Tuesday, October 8, 2013

Main

Share






Macam ni la gayanya bila yang tua tak sedo diri bermain dengan budak kecik hehe... Kirana ni untung sebab dia dilayan baik oleh jejebon dewasa berbanding Arjuna. Dulu masa Juna kecik, jangan harap la dia nak dapat bermain bersama jejebon dewasa macam ni. Datang rapat sikit pon dah kena lepuk, harapkan abang Apek jelah si Juna tu nak bermain dan menumpang kasih.


Lain ceritanya dengan si Kirana ni. Dia diterima baik oleh jejebon dewasa. Kirana boleh tidur bersama, makan bersama, main bersama dengan mereka. KakakBaby yang garang giler tu pon boleh diajak main. KakakBaby ni lorat dengan jejebon lain. Kalau dengan Omel, Oneng, Omot, Juna dan jejebon kecik yang lain memang selalu dihambat. Dia tak suka dengan budak kecik kecuali anak-anaknya si Mon & Min. Tapi dengan Kirana dia takde masalah. Untung budak itam nih...hitam legam gelap gelita, walaupun hitam ramai yang suka :)

suka?

3comments: