Wednesday, November 6, 2013

Arjuna demam

Share
Assalammualaikum :)





Selamat tahun baru!! Saja nak tepek gambar sendiri, macam dah lama tak enterprame ngehehe... Pada yang rindu kat mummy boleh lah tatap wajah mummy dengan dagu berlapis dua tu yer hakhak...



Arjuna demam. Hari Ahad tu perasan Juna marah bila Kirana nak bergurau senda dengan dia. Juna macam takde mood jer nak main, asik meragam pastu menjauhkan diri. Selalunya Juna tak macam tu,  selalunya budak berdua ni lah yang melintang pukangkan rumah. Bila Juna mula tak aktif tu mummy tahu Juna tak sihat.


Pagi Isnin tu masa makan, Juna langsung tak bangun dari tidur. Selalunya dengar mummy kat dapur Juna dah sibuk datang meleset kat kaki mummy. Bila mummy pegang kepala Juna terasa panas. Tahu la mummy Juna demam, kalau masa Momon demam aritu, tak terasa pon panas badan dia, bila bawak pegi vet baru tahu rupanya Momon demam.


Jadi bila dah tahu Juna demam, pagi tu sebelum pergi kerja mummy suapkan wetfood pada Juna lepas tu mummy bagi Vitamin C dan Vetri DMG. Mummy masukkan Juna dalam bilik supaya dia tak diganggu dan boleh berehat sepenuhnya.



Tengahari mummy balik rasa badan Juna masih panas.  Mummy suapkan Juna air zamzam. Malam sebelum tidur mummy bagi Juna makan ubat demam, antibiotik dan sekali lagi mummy suapkan Juna dengan air zamzam. Mujur la Juna senang nak disuap. Kalau si Momon nak suap air zamzam punya lah payah, menggelupur bagai, sabo jelah. Mujur Juna tak banyak kerenah.



Esoknya sebelum subuh Juna dah gigit-gigit hidung kejutkan mummy bangun tidur. Demamnya dah hilang, syukur alhamdulillah. Mata Juna pon dah bulat bercahaya tak layu lagi. Kemain banyak makannya pagi tu, suka mummy tengok. Kirana pon suka dapat main semula dengan apang Juna dia hehe..




Terima kasih pada semua mama, mummy, aunty, uncle dan kakak yang mendoakan kesihatan Juna. Juna dah sihat :)

suka?

1 comments: