Monday, December 9, 2013

Demam & Mandi

Share
Assalammualaikum


Apa khabar mak-mak kucing semua? Moga sihat-sihat semuanya. Mak jebon ni baru sembuh dari demam. Demam panas tetiba dengan batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak complete satu pakej!


Mujur demam dah hujung-hujung minggu, hari Khamis MC, Jumaat halfday sambung cuti Sabtu, Ahad, Isnin cuti jugak Hari Hol bagi negeri Johor. Bagi yang tak tahu Hari Hol tuu...meh saya bagitahu. Hari Hol adalah hari memperingati kemangkatan Sultan. Kalau tak silap Johor ngan Pahang jer kot yang ada Hari Hol kat Malaysia nih. So negeri lain jangan jeles ekk ehehee....


Segonok dapat berehat lama kat rumah. Teruk betul demam kali ni, dua hari tu memang betul-betul melepek! Duduk terperuk jer kat dalam bilik... Lega dapat cuti lama, dapat betul-betul berehat dan pulihkan semula badan ni.


Jejebon sukalah dapat buat yang bukan-bukan tanpa kena marah. Rumah jangan cakap lah...kalah tongkang pecah! Kemain memasing tunjuk perangai, yang bergaduh, yang masuk longkang, yang tumpahkan makanan. Memang kena banyak-banyak bersabo jelah mummy masa tu


Mendidih jer tengok perangai sensorang. Naik lemak la takde sape nak marah kann...pastu eksen baring berguling-guling depan mummy macam menganjing. Dorang hingat mummy demam ni dorang boleh terlepas dari kena mandi. Jangan ko harap! Dah selamat dah semua jejebon mummy mandikan petang tadi kahkah...


Pagi tadi cuaca mendung kesian pulak nak mandikan. Dalam pukul 3 lebih tu tengok cuaca cantik matahari memancor-mancor, apalagi sekor-sekor kena hangkut masuk dalam bilik mandi. Padan muka, puas hati mummy! Baru senang hati nak pegi keje esok muahahaha.....








suka?

1 comments: