Monday, November 4, 2013

AMARAN. Entri Merepek. Jangan baca!

Assalammualaikum


Wahh meriah betul orang bersembang pasal Piala Malaysia. Pahang menang yer..tahniah! Mummy sebenarnya tak minat langsung bola atau apa-apa jenis sukan. Dari sekolah dulu memang tak suka. Kelas pendidikan jasmani lah yang paling mummy tak suka masa sekolah dulu, leceh nak kena tukar-tukar baju hahahah! Takde semangat kesukanan langsung kan, semangat nak update blog pon tenggelam timbul. Acaner..? hehe..



Malam tadi orang lain bergasak tengok bola, mummy layan tengok The Voice sambil ngadap laptop jer kikiki... Time nak rilek santai camni la jejebon suka nak menyibok sama. Elok-elok bebudak jebon tu tengah main, tengah bergurau senda bila nampak mummy lepak jer mula la memasing datang berkerumun.



Tak boleh tengok mummy senang langsung, sibokkk jer nak menyelit. Yang kat atas riba lain, yang menyandar kat badan lain, yang menyelar kat celah kaki lain. Menyibok betol!



Kat mana kite duduk kat situuu la dia nak menyibok. Suka sangat nak berhimpit-himpit heh! memang tak senang lah kite nak senang.



Last last mummy yang disingkirkan... dorang yang conquer tempat mummy. Camtu la nasib ada ramai jejebon ni, sampai mummy rasa mummy yang menumpang tinggal kat rumah ni. Rumah ni milik jejebon, mummy cuma bibik yang bertugas untuk menyediakan segala keperluan dan keselesaan dorang sajek wuwuuu..... *nanges


Hape mende la yang mummy merepek ni huhuu... Maap lah korang terpaksa baca luahan hati mummy pulak. Sebenarnya mummy nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijriyah (1435H). Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun yerk.... Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan redha Allah sentiasa, insyaAllah...


3 comments:

ctpayong said...


أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ

Semoga Hijriyah 1435 mendapat rahmatNya.

Ms. Dot said...

sweet la jejebon tuh.. :)

esah said...

macam tu jugalah keadaan saya kiri kanan atas bawah sampai terfikir cam u fikir ini katil den ke kati depa :) haha...