Thursday, February 28, 2013

Balai Raya

Share














Momon sekarang dah joint venture ngan ibuBulat menetap kat balai raya. Balik waktu makan jer lepas makan pegi ke balai raya semula. Entah apa yang best sangat kat balai raya tu agaknya. Dah tak kuasa asik nak panggil balik jer, doakan dorang berdua tu selamat pergi dan selamat balik jelah.


Orang-orang kat balai raya tu pon dah kenal dengan budak dua hekor ni, dorang cakap "ni kucing anak Ri ni..." Ri tu adalah panggilan orang kampung kat sini untuk abah. Padahal nama abah Mohamad camana tah boleh jadik Ri, saya pong tak paham huhuu... Takpelah pape pon semoga budak dua hekor ni insap dan pulang ke pangkal jalan semula, amin....

suka?

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday : Wira mummy

Share


suka?

Tuesday, February 26, 2013

Mia & Molly

Share

















Mia dah setahun tiga bulan. Dah besar sikit ni dah kurang ganas bila main dengan jejebon. Dia dah faham bila kite cakap "jangan nanti meow sakit.." Cuma sesekali tu bila geram sampai tercabut jugak lah bulu jebon dikerjekan. Jejebon macam biasa pasrah jer huhuu...



video


Banyak jugak perkataan yang Mia dah pandai sebut. Tu tengah main-main nampak nenek terus cakap "aaaa nene.." Kadang panggil nenek kadang panggil mak sebab dia dengar kitorang panggil mak kan so dia pon ikut lah. Bila tanya nenek mana? Mia tunjuk nenek. Bila tanya mak mana? tunjuk nenek juga hehe...


Perkataan pertama yang Mia pandai sebut bukan mak, bukan ibu atau ayah tetapi LUBANG hahaha... Kat laman tu abah ada buat lubang air bawah tanah, abah cakap kat Mia tu lubang. Sejak hari tu bila keluar rumah jer terus cakap "ubaa...ubaa.." lubang la tu kikiki...


Yang bestnya kucing tak pandai sebut, meow pon tak pandai tapi bila kite cakap jebon Mia sebut "bo...aya boo.." Sayang jebon katanya hihih.....

suka?

Monday, February 25, 2013

Operasi memberus gigi jejebon

Share
haluuuuuuuuu....
Okeh mummy bz sebenarnya ni tapi nak update jugak. Mummy update lelaju okeh.


Hari minggu lepas tu cam biasa la operasi memandikan jejebon kan... Dan seperti yang telah diwar-warkan mummy juga akan menggosok gigi jejebon sekali. Oleh kerana jejebon ramai, mummy biasanya bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Jejebon Beso dan Kumpulan Jejebon Kecit.


Hari Sabtu adalah untuk Kumpulan Jejebon Beso. Maka satu persatulah jejebon yang beso seperti Bulat, Teteh, KakakBaby, Min, Mon, dan yang lelain dimandikan dan diberus giginya. Yang tak kena berus cuma Yaya sekor jer sebab dia dah sakit kan, mummy memang tak berani nak sentuh mulut dia. Hazab yer nak memberus gigi jejebon beso nih, badan memasing dah la besau gedabak pastu kuku keras kebatun, berus gigi sampai terpelanting-pelanting...



...dan semestinya tangan mummy yang halus mulus ini turut menjadi mangsa sobs..sobs...atit taw :'(



Walopon rasa macam dah putus asa nak menggosok gigi jejebon ni, keesokkan harinya bangun tido mummy seakan mendapat semangat baru. Jadi misi untuk menggosok gigi jejebon diteruskan juga dan kali ini giliran jejebon kecit pula. 


Tapi ALHAMDULILLAH! tanpa disangka jejebon kecit memberi kerjasama yang baik kepada mummy, lebih senang kerja nak memberus gigi mereka. Ada la sekor dua yang dok ketap mulut ketat-ketat tapi mummy berjaya mencungkilnya muahaha...dekat pukul 1 baru siap.







tengok! gigi menjadi lebih putih selepas diberus dengan berus gigi systema 0.02mm ahaks! yer betol! memang mummy guna berus gigi systema tu sebab berus dia lembut, mummy pon guna berus gigi yang sama eh! bukan berus gigi yang sama, mummy punya kaler pink jejebon punya kaler oren eheee




dapat amik gambar budak berdua ni jer...yang lain lepas keluar bilik air terus mencicit lari keluar terus tak nampak batang hidung lagi.  Trauma lettew kena gosok gigi kehkeh...

Eh! ok lah stop sini dulu. Sok lusa mummy stori mori lagi ekk...
Daaaa.......


[entri ditaip dengan kelajuan 66 patah perkataan seminit]

suka?

Friday, February 22, 2013

Sakit Mulut

Share
Assalammualaikum w.b.t




Ini Merah atau nama manjanya Yaya. Umur Yaya ni hampir 9 tahun. Kalau ada terbaca kisah Yaya sebelum ni mesti korang tahu yang Yaya ni sakit mulut dan tak boleh makan makanan keras. Sejak Yaya sakit dia suka menyendiri dan tak suka diganggu. Bila diusap pon dia akan menderam tanda dia tak suka.





Tapi dalam sebulan dua ni nampak sakit tu macam dah kurang, Yaya pon dah berani curi makan kibble. Mummy yang takut sebab pernah sekali tu sampai berdarah mulut dia. Mungkin Yaya jemu makan ayam rebus dan ikan rebus sahaja. Jadi mummy bagi jugak kibble tapi rendam dulu dengan air pastu lenyek-lenyek dengan wetfood. Kibble lenyek ni kiranya resepi baru Yaya la selain ayam rebus dan ikan rebus hehe... Alhamdulillah Yaya masih berselera makan, tengok badannya pon dah naik.


Penyakit mulut ni sebenarnya dikenali sebagai Gingivitis. Puncanya disebabkan sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam mulut dan membentuk plak. Bila plak tidak dibersihkan tartar akan terbentuk. Pembentukan tartar inilah yang menyebabkan radang gusi (gingivitis) . Radang gusi menyebabkan gusi berwarna merah pekat. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan sekitar mulut sakit atau sensitif apabila disentuh dan kesulitan untuk mengunyah makanan.


Menurut kata Vet kebanyakkan kucing yang berusia akan mendapat masalah ini tetapi sebenarnya kucing yang berumur 3 tahun juga sudah berisiko mendapat masalah yang sama. Menurut kata vet lagi sebaiknya gigi kucing perlu dibersihkan melalui proses scalling sekurang-kurangnya setahun sekali.


Anggaran kosnya adalah diantara 150 hingga 200 ringgit. "Haaa..???" (terbeliak mata ternganga mulut) Dua ratus hengget?? Mummy buat scalling pon baru 40 hengget huhuu...


Kos yang tinggi tu disebabkan kucing perlu dibius pengsan sepenuhnya semasa proses scalling dilakukan. Seperti biasa kucing juga perlu dipuasakan untuk mengelak ia muntah. Bahaya yer kalau perut berisi sebab muntah tu nanti boleh masuk ke saluran pernafasan. Kerana itu lah bius perlu dilakukan ketika perut kosong.


Oleh kerana proses scalling perlu dilakukan dalam keadaan kucing dibius pengsan, kucing tua atau yang mengalami masalah hati tidak sesuai dilakukan scalling ini kerana bius bahaya bagi kucing itu sendiri.



 

Budak Omot ni pon mummy risau jugak sebab macam dah ada tanda-tanda ke arah tu. Mungkin Omot baru di peringkat permulaan sebab Omot masih boleh makan kibble macam biasa.Vet kat tempat mummy ni tak buat scalling pon dia cuma bagi antibiotik sahaja. Harapnya sakit Omot tak bertambah teruk lah. Risau mummy :(


Jadi sebagai langkah pencegahan, gigi kucing perlu dibersihkan atau diberus giginya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Rasanya lebih baik daripada proses scalling yang memerlukan kos yang lebih tinggi betul tak?


Hmmm....tak pernah umur mummy gosok gigi jejebon tu. Nampaknya nak kena start gosok gigi dorang dari sekarang memandangkan  jejebon mummy dah terkena. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? 


Okeh jejebon! Siap sedia esok time mandi mummy akan gosok sekali gigi korang yang berkarat ituh muahaha...

suka?

Thursday, February 21, 2013

Luka dilukai

Share
Assalammualaikum


Kemain lagi tajuk kann...nak gempak saje hehe.. Selamat pagi sumeeeee ^_^




Tengok mulut si Omel ni berdarah. Semalam mummy kerja half day sebab demam, balik rumah terus masuk bilik tidur. Petang tu baru perasan mulut Omel luka berdarah.




Patut la dia baring jer...selalunya Omel lebih suka lepak kat balkoni luar tuu. Bila dah sakit pandai pulak masuk rumah. Mummy letak gel gamat jer sebab check2 badan dia tengok takde kecederaan lain. Bila tengok luka kecederaan tu macam luka terjatuh kat permukaan yg kasar macam atas jalan. Hmmm...tak tau lah apa sebenarnya yang terjadi kat Omel nih.





Dari petang tu sampai ke malam Omel tidur jer makan pon tak. Risau pulak...mummy amikkan wetfood pastu suakan kan mulut Omel terus jer Omel makan ces! ngade betol nak manja rupanya. Pagi tadi mummy keluar bilik jer si Omel terus kejar pastu pergi dapur duduk depan bowl makanan dia hehe...dah sihat la tu. Alhamdulillah...cuma luka luaran jelah tu :)

suka?

Wednesday, February 20, 2013

Anak-Anak Stray

Share
Assalammualaikum




Kenal tak budak ni? Siapa yang follow Facebook atau Instagram mummy mesti kenal. Budak ni adalah salah seekor daripada anak-anak stray mummy. Dorang ni sebenarnya adalah adik beradik seibu Gegirl yang dulu kengkononnya mummy nak adoptkan pada orang tapi tak jadi.


Bebudak ni sebenarnya liar tak boleh nak pegang langsung. Nampak jer kelibat mummy macam tak cukup tanah lari. Tapi mummy dapat umpan dorang ni duduk kat stor belakang rumah. Jadi dorang takde lah merayap jauh-jauh sebab mummy umpan dengan makanan kat stor tu. Maka membesarlah dorang berempat beradik kat situ.


Jejebon pon berkawan baik dengan anak-anak stray nih. Bila makin besar dorang makin berani ikut jejebon masuk rumah. Dorang keluar masuk ikut cat flap...main, makan kengkadang tidur kat dalam. Tapi bila nampak mummy, berterabur memasing lari keluar rumah. Gedegang! langgar cat flap huhuu...


Sebab dorang ni penakut sangat jadi mummy buat tak tahu jelah bila bebudak ni ada dlm rumah, buat tak nampak, jalan pon seslow tanak dorang rasa takut. Budak kuning yang kat atas ni paling berani dalam 4 beradik tu dan dia adalah budak pertama yang berjaya mummy pegang.





Budak ni jugak sangat manja dengan Apek. Apek kan penyayang, selalu nampak dia jilat (grooming) adik-adik stray dia. Apek lah tempat adik-adik stray dia bermanja.






Si Tumi pantang kalau nampak bebudak stray ni rapat dengan abang Apek dia, mesti menyelit sama. Jeles letteww.... Tapi jeles Tumi tu takde la sampai dibelasahnya bebudak stray tu kadang Tumi pon menjilat sama bila nampak Apek tengah meng-grooming adik-adik stray dia.





Budak yang ni pulak masih berani-berani takut dengan mummy. Masa mummy nak amik gambar dia tengah rilek menjilat-jilat bulu bila mummy rapat jer...tu tengok posisi untuk melarikan diri dah on kehkeh...





haa...bebudak yang kat tetengah tu yang paling penakot sekali. tengah elok tido pon boleh terbangun bila mummy datang dekat.




tengok! dah tegak jer kepala tu, penakot sangat! macam la orang nak apa-apa kan dia. haritu masa dorang kena flu memang bercalar-balar lah tangan akibat bersilat nak bagi ubat. Sehari dua kali pulak tu kena bagi memang hancur tangan ngan jari ni sampai terpaksa makan guna sudu sebab pedih bila kena lauk-lauk yang pedas huhuu... Tapi alhamdulillah bebudak ni sembuh, berbaloi rasa susah payah bersilat ngan dorang ngeee...





Budak kunin yang kurus ni pulak lepas baik flu tu kena sakit mata ngan ciri-birit teruk. Meleleh-leleh poo dia kat montot sian mummy tengok. 





Badan yang dulu montel cepat betul susut sampai nampak tulang. Lepas bagi ubat, alhamdulillah cirit tu dah stop tapi masih nampak macam berapa sihat.



Memula tu mummy letak dalam cage tapi budak ni tanak duduk dalam cage. Mengamuk, mengigit-gigit cage mintak keluar. Mummy tak sampai hati tengok jadi lepaskan, dia masih makan macam biasa cuma dia lagi suka duduk termenung kat bawah pokok rambutan kat luar tu. Masuk rumah cuma untuk makan jer...badan tak sihat makan pon sikit jer..





Dalam 4 5 hari itulah rutin dia tapi lepas tu dia menghilangkan diri. Puas mummy cari. Hati mummy kuat mengatakan yang si kunin ni dah takde. Mungkin sebab tulah dia mintak keluar sebab dia nak pergi. Mungkin lebih selesa berada di luar. Gambar kat atas ni adalah gambar terakhir yang mummy ada. Walaupon rasa terkilan dan sedih mummy cuma harap agar dia pergi dengan senang tanpa tersiksa :(


Sekarang anak stray yang bertiga ni mummy jaga. Ada lagi 3 ekor stray jantan yang memang makan tidur kat belakang ni tapi dorang semua kucing dewasa. Sekor tu mata tak berapa nampak mungkin sebab dah tua lagi dua ekor lagi masih muda mungkin dibuang orang. Jadi total semua sekali 22 hekor. Sebulan mummy beli blackwood 24kg plus lagi 10kg Kiska tapi sekarang pon macam dah tak cukup, memang kena top-up lagi lah nampaknya. Mummy cubalah buat yang terbaik dan termampu untuk mereka semua. Mummy akan kembirikan sekor demi sekor.


Mintak maaf yer mummy bukan nak mengeluh cuma kadang tu geram dengan perangai orang suka nak ambil kesempatan ni. Memang kita sukakan haiwan, kita suka kucing tapi jangan la suka-suka nak campak semua kucing tu pada kita. TOLONG la kembirikan kucing-kucing tu. Mandulkan kucing bukan bermakna kita nak menzalimi mereka tapi tujuannya untuk mengawal pembiakkan yang tidak terkawal tu. Dan pada mereka yang sukakan kucing dan ingin nak memelihara kucing ambillah kucing-kucing terbiar yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang di luar sana JANGAN beli. Kucing jenis apa pon jika mendapat penjagaan yang sewajarnya pasti akan menjadi cantik. Usah bazirkan duit dengan membeli kucing-kucing yang sengaja dibiakkan dan dijual dengan harga yang mahal.


"Tak payah nak berlagak sangat lah! bukan ko sorang yang jaga kucing banyak-banyak ni...!"


Yer...memang betul ramai lagi bukan saya sorang. Tapi sampai bila kita boleh bertahan? Kalau boleh memang kita nak selamatkan semua haiwan-haiwan terbiar ni, tak sanggup nak tengok mereka hidup terbiar. Perasaan kasihkan haiwan ni memang dah dianugerahkan tuhan pada kita,  memang kita tak boleh nak nafikan. Tapi setiap orang ada batasan dan kemampuan masing-masing. Memiliki haiwan peliharaan memerlukan komitmen yang tinggi dan berterusan. Terpaksa berkoban masa, tenaga, wang ringgit dan pergerakkan juga jadi terbatas. Semua tu perlu diambil kira. Kadang-kadang saya terfikir kalau lah ditakdirkan umur saya tak panjang macamana lah kucing-kucing saya semua. Nak mintak tolong ahli keluarga? kawan-kawan? kalau sekor dua boleh lah tapi kalau dah sampai berpuluh ekor? hmmmm....


Buat masa sekarang ni mummy cuma berharap agar diberi kesihatan yang baik agar dapat terus menjaga mereka semua sebaik mungkin. Mummy juga mendoakan rakan-rakan seperjuangan mummy sentiasa diberi kesihatan yang baik dan diperluaskan rezeki agar dapat terus melakukan apa yang kami lakukan sekarang. Semoga kita semua tak patah semangat untuk terus membantu makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi ni eh! bukan seksi...COMEL!


don't give up! chaiyok...chaiyok!!


insya'Allah....dengan izin Allah ;)


suka?

Tuesday, February 19, 2013

Sayang Abang

Share
























p/s: macam dia sorang ada abang

suka?

Monday, February 18, 2013

Haluuuuuu........

Share
nguuuu......
nguuuuuu....nguuuuuuu.......
nguuuuuuu.......nguuuuuuuuuu..........


haat cuuuum!!  fuhh banyak betol habuk kat dalam blog nih...kejap ekk mummy nak vacuum lagi

nguuuuuuuuu.........(bunyik vacuum ahaks!)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Mummy kat sini sihat, bebudak jebon pon baik-baik belaka yang tak sihat pon dah semakin sembuh alhamdulillah....


Sebenarnya mummy kena bekerja di luar stesen lepas cuti Tahun Baru Cina hari tu. Macam biasa lah minta jasa baik mak ngan adik tolong bagi makan jejebon dan tengok-tengokkan mereka. Hari Jumaat tu bila balik tengok semuanya dalam keadaan baik, lega rasa. Berkecah tu perkara biasa kalau tak berkecah tuu luar biasa. Jadi kemas jelah...membibik macam biasa.


Hari Sabtu tu mummy sempat pergi ke sambutan Tahun Baru Cina kat sini. Excited nak tunjuk Mia singa dung dung chair tuh...


ingat kan budak Mia tu takut....





 sekali bila bunyi jer gendang siap berjoget lagi budak kecik tu sikit pon tak takut hampeh betol!


naga warghhhh.......



Mia pulak jadi naga



dung dung chair! dung dung chair!!


Kemain suka lagi Mia bila atuk ampu dia macam tu. Tekun tengok walopon kat tetengah panas terik. Budak kecik kann takde dosa mana nak rasa panas. Kite ni yelah panas sikit jer dah menitis-nitis peluh. Tu baru panas kat donia belum panas api nerakew lagi hakhak...(tetiba jadi ustazah segera)


Ok lah nanti mummy sambung cerita lagi ekk..mummy nak sambung vacuum kat rumah pulak


nguuuuuuuu.......................................


suka?