Thursday, March 21, 2013

Sentap

Share














suka?

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday : Rindu

Share


suka?

Tuesday, March 19, 2013

Jauh di mata selalu di hati

Share






Ingat lagi tak kat BabyMushuk masham mummy ni. Siapa yang follow blog mummy dari awal-awal dulu rasanya kenal la kat BabyMushuk ni. Budak ni mummy jumpa menangis tetengah malam dibuang orang kat tepi jalan raya dekat rumah. Masa keciknya nakal tapi bila makin besar makin baik sikapnya. BabyMushuk penyayang dan mudah mengalah dengan yang lain.


Disebabkan BabyMushuk ni baik sangat maka jejebon yang lain suka buli dia. BabyMushuk selalu kena kejar, kena hambat dengan yang lelain. BabyMushuk tak penah melawan, biasanya dia hanya akan melarikan diri saja.


Kadang kesian tengok BabyMushuk lari membawa diri....pelik kenapa jejebon lain suka sangat mengusik dia. Si Omel yang datang kendian tu pon kemain garang kalau nampak BabyMushuk macam BabyMushuk pulak pendatang baru padahal BabyMushuk dah lebih dulu menetap kat sini. BabyMushuk datang selepas KakakBaby. Dulu BabyMushuk memang rapat dengan KakakBaby sampaikan anak-anak KakakBaby si Mon ngan Min tu pon BabyMushuk yang tolong jaga.



Memula BabyMushuk lari menyembunyikan diri kat rumah yang Citam duduk tu tapi bila kat sana kena hambat dengan Citam pulak. Jadi BabyMushuk lari ke rumah nenek yang bersebelahan dengan rumah mak angkat Citam tu. Nenek tu pon tak kisah BabyMushuk tinggal kat situ sebab dia pon cuma tinggal berdua dengan suaminya, buat kawan katanya. Cuma sekali-sekala jer BabyMushuk balik mintak makan sebab nenek tu memang ada bagi makan.


















BabyMushuk memang baik, dia pandai bawak diri cuma kadang tu mummy rasa kesian kat dia. Sekali sekala bila BabyMushuk balik, mummy akan habiskan masa berdua jer dengan dia kat dalam bilik tanak yang lain kacau. Dapat sekejap pon jadilah hilangkan rindu.
 

suka?

Monday, March 18, 2013

Sembang petang

Share
Di suatu petang yang hening tatkala awan berarak mendung kelabu, dua hekor jebon sedang bersembang mesra....




























MinTomin ni kan walaupon tak pernah bunting tapi perot dia beso sangat, menggelebeh lak tu. Nanti bila dia berlari kan perotnya terhoyong-hayang  ke kiri kanan (perot pon boleh terhoyong-hayang ok hakhak...)


Dapat bayangkan tak? Tak tau lah camana boleh jadik camtu tapi rasanya keturunan kot sebab perot ibunya si KakakBaby dan abangnya si MonTomon pon macam tu. Keturunan perot boyot wakaka.....

suka?

Thursday, March 14, 2013

Drama King

Share















suka?

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday : Magic

Share


suka?

Wordless Wednesday : Aman tanpa perang

Share


suka?

Tuesday, March 12, 2013

Luahan hati mummy

Share
Assalammualaikum.

Entri sebelum ni mummy cerita pasal seorang jiran mummy yang tolong jagakan Citam kan. Ni mummy nak stori-mori sikit. Mummy lebih suka orang macam jiran ni, bila rasa tak boleh atau tak mampu terus dia tak mahu bela sebab taknak sampai mengabai atau menganiaya kucing tu. Orang yang faham tanggungjawab ni macam tu la dia fikir, ada tu yang main ikut-ikut saja. Orang bela kucing dia pon nak bela tapi bila kucing sakit dibiarkan tak dibawa ke klinik, bila dah beranak-pinak banyak-banyak dibuang tak nak dikembirikan. Hilang nak dapat pahala bela kucing dapat dosa sebab abaikan haihh!


Bertanggungjawablah pada haiwan peliharaan masing-masing. Mereka tu bernyawa ada masa sihat dan ada masa sakit. Kita kena bersedia sejak hari pertama kita buat keputusan untuk menjaga mereka. Kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab jangan bela. Kadang-kadang rasa terkilan bila ada yang emel atau hantar mesej pada mummy, "kucing saya jatuh... kucing saya excident... kucing saya dipatuk ular... apa nak buat? Astagfirullahalazim....bawak la pergi klinik, bawak jumpa vet!!


Kucing kamu sedang dalam keadaan bahaya masih ada masa nak emel, PM bagai. Diingatkan saya BUKAN VET. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah kebanyakkkan berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu yang saya tahu.


Minta maaf mummy terpaksa luahkan di sini. Semua orang ada masalah, awak ada masalah saya juga begitu cuma tidaklah saya war-war semua masalahnya di sini. Cuma setakat berkongsi masalah tu dengan keluarga atau sabahat terapat. Kadang-kadang jadi stress bila baca emel dan mesej-mesej tu.  Tu belum lagi ada yang emel sanggup nak hantar kucing pada kita sebab dah tak boleh nak jaga lagi katanya. Mummy takde shelter yer..mummy takde pusat pelindungan kucing hanya tanah sekangkang kera yang mummy kongsi bersama dengan bebudak jebon di sini. Apa yang mummy lakukan sekarang adalah setakat yang mummy mampu. Setiap orang ada had kemampuan masing-masing kan...mummy juga begitu.


Jangan sewewang-wenangnya campakkan masalah kita pada orang lain. Mintak orang lain tolong selesaikan. Kalau rasa tak mampu nak pikul tanggungjawab jangan terima.  Jangan ambil jalan mudah. Tiada perkara yang mudah dalam hidup, semuanya perlukan usaha dan kerja keras.


Sekali lagi mummy mohon maaf, mummy penat.
Bukan penat dgn kucing tapi penat melayan kerenah orang.




Pengkasian dapat mengelakkan pertambahan populasi kucing yang tidak terkawal. Bila dah banyak-banyak macam ni mesti kita tak mampu nak jaga kan?




Saya yang penat, 
meowwmania #bukanVet #takdeShelter

suka?

CitamTom

Share
Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)


Ingat lagi tak kat Citam? Budak pengelat mandi tuu...dah lama tak citer pasal dia kan. Sebenarnya Citam tak duduk ngan mummy lagi. Citam duduk dengan keluarga angkat, jiran selang tiga buah rumah dengan mummy. Yang bestnya bukan jiran tu yang adopt Citam tapi Citam yang selamba badak pegi duduk menetap kat rumah jiran tuu


Jiran mummy tu tak kisah dia suka jer kucing, anak bongsu dia yang paling suka. Citam kat sana memang dimanjakan lah. Jiran tu citer anak bongsu dia dok agah-agah Citam umpama si Citam ni baby "Citam adik kakak...sayang adik kakak.." gitu lah kekdahnya. Handphone anak anak jiran tu penuh dengan gambar dan video Citam saja.


Jiran kata dia tak dapat nak bela kucing sebab tak mampu. Yelah bila dah bela kena jaga betul-betul, makan minum dia, sakit pening dia. Jadi dia tak mampu nak ambil tanggungjawab tu. Makan minum keluarga sendiri pon dicatu-catu. Mummy faham sebab mummy tahu dia bukan orang senang. Jadi mummy cakap kat jiran, tolong izinkan Citam duduk kat sana, makan Citam mummy akan bekalkan. Macam tu jugak kalau Citam sakit, mummy akan rawat dan bawa ke klinik. Cuma berikan Citam tempat berlindung memandangkan Citam memang dah tak mahu pulang ke rumah.


Maka begitulah keadaannya sehingga sekarang. Citam masih di sana dan syukur Citam sihat-sihat saja. Cuma pada hujung minggu mummy akan ambil Citam untuk dimandikan, kadang-kala jiran tu tolong hantar. Alhamdulillah syukur dapat jiran yang boleh bertolak-ansur kalau tidak runsing jugak mummy memikirkan anak yang seekor nih.



















video

Citam menderam, kemain marah kena mandi kikiki....


suka?

Monday, March 11, 2013

Kehilangan

Share












Dah hampir lima hari Molly hilang. Dah cari belum ditemui, tanya sana sini tiada yang tahu. Pelik. Kalau mati tak jumpa jasadnya. Hilang lenyap begitu sahaja.


Molly kucing yang sangat manja dan mesra dengan sesiapa saja. Molly tak takut dengan orang asing apatah lagi orang yang dikenali. Firasat mummy Molly diambil orang. Sebab Molly tak penah pergi jauh dari kawasan rumah. Molly tak suka merayau.


Molly lebih selesa berada di rumah. Kalau dalam rumah Molly suka tidur atas sofa kalau di luar atas rak kasut. Pagi dan petang Molly akan tunggu Wira untuk makan bersama. Molly memang rapat dengan Wira. Wira juga sangat sayangkan Molly, mereka memang rapat dari kecil.


Mummy tak putus asa masih akan mencari setiap hari, masih mengharap Molly kembali. Tapi andai ditakdirkan Molly tak kembali mummy redha. Cuma mummy harap agar Molly menjalani hidup dengan gembira dan mummy doakan Molly sentiasa dalam keadaan sihat.



Gambar terakhir Molly bersama Wira


suka?

Thursday, March 7, 2013

Langkah-langkah sebelum dan selepas kucing dimandulkan ♫♪ step by step uu..bebeh ♪♫

Share
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter manakala bagi kucing betina adalah spay. Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang. Dan spay pula adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio dan ovari kucing betina akan dibuang.



Setelah membuat temujanji, berikut adalah langkah-langkah yang biasa saya lakukan :

  1. Mandi - bukan saya tetapi kucing :p  Selepas kucing dimandulkan biasanya kucing tidak boleh dimandikan dalam tempoh 2 minggu. Maka kebiasaannya saya akan memandikan kucing saya sebelum dimandulkan. Oleh kerana kucing-kucing saya dimandikan setiap minggu maka tak jadi masalah. Mangsa (kehkeh..) dimandikan pada hari Sabtu atau Ahad dan biasaanya saya membuat temujanji pada hari bekerja, saya akan call vet pada hari Isnin dan temujanji ditetapkan pada hari berikutnya.

  2. Ketip kuku (kerat/potong kuku) - saya akan pastikan kuku mangsa diketip sebelum pembedahan dilakukan. Memastikan kuku kucing pendek dan tumpul adalah penting untuk mengelakkan kucing mencederakan diri ketika dalam keadaan tidak sedar. Ada sesetengah kucing akan mencakar-cakar kawasan mulutnya kerana berasa kebas dan tidak selesa semasa dalam keadaan separuh sedar. Keadaan ini boleh mencederakan kucing itu sendiri jika kukunya panjang dan tajam.

  3. Puasa - Kucing perlu dipuasakan selama 8 hingga 10 jam sebelum pembedahan dilakukan. Jika kucing dibius dalam keadaan perut yang berisi boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas. Kebiasaannya pembedahan dilakukan pada waktu pagi. Last saya akan bagi makan pada pukul 7 petang. Last makan tu memang special sikit lah, saya akan bagi si mangsa makan ayam, wetfood atau apa-apa saja makanan kegemaran si mangsa.

Setelah selesai pembedahan, kucing akan sedar selepas 4-5 jam atau mungkin lebih. Kesan ubat pelali tersebut akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam. Sementara itu kucing akan kelihatan seperti mabuk, kadangkala muntah atau cirit birit bergantung pada jenis ubat pelali yang diberikan. Ada sesetengah kucing tidak mengerdipkan mata, jika ini berlaku perlu dititiskan ubat pada matanya (minta pada vet)

Pada ketika ini penting bagi kita untuk memastikan kucing tidak berada dalam kesakitan. Contohnya kucing meraung panjang atau berulang-ulang dan kelihatan sukar untuk duduk atau berdiri seperti dalam kesakitan. Jika keadaan ini berlaku perlu dirujuk semula pada vet. Kerana kebiasaannya kucing hanya akan mendiamkan diri sambil cuba untuk menggerak-gerakkan badan.  


Penjagaan selepas itu adalah penting dimana kita perlu sentiasa memantau untuk memastikan luka pembedahan tersebut tidak berdarah, bernanah atau bengkak. Jika keadaan ini berlaku ia perlu dirujuk semula pada vet yang bertanggungjawab dengan segera.

  • Seeloknya kucing yang baru lepas menjalani pembedahan dikurung di dalam sangkar untuk mengurangkan pergerakkan terutama untuk kucing betina kerana lukanya adalah lebih dalam berbanding neuter, maka penjagaanya juga perlu diberi lebih perhatian.

  • Pastikan keadaan dalam sangkar sentiasa bersih.  Jika dialas dengan kain atau kertas alas tersebut perlu ditukar setiap hari untuk mengelakkan jangkitan pada luka. Seeloknya sangkar ditempatkan di lokasi yang tidak bising dan sedikit gelap.

  • Jika menggunakan pasir jenis yang berdebu seelokknya ditukar kepada kertas untuk sementara kerana bimbang debu pasir tadi boleh mengakibatkan jangkitan pada luka.

  • Beri ubat penahan sakit yang dibekalkan doktor dan sapu krim antibakteria.

Nampak macam leceh dan menakutkan tapi kebiasaanya segalanya akan berjalan lancar, insya'Allah. Kucing jantan akan sembuh hanya dalam jangkamasa 3 hari manakala kucing betina akan sembuh dalam tempoh 7-10 hari. Dalam tempoh ini lawatan ke vet dilakukan untuk membuka benang jahitan. Ada juga vet yang menggunakan benang yang boleh tertanggal dengan sendiri jadi tak perlu dibawa berjumpa vet semula.
 

Kucing yang telah dimandulkan tak akan mengawan dan bunting. Kucing jantan juga tak akan menanda kawasan (spraying) selepas dimandulkan. Memandulkan haiwan peliharaan terdapat banyak kebaikkan dan saya amat menggalakkannya. Jangan la kata mandulkan kucing ni kejam. Kalau kucing kita tu membiak dengan jayanya, mampu ke kita nak menjaga kesemuanya?


Kucing betina bunting hanya dalam tempoh 60-65 hari (lebih kurang 2 bulan lebih sahaja) Kucing boleh mendapat 4 hingga 6 ekor anak dalam setiap kelahiran. Kata lah dalam tempoh setahun kucing tersebut bunting 3 kali, dah berapa ekor tuu? Tahun berikutnya pula anak kepada ibu kucing bersama ibu kucing tu sekali bunting serentak! Bayangkann.... mampu ke nak jaga?


Dan akhirnya bila tak mampu, kucing-kucing itu dibuang, dibiarkan berkeliaran dan tidak dipedulikan. Satu kesudahan yang amat menyedihkan dan tak patut berlaku. Bukankah lebih elok kita cegah sebelum ia terjadi daripada ia terbunuh setelah diberi nyawa. Tepuk dada tanya akal, jadilah tuan yang bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan sendiri ;)





suka?

Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday : Si Comot Teteh

Share


suka?

Tuesday, March 5, 2013

Tempoh berpantang

Share

















suka?

Sunday, March 3, 2013

Giliran Gegirl pulak

Share
Assalammualaikum 


Semalam (Sabtu) Gegirl telah selamat dikembirikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tinggal nak habiskan ubat makan dan ubat sapu yang vet bagi jer. Sementara dalam tempoh berpantang ni (berpantang kew??) mummy bagi Gegirl makan makanan yang lembut-lembut dulu. Menu yang paling senang ayam rebus blender dan wetfood.


Bila sedar dari pengsan tu mummy suakan ayam rebus pada Gegirl tapi dipandang sepi jer...ah sudah! apsal tanak makan lak nih....tak lapar ker? kan sebelum tu Gegirl puasa. Jadi mummy bagi la guna syringe, habis semangkuk bila kena suap. Aloloo....bila sakit pandai nak mintak manja yer...


Sekarang ni mummy cagekan Gegirl sekurang-kurangnya 3 hari untuk kurangkan pergerakkan dia. Kalau ikut vet lagi la suruh kurung seminggu huhuu...mau meroyan budak tu duduk lelama dalam cage. Mana leh tahan tengok kawan-kawan lain kat luar kan. Tingkat-tingkat kat dalam cage tu pon mummy bukak sebab tak nak dia memanjat atau melompat bagi dia rehat betul-betul kat dalam cage tu. Biar cepat sembuh! Amin......












misi untuk meloloskan diri........





suka?