Tuesday, October 1, 2013

Tetamu & Anak baru

Share
Hari Ahad malam lepas Joy datang melawat jejebon. Joy juga seorang blogger, mummy kenal Joy dari blog kemudian kami menjadi kawan di FB. Joy sebenarnya datang atas urusan kerja, meetingnya pada petang Isnin tapi Joy datang awal dan bermalam di rumah sebab nak melawat jejebon. Terima kasih Joy sudi datang :)



Tengok! semua berkerumun kat aunty Joy.
Mummy tak laku la time tuu...menyampes! :D




Sebab mummy kerja jadi pagi tu aunty Joy catsit jejebon di rumah hehehe....sonok la jejebon semua. Lelagi si Juna ngan Kirana seronok ada yang melayan dia...menyampes lagik! :p



Ini pulak anak baru. Petang tu anak jiran datang rumah bagi budak kecik ni, katanya ada orang buang kat depan rumah dia. Anak jiran tu kata mak dia soh bagi kat mummy, leceh nak jaga nanti berak merata-rata katanya. Sabo jelah... Bila tengok si kecik ni dengan kurusnya, bila pegang tu memang terasa kulit dengan tulang jer, memang tak sampai hati jadi mummy terima lah dengan hati terbuka.


Si Kecik ni sangat lemah tak bertenaga. Tanak makan tanak minum sedih bila tengok keadaan dia. Dah berapa lama la agaknya dia berlapar. Lepas mandikan, mummy keringkan badan terus bagi susu kambing.

Sebab budak kecik ni tanak makan minum sendiri jadi kena bagi guna syringe.

Bagi sedikit demi sedikit akhirnya berjaya juga dihabiskan susu kambing tu. Mummy risau sebab budak kecik ni tanak makan sendiri. Mungkin sebab lama berlapar perut dan ususnya mengecut. Harap budak kecik ni kuat untuk teruskan hidup.

Gelagat jejebon dengan adik baru :)

Kecik sangat budak ni. Tengok Iki yang kat belakang tu pon nampak besar kan. Pagi ni budak kecik ni berak cair. Mungkin kecacingan tapi mummy tak berani nak bagi ubat cacing dulu sebab dia terlalu kurus, perut pon takde. Makan taknak minum pon taknak. Mummy harap sangat budak kecik ni dapat diselamatkan, mohon doa yer kawan-kawan...

suka?

3comments: