Saturday, November 16, 2013

Resepi mudah makanan basah (wetfood) untuk Si Comel

Share
Helo helo! Hari ni mummy nak share resepi mudah  membuat makanan basah untuk anak-anak bulus. Resepi ni mummy dapat dari FB dikongsi oleh salah seorang kawan kucing mummy.  Teruja bila tengok resepi tu cuma guna bahan-bahan mudah dan caranya juga mudah.


Bila dapat resepi tu semangat mummy makin berkobar-kobar nak buat. Petang balik kerja mummy terus singgah ke Econsave beli bahan-bahan. Kebetulan esoknya mummy perlu bertugas di luar stesen maka lebih bersemangat nak tinggalkan masakan air tangan mummy sendiri untuk jejebon hiks!


Sampai rumah jer mummy terus ke dapur menyinsing lengan. Pung pang pung pang dah siap! Wahh bangga sekejap dengan diri sendiri kehkeh…


Sebab mummy dah berjaya buat maka dengan senang hatinya mummy nak kongsi dengan rakan-rakan semua. Seronok sangat bila tengok jejebon berselera makan, berbaloi rasa mummy bersusah-payah masak (bersusah payah la sangattt)


So tuan tuan dan puan puan semua bersedia dengan pen dan kertas yer…masterchep meowwmania nak bagi resepi ahaks!




Resepi Wetfood super mudah!





Bahan-bahannya :

1. Ikan 1kg (mummy guna ikan mata beso)
2. Lobak merah 2 batang
3. Sayur bayam (mummy cuma guna setengah dari seikat)
4. Agar-agar (mummy guna setengah paket sahaja)



Cara-cara :
      @Rebus ikan bersama lobak sehingga lobak empuk.
      @Keluarkan ikan dan lobak dan celur bayam untuk seketika di dalam air rebusan ikan tadi.
      @Buangkan tulang ikan dan ambil isinya sahaja.
      @Blend isi ikan, lobak dan bayam menggunakan air rebusan ikan tadi.






     @Masak agar-agar dalam bekas lain sehingga mendidih.
     @Kemudian tutup api dan tuang bahan-bahan yang telah diblend tadi dalam agar-agar kemudian gaul sebati.
     @Tuang dalam bekas yang bertutup dan sejukkan.
     @Kemudian boleh lah disimpan dalam peti sejuk.
     @Bila dah keras boleh lah dihidangkan pada si Comel anda.



penangan air tangan mummy si Oneng sampai menjilat kuali :D



*Tips :
-guna sudu plastic bila menceduk untuk memastikan wetfood tidak mudah basi.

-jika simpan dalam 2 bekas atau lebih, 1 simpan dalam peti sejuk tempat biasa yang selebihnya simpan dalam tempat sejuk beku untuk tahan lama.



Haa...mudah jer kan. Memang sesuai la untuk yang ramai anak macam mummy ni, senang dibuat dan menjimatkan. Selamat mencuba! :)

suka?

27comments: