Monday, December 16, 2013

Cerita hujung minggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


15.12.13/AHAD - Mummy pergi ke Expo Pet World di Danga City Mall, JB. First time pergi, kebetulan mummy pon ada menang contest Like & Share di FB Pet World. Jadi sekaliarong pergi untuk claim hadiah yeay!


Kalau berkenaan haiwan-haiwan ni memang wajib bawak budak Mia tu sekali. Seronok betul Mia, macam-macam haiwan ada. Tapi yang paling Mia teruja bila jumpa ulo ekeke...






Dengan ular tak tak takot dengan anjing besar-besar pon tak takut. Nampak anjing terlompat-lompat suka. "somel..somel..", kata Mia. Tapi bila dengan burung kemain takut, sampai nak menangis bila maklong pegang burung ekeke...entah pape jer budak Mia tuh



Bila Mia nampak ular kekecik ni menjerit-jerit dia "nak..nakk..." terus maklong tarik Mia pergi tempat lain. Buatnya Mia nangis berguling mintak ular tu lagi parah!


Bila tunjuk cicak ni kat Mia, Mia cakap "eeeee...titak geyi uwekk!" ahahaha...takot cicak sama cam maklong, bagus!


Booth Brit tempat mummy claim hadiah. Thank you Brit!


Brit Care Castrate Chicken and Rice Formula untuk kucing yang telah dimandulkan. Ia merupakan makanan super premuim yang mudah dicerna dan dirumus khas untuk memenuhi keperluan kucing yang telah dimandulkan. Kandungan pH optimum untuk menyokong fungsi buah pinggang yang sihat dan bertindak sebagai pencegah pembentukan batu karang.


Bagus juga untuk bulu, kulit, gigi (mencegah pembentukan tartar) immunity support dan ANTI-AGING factor! Ni yang buat mummy rasa macam nak makan sekali nih. Jeles la nanti jejebon sume awet muda akikiki...



Sebelum ni mummy bagi Blackwood kat jejebon. Tapi stok Blackwood kat sini tak menentu, kadang kena tunggu sampai setengah bulan baru dapat. Leceh jadi mummy tukar ke Equilibrio. Tengok Brit ni pon ok jugak, jejebon pon suka. Harga pon lebih kurang jer...EQ 10kg = RM150, Brit Care 7.5kg = RM130. Mungkin boleh buat tukar-tukar ngan EQ sebab jejebon ni kalau makan mende yang sama..mulalah tunjuk macam jemu, macam tak selera nak makan..mengada!


Kirana lagi lah pilih yang Brit jer...EQ langsung tak sentuh. Poyo!

3 comments:

Hatsune Miku said...

Hahaha. Poyonya jebons akak nieh. Cicak sye suka sama dengan SEMUA haiwan yang laen. Anjing pon sama. Kecuali erk....benda yang kotor tu.....tak tau nk cakap camner. :P

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy...heheee suka

Naz said...

Min ngan Baby Musyuk nmpak mcm dua beradik, bkn ank beranak..