Sunday, December 1, 2013

Pertandingan Kucing Agro Johor 2013

Share
30 November 2013 (Sabtu)
Pertandingan Kucing Agro Johor 2013
Projek Pertanian Moden, Kluang Johor.


Sebenarnya ini kali pertama mummy ikut pertandingan macam ni, ini pon sekadar suka-suka main redah jer takde pengalaman pon. Masa bawak Kirana ke vet masa dia demam hari tu Dr. Amir yang bagitahu pasal cat show ni. Dr. Amir kata datang la bawak kucing, sama-sama memeriahkan majlis.


Hari kejadian tu mummy pon free takde apa-apa program, Momon pon elok ada tertonggok kat rumah, sejak baik demam aritu duaplohpat jam si Momon duduk melepek dalam rumah. Baik demam terus jadi budak baik, bagus!


Jadi mummy pon cakap kat Momon, "Jom la Mon kite join cat show tu.." JOM! balas Momon dengan konpidennya HEHE...


Masa daftar tu Momon kucing yang kelima. Selepas lulus menjalani pemeriksaan ringkas oleh vet kat sana,  Mon secara rasminya menyertai cat show tersebut. Mon agak panic dengan suasana hingar-bingar kat sana, mummy lebih panic bimbang Mon buat hal sebab dia tak biasa dikerumuni oleh ramai manusia.








Masa nak keluarkan Mon dari carrier tu mummy agak struggle jugak lah sebab Momon berkeras tanak keluar. Tapi bila dah berjaya keluarkan Momon dan letakkan dia dalam cage. Mon terus buat muka poyo dia macam biasa...macam takde perasaan huhuu...



Ada tujuh kategori yang dipertandingkan. Antaranya adalah :

  1. Pet & Owner Look Alike
  2. Pet & Owner Bonding
  3. Sangkar Berhias
  4. Best Costume
  5. Princess Of The Day
  6. Prince Charming
  7. Kitten Chomel

Nak masuk kategori pertama tu rasanya out sebab memang tak serupa langsung. Mata mummy elok lagi tak juling macam Mon ekeke.. Kategori yang kedua tu pon macam out jugak sebab si Momon ni bukannya dengar sgt cakap mummy, lain yang mummy suruh lain yang dibuatnya hampeh! Kategori ketiga dan keempat tu memang dah kompem out sebab tak prepare langsung ngeee... Makanya yang tinggal cuma kategori Prince Charming.


Prince Charming?? hadoi la Mon...ada ker harapan budak juling ni nak dapat title Prince Charming ittew huhuu... Menang kalah tu mummy redho jelah memang tak letakkan harapan pon...yang penting dapat pengalaman. Next time boleh eksen mummy penah join cat show kahkah (jakon)


Tengok Momon elok jer dok diam kat dalam cage tu mummy pon merayap la, pusing-pusing cuci mata. Macam-macam haiwan ada kat dalam Pameran Haiwan Hidup ni. Pelbagai jenis burung, arnab, hamster, ayam serama comel-comel dan cantik-cantik belaka! 














Perasan satu group buat cat adoption. Tinjau-tinjau ropenya Pandan City Furries. Dorang ada jual t-shirt, key-chain, goodies bag dan macam-macam lagi lah. Perasan macam ada kucing yang berjaya mendapat tuan baru kat sana. Syukur alhamdulillah...tumpang gembira. Sempat berborak dengan salah seorang dari group PCF tapi terlupa nak tanya nama hehe...sesiapa yang berkenaan tu sila kenalkan diri! ;)



salah seorang dari group PCF sedang membuat persiapan



Lebih kurang jam sebelas tuan-puan kepada kucing yang di pertandingkan dipanggil untuk diadili oleh para juri. Seorang demi seorang tuan kucing dipanggil masuk untuk menunjukkan kelebihan kucing masing-masing.


Momon sedang diadili oleh Dr Irni Jasia



Tiba giliran Momon, mummy cuba buat sesuatu yang biasa mummy buat "Mon kiss mummy Mon...kiss..kiss" kata mummy sambil memuncungkan mulut. Momon buat muka poyo sambil menggesel-geselkan mukanya. "Mon kiss mummy la sayanggg..kiss kiss!" kata mummy seakan menjerit. Tapi Momon tetap dengan muka poyonya. Momon cuma mengeow setiap kali mummy memanggil namanya. Juri yang melihat tersengeh saja. Mummy pasrah...



Antara kucing yang bertanding


kucing Dr Irni, cantik tapi garang amat! hehe..



Tiba masa keputusan diumumkan nama Momon dipanggil memenangi kategori Pet & Owner Bonding. Mummy macam... APA?? Dalam blur blur tu mummy mendukung Momon sambil kehadapan mengambil hadiah. 



Hadiah disampaikan oleh Pengarah Veterinar Johor,
Dr Kamarudin bin Md Isa


Terima kasih lah kerana sudi bagi mummy dan Momon menang. Mummy rasa juri kesian tengok mummy terjerit-pekik tadi, maka dapat lah markah kesian kikiki... Sekurang-kurangnya berbaloi la jugak mummy dok menghangkot si Momon yang beso gabak ni dari tempat parking kereta sampai ke tempat pertandingan tu. Berat nak mamp! rasa macam nak terputus urat kentut hangkot si Momon tu fuhh!


Apa-apa pon ini adalah satu pengalaman baru untuk mummy. Pengalaman yang akan tersimpan kemas dalam ingatan. Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan, hazabnya menghangkot si Momon yang beso gabak ittew...



Momon the poyos cat!

Antara hadiahnya Pet Carrier Bag, Water Feeder, Pet Comb, Pet Shampoo, Pet Collar, Pet Toy dan pelbagai catfood sample. Terima kasih daun keladi Agro Johor, lain tahun buat la lagi ehehe...



suka?

8comments: