Friday, November 22, 2013

Merah ku sayang



"Dua hari selepas Merah menghilangkan diri, mummy bermimpi. Merah muncul depan rumah. Bila mummy panggil, Merah berjalan tak pedulikan panggilan mummy. Merah terus berjalan hingga hilang dari pandangan..."













Hari keempat - Dah lama Merah sakit. Sakit pada gusi yang menyebabkan rasa sakit ketika makan. Badan Merah yang dulu tegap dan gagah semakin mengecil. Tapi Merah kuat, sikit pon tak mengeluh lama Merah bertahan. Merah makan makanan yang mummy sediakan, Merah telan ubat yang mummy berikan walaupun susah walaupun sakit.





Sejak akhir-akhir ini Merah selalu lepak dalam rumah, makan tidur dalam rumah. Merah memang jarang nak masuk rumah, lebih suka berjaga di luar rumah sejak dari dulu lagi. Bila Merah sentiasa berada dalam rumah, mummy gembira sebab setiap saat mummy boleh nampak Merah.





Tak macam selalu mummy tercari-cari Merah di kawasan luar rumah. Kadang Merah lepak bawah pokok rambutan, kadang duduk atas timbunan kayu di stor belakang. Kadang Merah duduk diam mengambil angin di parit belakang, kadang berbaring tenang atas perigi di depan. Tapi sekarang mummy tak perlu cari Merah lagi, Merah sentiasa berada di depan mata. 


Keadaan Merah juga semakin bertambah baik. Mummy beri Merah vetri-DMG dan antibiotik dua kali sehari. Merah juga tak menjerit kesakitan lagi ketika makan. Mummy happy sangat sangat! Merah semakin pulih dan sentiasa bersama mummy.






Tapi semua tu tak kekal lama, perubahan sikap Merah rupanya petanda Merah nak pergi tinggalkan mummy. Merah mengikut jejak langkah ibunya Bulat. Merah juga tahu masanya semakin hampir tiba. Merah bagi peluang pada mummy supaya dapat bersamanya buat kali yang terakhir. Keadaan diri Merah yang bertambah baik hanya untuk menyenangkan hati mummy, supaya mummy tak risau supaya mummy tak susah hati. Namum Merah tahu masanya semakin hampir tiba. Merah membawa diri, membawa diri ke tempat yang sama seperti ibunya Bulat. Merah persis ibunya Bulat perginya seperti tak mahu susahkan mummy.






Kalau lah mummy dapat fahamkan kamu yang kamu langsung tak susahkan mummy. Kalau lah mummy dapat fahamkan kamu bahawa mummy lebih rela melihat kamu pergi di depan mata daripada kamu pergi begini. Sekurang-kurangnya tenang hati ini tiada tanda tanya. Sekurang-kurangnya mummy dapat tandakan pusara kamu agar dapat mummy melihatnya hari-hari…






Sungguh mereka ini haiwan yang tidak berakal tetapi hatinya padat dengan kasih dan sayang. Mummy sentiasa sayangkan kamu! Kamu, kamu dan kamu yang telah pergi tinggalkan mummy. Terima kasih di atas kegembiraan yang kamu bawa dalam hidup mummy. Pulanglah ke sisi penciptamu sayang, damailah kamu di sana. Sihat dan gembiralah bermain berlari bersama yang lain.



MERAH (2003-2013)

Selamat tinggal sayang, doa mummy moga kita dapat bertemu lagi di sana nanti. Dengan izin Allah….

5 comments:

yna muhani said...

ASALAMUALAIKUM..

RIP MERAH SAYANG..
Damailah kau DI SANA bersama yg lain..
'Sesungguhnya KEHILANGAN itu amat MENYAKITKAN'..

tunfatimah said...

Redha. In sya Allah Merah had good times dgn Mummy. Dia dipenuhi kadih sayang

Nisah Idham said...

Assalam Mummy..
ummi datang nak baca kisah indah budak jebons tu ari ni. tapi sayang. ummi tergamam. rupenye kisah sidah yg mummy ceritakan. lagi sekali. airmata ummi mengalir.. Ya Allah berat ujian yg Allah turunkan pd mummy tahun ini... kehilangan mereka yg takkan ade pengganti.

Takziah mummy.
merah. tenang lah kamu di sana. Allah dan yg lain2 ade bersamamu. semoga kamu kan bahgia sayang. Allah lebih sayangkan kamu.. RIP Merah...

saya said...

Sayang merah...walaupun dah tiada, akan tetap kekal dlm ingatan sampai bila2...

juls julie said...

takziah..hrp MM bersabar yer.. :'(