Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday : JEREBU

Share


suka?

Monday, June 24, 2013

Nifsu Syaaban & Citam

Share
Assalammualaikum w.b.t 


Salam Nifsu Syaaban untuk semua. Sekejap jer masa berlalu kan, tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan seronoknya! Alhamdulillah malam tadi diberi kelapangan menghadirkan diri ke surau yang berdekatan bagi menyambut malam nifsu syaaban dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali dan tahlil.


Sebelum masuk waktu maghrib tu memasing bersiap-siap lah nak ke surau. Si Mia bila tengok orang sibuk pakai telekung dia pon sibok jugak nak pakai. Pakaikan dia anak tudung tersengih suka. Pastu sibuk nak ikut. Tak boleh la bawak kan...atuk dok pujuk Mia cakap nanti bila time nak makan atuk balik amik Mia. Melalak jugak si Mia time kena tinggal tu tapi nak wat camana tinggal jelah kan hehe...


Selesai jer tahlil tengok-tengok si Mia dah ada didukung sorang anak jiran. Ada sorang anak jiran tu, Ain...memang rajin melayan Mia. Tanya kat Ain, "dah lama ker Mia datang?" "baru jer...tadi cik ri balik amik Mia" kata Ain. Sanggup tu atuk dia balik amik cucu huhuu... Selalu dah macam tu, kalau ada majlis kat surau atuk Mia memang rajin bawak Mia datang, tiba time nak makan tu sanggup atuk balik dulu amik Mia. Teringat masa saya kecik, macam tu la jugak abah, rajin bawak saya ke surau naik vespa biru dia hehe..kenangan.




muka happy dapat pakai tudung sampai
dah balik rumah pon tanak bukak...


*****



Ini pulak cerita pasal si Citam. Sehari sebelum mak Citam balik Citam tanak makan. Bagi tu tanak bagi ni tanak semua tanak, Citam macam tak berselera nak makan. Mummy pujuk-pujuk sikit jer Citam makan.





Petang sabtu tu bila mak hangkat ngan kakak kesayangan Citam balik saya terus hantar Citam. Tetengah malam mak Citam call katanya Citam demam panas, patut la dia tak berselera nak makan. Mak Citam bagi Citam minum air zamzam pastu jelumkan badan Citam dengan air. Dua tiga kali jugak mak ngan kakak Citam bangun malam tu untuk jelumkan badan Citam nak kurangkan panas dia. Alhamdulillah esoknya terus sihat. Bila mummy datang tengok, si Citam dah terloncat-loncat bermain sensorang happy la tu mak ngan kakak dia dah balik, rindu sampai demam demam manja sangattt menyampah! :p

suka?

Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban

Share
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yg dengki.”


Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.







suka?

Friday, June 21, 2013

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Share
Assalammualaikum :)










Ingat lagi tak kat budak Citam pengelat mandi ni? Sejak Citam duduk dengan mak hangkat dia, mummy dah jarang ambik dia bawak balik sebab mak angkat Citam yang take over mandikan dia sekarang. Mummy cuma datang bertanya khabar dan hantar makanan untuk Citam saja.


Ni mak angkat Citam ke KL menjengok anak dia sakit. Yang sakit tu kakak kesayangan Citam yang mummy citer dalam handphone dia penuh gambar ngan video Citam pastu dok "adik kakak...sayang adik kakak"  dengan si Citam. Haa...yang tulah! Kakak kesayangan Citam tu masih belajar kat KL nun. Harap kakak Citam cepat sembuh dan sihat semula :)




Si Citam bila balik rumah asik menderam jer...yelah kat rumah ni jejebon makin ramai memang la si Citam tak suka. Dengan mummy sekali kena hissing. Kemain sombong!




Elelee manja! Lama mummy dok pujuk-pujuk baru la boleh bertenang sikit kalau tidak muka ketat sentiasa hehe...

suka?

Wednesday, June 19, 2013

Siapa Adik?

Share











Al-kisahnya mummy kan panggil si Tumi tu adik. Walau dia bukan yang bongsu, walau lepas dia ada si Tan, Tin, Ton pastu datang pulak si Juna mummy tetap panggil Tumi adik, dah terbiasa. Tapi mummy perasan sejak ada Juna ni bila mummy panggil Tumi dengan panggilan 'adik' nanti si Juna pon sibuk datang. Tumi hangin jer kalau tengok si Juna tu datang, si Juna pulak macam sengaja nak mengalan Tumi. Mummy panggil Juna dia datang, panggil adik pon dia datang hehe!

suka?

Monday, June 17, 2013

Kisah Sentap di Hari Bapa

Share



















suka?

Thursday, June 13, 2013

Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Haiwan Peliharaan

Share
Assalammualaikum :)



"An Apple A Day keeps The Doctor Away"  Biasa dengar ungkapan ni kan..Tapi betul ker? Haa...hari ni saya nak cerita pasal epal. Bukan epal merah bukan epal hijau tetapi cuka epal.



Bragg Apple Cider Vinegar. Saya menggemari jenama ini.


Berikut ini diambil dari sebuah artikel oleh Dr Alicia McWatters, Ph.D., CNC:

"Banyak vitamin, mineral dan lain-lain nutrien dan bahan-bahan yang terdapat di Bragg ACV untuk meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan. Bragg ACV boleh membekalkan mereka dengan enzim dan mineral yang penting, seperti kalium, kalsium, magnesium, sulfur, klorin, fosforus, besi, silikon dan mineral lain. Vitamin yang terkandung dalam Bragg ACV adalah bioflavonoids (vitamin P), beta-karotena (pelopor kepada vitamin A), vitamin C, E, B1, B2 dan B6. Tannins dari dinding sel dihancurkan epal segar serta asid malic, asid tartarik, asid propionik, asid asetik dan pektin (serat) juga terkandung dalam Bragg ACV". 


Berikut pula adalah sebab-musabab yang sangat baik mengapa pemilik haiwan perlu sentiasa menyimpan sebotol Apple Cider Vinegar di rumah.

1. ACV mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang penting untuk membantu meningkatkan kesihatan haiwan peliharaan.

2. ACV meneutralkan asid dalam anjing dan kucing. Menambah ACV dalam makanan mereka akan membantu menghilangkan kesan air mata coklat yang selalu terbentuk di bawah mata dengan mengimbangi pH haiwan kesayangan anda.

3. Mencampurkan ACV ke dalam air mandian (separuh air dan separuh ACV) dalam bilasan terakhir dapat menghilangkan kutu dan menghilangkan kegatalan kulit. Dan untuk memastikan kutu tidak kembali, campurkan sesudu kecil ACV dalam air minuman mereka. Laraskan jumlah cuka untuk haiwan kecil.

4. Untuk kurap pula, campuran satu pertiga air dan dua pertiga ACV disapu di kawasan yang berkurap menggunakan kapas dua kali sehari.

5. Untuk jangkitan dan hama telinga, celupkan cotton bud atau kapas dalam campuran ACV dan air untuk membersihkan telinga haiwan peliharaan anda kemudian dengan menggunakan bekas botol penitis mata, titiskan beberapa titik campuran ACV ke dalam telinga. Ulang setiap hari sehingga tanda-tanda jangkitan hilang.

6. ACV boleh disembur pada cage atau pet’s bed setiap beberapa hari untuk menghalau lalat dan membunuh kutu/hama.

7. Pemberian ACV juga boleh meningkatkan selera makan, mata menjadi lebih terang dan bulu akan menjadi lebih berkilat dan lebat.

8. Mencampurkan sedikit ACV dalam makanan atau minuman dapat mengelakkan batu karang dari terbentuk, terutamanya untuk kucing.
Nisbah ACV dan air adalah 1 bahagian ke 4 bahagian:
ACV = 1/2 sudu kecil dan Air = 2 sudu kecil.
Emergency Dose: Beri campuran di atas setiap 30 hingga 40 minit.
Maintenance Dose: Campurkan sedikit ACV ke dalam air minuman atau makanan dua atau tiga kali seminggu.

*terdapat banyak kes-kes kejayaan penggunaan ACV dalam merawat jangkitan saluran/pundi kencing (UTI/FLUTD) yang saya temui sepanjang mencari maklumat tentang ACV ini. Salah satunya anda boleh baca di sini Tiger's success story


Setelah banyak meng-goggle dan membaca saya mendapati bahawa ACV boleh menyembuh pelbagai lagi jenis penyakit, sememangnya ia dapat meningkatkan tahap kesihatan haiwan peliharaan dan yang paling penting ia SELAMAT. Sebagai pemilik kucing, saya rekemen supaya anda mula memberikan ACV kepada kucing/anjing anda. Kalau ada yang bela kuda, kambing atau lembu pon boleh. Haiwan lain saya tak pasti. Sila cari tahu jika ingin tahu. Jangan malas!


*Tips untuk membeli ACV, pastikan ia organic unfiltered, unpasteurized, unprocessed. JANGAN beli white distilled vinegar (cuka suling putih) kerana ia tidak mempunyai unsur-unsur manfaat.


p/s: Sila ambil perhatian, saya bukan seorang veterinarian atau pakar perubatan. Semua maklumat diperolehi daripada pengalaman sendiri, meng-goggle, membaca dan mencaritahu. Maklumat yang tertulis di blog ini juga mungkin tidak sama dengan artikel asal kerana telah diubahsuai berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat pada mummy-mummy dan daddy-daddy kepada anak-anak bulus sekalian.


kredit: 

suka?

Wednesday, June 12, 2013

Abang kesayangan

Share











Malam tadi Apek termasuk parit akibat melarikan diri dari dikejar si jantan samseng. Habis berlumpur badan Apek, nak tanak terpaksa la mandikan. Si Juna sibuk mengekor abang Apek dia. Mummy mandikan Apek dia tunggu depan pintu bilik air. Mummy masuk bilik nak keringkan badan Apek guna hair dryer dia tunggu depan pintu bilik.


Dapat jer jumpa abang Apek terus melekat! Dicium-cium, dijilat-jilat, digesel-gesel naik menyampah mummy tengok, kalau Tumi nampak pon mesti berbulu jer dia...kesian Tumi abang kesayangan dia diambil Juna hehe...

suka?

Wordless Wednesday : Abang-Adik

Share


suka?

Tuesday, June 11, 2013

Sentap

Share












Fakta : Kucing takde akal tapi ada perasaan. Perasaan kucing boleh dilihat melalui matanya, samada ia sakit, sihat, takut, sayang, gembira, sedih dan sebagainya. Sesetengah manusia pula ada akal tapi takde perasaan, sayang kan..

suka?

Monday, June 10, 2013

Perwira vs Arjuna

Share








suka?

Friday, June 7, 2013

Juna Oh Juna

Share








suka?