Wednesday, October 16, 2013

Mon tak sihat

Assalammualaikum  & Selamat Sejahtera


Minggu lepas Mon tak sihat. Mummy perasan Mon tak aktif, duduk setempat tak bergerak. Cek cek badan dia tengok takde luka apa-apa, mummy agak mesti Mon tak sihat. Malam tu bawak Mon masuk tidur sama, memang lain sangat Mon malam tu. Duduk diam jer..selalu kalau naik atas katil tu terus telentang kat tetengah katil. Pagi tu pon sikit jer Mon makan.



Jadi mummy bawak Mon ke klinik. Doktor cek-cek tengok, rupanya Mon demam. 


Dapat satu suntikan, ubat demam, antibiotik dan ubat untuk selera makan. Balik dari klinik tu nampak Mon sihat, lepas makan tidur telentang. Tapi keesokkan harinya Mon murung semula, makan minum kena paksa. Kebetulan ada orang bagi air zamzam jadi kerap mummy suapkan Mon dengan air zamzam tu. Lebih kurang lima hari juga Mon sakit. Hari Raya Korban tulah baru Mon nak makan minum sendiri. Gembira tak terkata rasa, barulah mummy boleh nak senyum kalau tidak muka ketat susah hati mengenangkan anak yang sorang nih.



Badan Mon susut sikit, terasa kurang berat bila dukung dia. Tengok tu muka poyo jer...orang tak sihat la katakan.. Sekarang ni mummy tinggalkan Mon kat rumah mak, Mon dilarang keluar rumah. Kalau kat rumah mummy tu ramai sangat jebon Mon tak suka. Jadi tumpangkan kat rumah mak sampai dia betul-betul sihat. Malam nak tidur baru mummy amik Mon.









3 comments:

Ms.fida said...

Mon hensem lahh winks!

cenderalara az said...

suka tengok mata mon..kero...

Atiqah Razak said...

cantik bulu mon :)