Monday, April 29, 2013

Kisah Tan Tin Ton

Share
Assalammualaikum :)



Alalaa....sucinya muka memasing dok dalam litter tray tu yer...sukati ko la nak! Bebudak ni memang suka main, tido dalam cage tu. Kenkonon mummy letak tray tu utk dorang poo pee tapi last last jadik tempat tido, dorang pandai membuang kat luar tak payah diajar. Asal pon dari luar kan, pandai bawak diri.





Budak Aton ni dah berani banyak dengan mummy. Kalo dulu jangan harap la dapat nak amik gambar dedekat camni. Baru mummy cangkung, dah mencicit dia lari. Hujung minggu aritu pon mummy dah berjaya mandikan dia. Terjerit-jerit kena mandi tapi tak mencakar hehe...baik sangat!







Gegirl pon dah semakin rapat dengan adik-adik dia. Suka mummy tengok! Bersatu balik dorang adik-beradik. Ibu Gegirl dah lama tak nampak, mummy fikir dan doakan yang baik-baik jelah. Semoga dia sentiasa dilindungi walau di mana berada.







Budak Atin ni pulak masih tak berubah, masih sombong dan garang. Atin join jugak dengan Atan, Aton dan Gegirl main kat dalam cage tu...tapi bila dengar tapak kaki mummy berjalan ke dapur jer, cecepat dia melompat keluar dari cage pastu standby berdiri depan cat flap. Entah apa yang dia takut sangat agaknya, geram mummy tengok dia! geram sebab tak dapat nak pegang, gerammm........

suka?

Thursday, April 25, 2013

Bina badan

Share




Tak senonoh kan budak Momon ni...tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni si Momon asik melepek dalam rumah tak aktif merayap macam selalu. Nak kata tak sihat makan bermangkuk-mangkuk. Asik melayan mata  jer kejenya...dah tak peduli guruh, ribut, bom meletup sedap jer dia membuta. Dalam proses membina badan barangkali haihh....

suka?

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday : Si Kurus Panjang dan Si Katik Montel

Share


suka?

Monday, April 22, 2013

Playtime with Mia

Share
Assalammualaikum :)




haaa....tengok budak kecik nih, sekarang ni dah pandai, pantang tengok maklong ada kat rumah ajak keluar rumah pastu tunjuk kereta pastu cakap "nak..nak.." nak apa? "naaakkkk..." nak jalan?? "haaa...." sambil angguk-angguk kepala hamboi..hamboii kemain lagik!
 

Jadi moh la kite layan budak kecik ni bergumbira di Fun Fun Land....















Segala menan kat dalam tu Mia main, takde mainan yang menakotkan pada dia, dengan semua orang Mia boleh kawan tapi masalahnya orang yang tanak kawan dengan Mia SEBAB Mia dok buat kawan tu macam kucing dia ingat jejebon agaknya, melalak anak orang dikejekan huhuu... Kawan dengan maklong jelah Mia....










walopon tempat mainan bebudak, berpeluh-peluh jugak lah maklong kat dalam tu (mana tak maklong yang over!) Puas bermain kat dalam tu keluar carik makan la pulakk....









p/s: boleh follow keek maklong untuk melihat transformasi maklong bertukar menjadi budak kecik yg tak sedo diri ngeee....

suka?

Thursday, April 18, 2013

Budak Merah demok

Share
Assalammualaikum :)













Kesihatan budak Yaya tinge kepet ekor tontot ni semakin baik, syukur alhamdulillah. Badan dia pon kussss semangat dah semakin berisi. Berbeza masa dia memula sakit dulu, susut teruk badan Yaya. Sedih tengok.


Masa tu mummy ingat dah takde harapan si Yaya ni nak sembuh. Yaya cuma boleh minum air jadi mummy cuma bagi a/d yang dibancuh dengan air cair-cair supaya Yaya boleh jilat makanan dia. Tapi semangat Yaya kuat, dia cuba jugak nak makan walaupon mulutnya sakit. Terjerit kengkadang bila tengah makan tu rasa sakit, kesian sangat tengok tapi Yaya tak serik dia cuba jugak nak makan lagi. Jadi mummy pon semangat nak sediakan makanan untuk dia, antara menunya adalah ayam/ikan rebus blender atau kibbles dan wetfood blender.


Lama-lama tu Yaya macam jemu dengan makanan yang mummy sediakan untuk dia. Yaya curi-curi makan kibbles adik-adik dia. Sampai berdarah kadang-kadang gusi dia tu. Jadi mummy stop blender makanan dia, kalau kibbles tu mummy cuma rendam dengan air dicampurkan dengan wetfood. Kalau ayam/ikan rebus tu mummy cuma carik-carikkan jer. Berselera dia makan kadang habis satu mangkuk, tengok lagi muka kite nak mintak lagi hehe...suka mummy tengok.




Semoga Yaya semakin sembuh dan bertambah sihat, amin....

suka?

Wednesday, April 17, 2013

Rombongan Cek Kiah

Share
Hujung minggu lepas mummy join rombongan cek kiah ke Kelantan. Pegi ngan mak, makcik-makcik dan sepupu-sepapat pompuan. Rombongan khas untuk ore tino, hok jate keno tinggal rumoh ekeke...


Kalau dah sume pompuan tuu...tujuan khas mesti la nak sopin. Destinasi pilihan semua ke tempat shoping belaka. Bertolak malam Sabtu, subuh pagi tu sampai, mandi, solat, bersiap-siap terus ke Rantau Panjang. Puas bershoping kat Rantau Panjang bergerak ke Pasar Siti Khadijah sambung sopin kat sana. Malamnya sopin kat Wakaf Che Yeh pulak. Keesokkan harinya, masih tak jemu-jemu sambung sopin kat Pasar Payang, Terengganu lagi huhuu...dasar pompuan!




haa...tengok! kemain ceria muka mak saya dapat bershoping, dari hujung rambut sampai hujung kaki kemain mak yer...mementang abah bagi green light, bersopin sakan dia ewah ewah ewahhh..... saya sopin biasa-biasa jer tak berapa nak sakan sangat laa...maklum laa pegi pon tetengah bulan, pulus pon dah tak berapa nak ada hohoh!


gambar pon tak berapa sempat nak snap! al-maklum laa...saya ni tukang bawak barang saje, dihayak ke hulu ke hilir oleh mak saya. sampai rumah pagi isnin tu memang tak boleh nak buat pape terus pengsan tak menyedorkan diri. ingatkan cuti hari isnin tu nak kemas rumah, nak mandikan jejebon tapi dalam mimpi jelah. maka terselamatlah jejebon sekalian untuk minggu ini. Sekian...










suka?

Wordless Wednesday : Jale-jale make angin

Share


suka?

Friday, April 12, 2013

Tan Tin Ton

Share
Assalammualaikum :)


Ingat lagi tak dengan anak-anak stray mummy. Alah bebudak yang sesuka hati buat rumah mummy macam rumah sendiri tapi tak boleh dipegang tuu... Bebudak ni seibu dengan ibu si Gegirl, muka, kaler dan corak badan pon iras-iras dengan Gegirl. Asalnya empat beradik dua jantan dan dua betina tapi sekor yang jantan tak panjang umur.


Walopon bebudak ni dah cukup selesa kat dalam rumah, tahu segala selok belok kat mana nak tido, kat mana nak makan, kat mana nak sembunyi mereka ni tetap tak mesra alam. Masih takut dan sukar didekati. Tapi sekarang ni dengan mummy dorang dah OK sikit lah cuma kalau ada orang lain datang rumah memang hilang lesap terus tak nampak bayang.


Dulu panggil anak-anak stray tapi macam tak syok pulak. Jadi mummy bagi la nama kat bebudak bertiga ni. Meh mummy kenalkan dengan anak-anak baru mummy Tan, Tin dan Ton...




Yang ni jantan mummy bagi nama Atan. Atan yang pertama berjaya mummy pegang dan berjaya dijinakkan. Atan lebih cool dan mudah dipujuk. Mummy juga dah berjaya mandikan dia sebanyak 2 kali huehue...



Yang ni Aton. betina. Mummy selalu panggil dia Ton jer.. Tonnn ooo Tonn...! Cantik kan Kak Ton ehehe... Mummy berjaya jugak pegang dia tapi masih gagal untuk dijinakkan. Masih takut-takut tetapi sangat manja dengan bebudak jebon.



haaa...yang dalam gambar dengan anak panah tu Atin. Antara 3 beradik Atin yang paling cantik dan paling montel. Tapi sayangnya sampai sekarang mummy gagal pegang dan jinakkan dia. Sangat sangat penakot dan garang. Pernah masa Atin sakit dulu, tangan mummy hancur digigit dan dicakar dengan Atin sebab mummy tangkap untuk bagi ubat pada dia. Punya la banyak darah keluar, menitis-nitis kat atas lantai..ngeri tengok darah sendiri huhuu...


Harapnya satu hari nanti bebudak bertiga ni dapat terima mummy sepenuhnya tak takut-takut lagi. Makin lama makin besar, kalau tak berjaya dijinakkan camana mummy nak sunat kan??? muehehe...

suka?

Thursday, April 11, 2013

Mon & Pilihanraya

Share











suka?

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday : Pensan!

Share


suka?

Monday, April 8, 2013

Apek Demam Panas

Share
Assalammualaikum :)





Tengok Apek ni, kesian tak? Kesian kan...sedih jer muka dia. Apek diserang demam panas sebenarnya. Suhunya mencecah sehingga 105.2°F Memang terkejut gajah masa vet bagitahu tu. Biar betol! panasnya...kesian Apek, patut la dia melepek tak larat.


Pagi hari Jumaat tu masa bagi makan, perasan Apek tidur jer langsung tak kisahkan nak makan. Apek ni pemakan, selalunya dia dulu kalau pasal makan ni dan yang paling last habis makan. Apek memang sentiasa berselera nak makan jadi bila dia tanak makan tu mummy dah agak ada sesuatu yang tak kena.


Bila mummy angkat dan dukung Apek, terasa bahang badan dia. Jadi sebelum pegi kerja tu mummy bagi ubat demam ngan antibiotik pada Apek. Tengahari balik cari cari Apek takde....petang balik pon takde. Cari punya cari jumpa Apek tidur dalam gelung kat bawah pokok rambutan.Terus mummy dukung dia bawak masuk rumah. Memang panas badan dia. Mummy suapkan dia makan wetfood pastu bagi ubat lagi. Malam tu mummy letakkan Apek dalam cage.


Esok paginya bangun bangun jer mummy terus pegi kat Apek. Ya Allah makin panas badan dia! Mummy terus amik air putih dalam petik sejuk dicampur dengan ais, rendam tuala dalam tu dan tuamkan kat kepala dan badan Apek. Oleh kerana klinik tutup mummy call dokter mintak tolong dia datang ke rumah, mujur vet nak datang kalau nak tunggu klinik bukak hari Isnin lama sangat kesian kat Apek.








Lepas cek suhu badan Apek dokter bagi injection untuk turunkan suhu. Dapat ubat demam, antibiotik dan ubat selera makan. Ubat tu untuk 5 hari, dokter kata kalau tak sihat lepas 5 hari tu kena bawak ke klinik semula.


Oleh kerana Apek tak selera nak makan kena force-feed dia jadi mummy beli setin a/d hills tu. Mummy suka bagi a/d  sebab tekstur dia halus senang nak disedut dalam syringe. a/d ni macam nutritional support untuk haiwan pulih daripada sakit, ia mengandungi protein dan bahan-bahan yang sangat mudah dicerna dengan kalori tambahan untuk membantu dalam pemulihan.


Kalau tengok ingredients a/d  mengandungi pork liver tapi ada yang kata untuk pasaran Malaysia ni takde pork Waallahualam...mummy pon tak tahu. Cumanya bila dah tahu ni, berhati-hati lah ketika mengendalikan a/d. Lagipon sekarang kan dah ada Sabun Taharah, kerja-kerja menyucikan diri menjadi  mudah *wink* Ubat telinga tu dokter suruh titiskan dalam telinga Apek sebab taik telinga Apek meleleh keluar dan berbau, dokter kata takut ada infection.


Alhamdulillah lepas 2 hari makan ubat nampak Apek semakin sembuh. Semalam lagi Apek dah mula makan sendiri tak perlu disuap lagi. Syukur sangat sangat! Cuma nampak Apek masih lagi lemah dia lebih banyak tidur dannn... terlebih manja pantang nampak muka mummy mengeow mintak manja hehe..



Al-kisahnya sepatutnya hari Sabtu tu ada jemputan kat Melaka tapi sebab Apek sakit mummy tak jadi pegi jadi tinggallah mummy sensorang, mak abah Mia dan adik-adik semua pegi. Bila dah tinggal sensorang tu nak masak pon takde mood jadi order KFC jelah senang huehue (alasan) Si Apek tengah tidur boleh terjaga mengeow mintak hehe...suka tengok dia macam tu dah nak sihat la tu kan ^^



tuu Apek sedang menjilat mulut lepas makan ayam hehe...walopon tak banyak Apek makan sekurang-kurangnya dah terbuka selera makan dia, dah nak makan sendiri itu yang buat mummy rasa lega sangat, senang lah sikit hati tengok ada perubahan positif...harap Apek cepat pulih semula seperti sediakala, amin...

suka?

Saturday, April 6, 2013

Mana mummy?

Share

























suka?