Thursday, October 3, 2013

Kirana & Joyah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera :)


Budak itam legam ni dah semakin sihat, makin gemok, makin aktif dan semestinya makin nakal. Kurap dah takde, bulu-bulu halus dah mula tumbuh. Kaki belakang yang lembik tu pon dah makin kuat, Kirana dah boleh berlari dengan keempat-empat kakinya. Bila duduk Kirana akan melunjurkan kakinya yang sakit. Tapi kalau bergumpal dengan apang Juna tuu..elok jer mummy tengok, drama betol budak itam nih.




Bila Joy datang, mummy ingat dapat la Kirana kawan bermain yang sebaya dengan dia. Tapi rupanya Iki taknak kawan dengan Joy. Kemain marah lagi kalau Joy dekat dengan dia. Mummy letak Joy dalam cage tapi pintu mummy tak tutup untuk memudahkan Iki keluar masuk dalam tu. Tapi Iki protes dia pegi kencing kat atas lantai, tak mahu langsung masuk dalam cage sebab Joy ada. Sabo jelah! Jadi terpaksa lah cage tu mummy buat dua partition. Joy kat atas Iki kat bawah.





macam tulah Iki tiap kali Joy cuba dekat dengan dia, 
kemain menyinga lagi Iki, sombong!



Nursing Bottle dan tablet Vetri Dmg ni aunty Joy bagi untuk Joyah. Brewer Yeast tu pulak untuk semua jejebon. Terima kasih Joy :)

Mummy teruja nak bagi Joy menyusu guna botol susu tapi malangnya Joy taknak, sumbat kat Iki pon Iki taknak. Dorang kata "titorang da becar yaa aunty Joy...mayu yaa nak icap nenen" hehehe....

3 comments:

saya said...

lama betul tak tulis2 sini. bukan apa, bila buka je blog jebon ni teus jadi out gelap gulita n kena masuk balik banyak kali. apa ke halnya ntah. btw.....
1) semoga kirana jadi budak baik n tak gegarang dengan jebon lain esp joyah. exsyen pulak kirana tu ye, dia x tau dulu pon mummy amik dia time kecut2. hehehehehe...
2) semoga joyah aka joy sehat cepat takde cacing nguit2 dan boleh kawan dengan semua jebon.
3) semoga juna dah elok takde fungus lagi. Dulu acha pon pernah kena. Kesian tergaru2 keping2 kuar kulit. Mujur jenis senang bg mkn ubat now dah elok dah.
4) semoga semua jebons sihat. Part nak kena gosok gigi tu yg haru tu. Saya tak dapat bayangkan if camne nak gosok gigi bebudak rumah ni. Semua menggelitis mcm beluncas habis camno???????

Joy E. Saga said...

Hehe ... tak pa! Dah pandai mamam dan minum sendiri Aunty Joy sangat2 hepi!

I rasa si Joyah tu pun dah dalam 8 minggu. Nanti ada rezeki lebih aunty Joy hantar hadiah wokey!

Naz said...

kemain sombong ko eh Iki..lepuk punggung baru tau..tak padan ngn dahi berkerut..