyayangimu....

Azreen Afiza said...

Salam Mummy...

Salam Takziah atas pemergian Joy. Baru je nak kenal Joy namun Allah lebih sayangkan dia. harap tabah ok.

Kita pun sama, last batch ada 3 mummy meow deliver baby kat umah. Total 10 kittens but now hanya 3 yang survive.
Kita dah cuba yang terbaik.