Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday : Bertenggek



p/s: sebab ni lah segala mende dalam rumah (terutama kat dapur) kena beralas haihh!

Tuesday, January 29, 2013

Kisah Hari Minggu

Assalammualaikum ^_^


Selamat hari Selasa!! Wahh bestnya kalau tetiap minggu start hari Selasa kan...takde la nak rasa monday blues bagai hakhak...


Cuti 3 hari lepas takde plan apa pon dok berehat kat rumah jer... Tapi kalau dah kat rumah tu bukan berehat sangat ponn....asik membibikkan diri jelah. Rumah ni kalau ada anak bebulus memang kerja rumah tu tak berenti. Adaaaa jer mende nak dibuat pasal yang tukang kecahnya ada..


Time hari cuti lah nak menyental segala bagai, segala kerusi meja kabinet tu semua nak kena polish kasi bersih berkilat balik. Segala alas barang-barang, alas kaki, kain lap semua kena basuh dan tukar baru.  Lepas tu kena vakum dan mop satu rumah. Rumah kalau ada anak bebulus ni memang penuh dengan buluuuu jelah. Kalau tak dibersihkan silap-silap boleh tenggelam dek bulu-bulu ittew HAHAHA....


Kalau time tengah mengemas tu haruslah jejebon dikurung. Yang jenis paham bahasa tu kite pegang vakum jer dah cabut lari keluar rumah. Yang jenis degil tak paham bahasa ni memang selamba jelah siap boleh baring telentang kat tetengah jalan menghalang lalu lintas dan kerja-kerja membersih dilakukan. Eeeee...sakit hati okeh!


Jadi sebelum mummy naik hantu, mummy kasi sumbat sekor-sekor jejebon ni kat dalam cage. Baru aman nak buat kerja muahahaha.....












bibik tengkorak kamu! 
mummy tonyoh kamu dengan batang mop ni karangggg!!!





Friday, January 25, 2013

Teteh Ancem Boy

Assalammualaikum w.b.t


4 hari lalu si Puteh balik rumah dengan muka frust. Comot jangan cakap laa...tu dah tentu. Yang peliknya Teteh ni macam menyerah diri jer ....bila mummy bebel-bebel cakap nak mandikan Teteh tunduk diam jer. Sikit pon tak cuba nak lari bila mummy dukung bawak ke bilik air. Pelik jugak!


Masa mandikan tu mummy cek la kot kot ada yang patah ker...terkehel ker...luka tu  memang ada la...kat muka, kat telinga ngan kaki depan, nama pon pergi berperang khennn.... Tekan-tekan kaki, picit-picit badan nampak ok jer semua. Lepas mandi tu bawak masuk dalam bilik, keringkan badan Teteh ngan hair dryer, Teteh terkejut sikit jer pastu ok. Dia biarkan jer mummy lap-lap keringkan badan dia. Pelik lagi...


Mummy pon tanya....








hehehe....memang kecewa sangat agaknya. Entah dengan sape dia berperang, baru bertemu buku dengan ruas agaknya. Hahh elok benor la tu kalau ada kucing jantan yang boleh buat dia mengalah kalau tidak dia sekor jerlah yang terer. Sombong bongkak kemain kehkeh...


Lepas daripada hari tu terus jadi penduduk tetap kat dalam bilik mummy. Makan minum pastu buat taik mata memanjang, nak poo pee baru keluar lepas tu masuk semula sambung buat taik mata.










Mummy suka jer....bersih sikit budak Teteh ni dok rumah kalau tidak bercompang-camping muka. Harap-harap biar la dia bertapa lama lagi, sonok dapat tidur dengan budak tough muka ketat nih tetiap malam hikhik....

Friday, January 18, 2013

HOPE



Sometimes when I need motivation to keep going, I just hop on Hope For Paws web and watch for their rescue videos.


And this video really touched and motivated me...







The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated…I hold that, the more helpless a creature, the more entitled it is to protection by [people] from the cruelty of [human kind]”—Mahatma Gandhi

Thursday, January 17, 2013

Masalah Kutu Kucing

Assalammualaikum w.b.t 


Masalah kutu pada kucing kesayangan sering menghantui pemilik-pemilik kucing. Kutu adalah sejenis parasit di luar tubuh (ektoparasit) yang menghisap darah. Ia akan menyebab iritasi atau keradangan kulit. Kulit akan menjadi rosak dan boleh juga menyebabkan keguguran bulu kucing sehingga botak. Bila kulit dah rosak maka mudahlah virus, parasit dan bakteria berjangkit.


Jumlah kutu yang terlalu banyak pula boleh mengakibatkan anemia, berat badan menurun, hilang selera makan dan mengganggu kegembiraan kucing itu sendiri. Kasihan kan...


Tapi sebenarnya bukan kutu sahaja yang menjadi punca, hama juga terlibat sama. Ada beberapa kaedah yang biasa pemilik-pemilik kucing lakukan untuk menghapuskan kutu-kutu dan hama ni. Antara kaedah-kaedahnya adalah :

1) Suntikan anti parasit. 
Suntikan diberikan mengikut dos yang ditetapkan. Perlu ulang rawatan selepas 12-14 hari.
*Kos - RM15-RM30

2) Spot-on-cat
Ubat ini dititik di kawasan tengkuk. Selepas 24 jam, ia akan meresap keseluruh bahagian kulit. Ia dapat membasmi ektoparasit dan boleh bertahan 4 hingga 6 minggu di bahagian kulit badan. Perlu ulang semula selepas jangkamasa tersebut untuk perlindungan seterusnya.
*Kos – RM55-RM60

3) Mandikan kucing secara berkala.
Mandikan kucing dengan air suam dan syampu yang bersesuaian seminggu sekali.
Kos – sangat murah!

*kos adalah berbeza mengikut tempat


Antara kaedah-kaedah tersebut saya mengamalkan cara yang ketiga. Jika anda mengikuti perkembangan saya di blog atau di FB pasti anda semua tahu saya seeelaaaaluuuuu mandikan jejebon saya (seminggu sekali)


Bukan kerana rajin tetapi kerana saya dah nampak keberkesanannya. Alhamdulillah kucing-kucing saya bebas dari masalah KUTU!


TETAPI perlu diingat kucing yang sihat sahaja yang boleh dimandikan. Kucing yang sakit atau yang baru lepas menjalani surgery seperti pemandulan perlu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum boleh dimandikan dengan syarat tiada sebarang kompilasi pada luka pembedahan tu (eh! kompilasi? macam salah jek) Oh! maksud saya komplikasi. TIADA sebarang komplikasi pada luka tersebut yer...


Anak kucing yang terlalu kecil juga tak sesuai dimandikan. Jika terlalu kotor lap sahaja badan anak kucing tersebut menggunakan tuala lembab. Jika anak kucing tersebut ada ibu lagi senang tak payah mandikan langsung. Sebab si  ibu akan membersih dan memandikan anak-anaknya. Bila dah cukup dewasa dan dah pandai membersihkan diri sendiri maka boleh lah dimandikan.




Budak Tumi ni masa memula jumpa dulu badan dia penuh dengan telur kutu. Bulu dia kan putih memang nampak jelas, bila selak jer nampak bijik-bijik telor tu melekat kat bulu-bulu dia. Bila dah tetiap minggu kena sental hilang lenyap terus semua telor-telor kutu tu pueh ati! hambik kau!! dush dush dushh (hamboii geram bebenor dengan kutu-kutu tu yerk)



Jadi bagi pemilik-pemilik kucing di luar sana. Pilihan terletak di tangan anda. Lakukan yang terbaik untuk si comel tersayang. Jangan biarkan kucing-kucing anda diselubungi kutu dan hama. Sekian, salam kasih sayang dari saya untuk semua *wink wink*

Monday, January 14, 2013

CumiJelly bersunat

Assalammualaikum :)





Hari Jumaat lepas sunatkan CumiJelly. Si Tumi ni dah pandai mengeget-geget tengkuk orang (kucing). Yang selalu jadik mangsa adalah Apek huhuu....pelik betol budak Tumi nih. Dia lagi suka yang jantan dari yang betina. Kalau si Gegirl tu dipandang sepi jer HAHA... Sebelum perkara yang tak senonoh berlaku maka elok  benor lah disunatkan sahaja hakhak....




haaa....cuba tengok muka budak kena sunat. Kesian kan hehe..... Memula tu kurung jugak dalam cage tapi mengamuk tak suka jadi lepaskan jerlah. Tapi budak Tumi ni baik dia takde nak keluar rumah pon cuma sibuk carik bantal busuk dia, dapat jer terus baring sambil buat muka kesian ih..ih..ihh kesiann..... :D


Esoknya dah sihat dah. Tak keluar rumah lagi Tumi lepak dalam rumah jer....manja macam biasa pantang nampak muka kita asik nak melekat jer kadang tu sampai melekat badan dia kat muka kita sabo jelah!









Monday, January 7, 2013

Berjuang di medan longkang

Kejadian malam Sabtu. Akibat bergumpal dengan kucing jantan sampai tergolek dalam longkang. Dah kering berkerak badan baru si Momon ni balik (takut la tu nak balik)





















........














 .....