Wednesday, December 18, 2013

Ayam

Assalammualaikum & Selamat Hari Rabu


Ni haa...mummy nak cerita pasal si Kirana. Kirana dah pandai melompat naik atas kabinet kat dapur tu. Dah besar rupanya Iki, tak perasan mummy. Sebelum ni Iki cuma tengok jer abang-abang dia melompat atas kabinet tu, Iki cuba jugak tapi tak pernah lepas. La ni dah lepas dia melompat. Dah beso anak mummy ni rupanya yer...


Sejak dah pandai melompat naik ni memang duaplohpat jam lah dia duduk bertenggek atas kabinet tu, paberet port kat atas microwave oven. Lepak atas microwave tu sesambil ambik angin tengok pandangan kat luar. Iki tak macam jejebon lain suka melepak kat luar. Iki lebih suka lepak dalam rumah, catflap tu pon Iki tak pandai guna lagi.


Iki tak macam Juna, kecik-kecik lagi dah sibuk mencuba nak keluar ikut catflap. Tengok abang kakak dia keluar masuk dari catflap tu langsung dia tak teringin nak mencuba. Pelik budak sekor nih. Tapi takpe lah senang hati mummy, sebab tu mummy tak payah letak Iki dalam cage bila mummy keluar atau bekerja sebab mummy tahu Iki tak akan berani keluar. Kalau Juna dulu tiap kali mummy keluar memang kena letak dia dalam cage, bimbang dia mengikut abang-abang dia keluar. Kang dah keluar tak pandai nak masuk pulak.


Tapi budak Iki ni bagus, tiap kali mummy balik dia setia tunggu mummy kat depan pintu. Bukak bukak pintu jer nampak budak itam ni dah tercongok dok pandang mummy hehe...good girl anak mummy sekor nih :)





2 comments:

saya said...

Iki pon sama mcm aunty la masa kecik2 dulu aunt takot ayam. Nampak ayam je lari keliling rumah. Yg pelik tu ayam tu kejar lak tu then patuk aunty. Aunty takot tau nangis kuat2 jerit. So iki dok dlm rmh je tau, selamat sikit. Sambil tu blh tlg korek apa yg patot kat dapor mummy awak tu bagi selerak sikit. Hehehehe..biar mummy blk keje pengsan tgk dapor. Cayalah iki!!!!!!!

Lullu Anna said...

saya ada jual furminator untuk kucing . meyh la singgah belog untuk review sikit pasal furminator ;-)

http://ciklulusahaje.blogspot.com/2013/12/furminator-bukan-termometer-mihmihmih.html