Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday : Anak Buah & Buah Hati

Share




suka?

Monday, August 26, 2013

Rindu

Share





suka?

Friday, August 23, 2013

TERIMA KASIH

Share
Assalammualaikum & Salam Sejahtera  :)


Terima kasih. Terima kasih pada semua rakan-rakan yang tak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk saya. Terharu dengan sokongan rakan-rakan walau ada di antara kita tidak penah bersua muka. Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya ucapkan.


Alhamdulillah semangat saya semakin pulih. Cuma ada kala-kalanya ketika melihat sesuatu yang ada berkait dengan Apek hati saya mudah tersentuh. Masih terpandang-pandang Apek duduk di atas peti sejuk. Masih tercari-cari Apek ketika memberi makan pada anak-anak. Masih tertunggu-tunggu Apek muncul tiap kali catflap berbunyi. Bila terdetik Apek dah tiada, pasti berlinang air mata. Bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir cuma untuk menghilangkan rasa sebak di hati. Seakan menangis dapat menghilangkan segala kesedihan yang terpendam dalam hati. Lega bila dapat melepaskan rasa sedih itu.


Apek telah kembali ke sisi penciptanya Yang Satu. Saya pasti Apek tenang dan bahagia di sana. Moga diberi peluang untuk saya bertemu dengan Apek, dengan Awang, dengan Oteh dan dengan semua anak-anak yang terlebih dahulu pergi meninggalkan saya di 'sana' nanti. InsyaAllah.....


Terima kasih sekali lagi buat semua rakan-rakan pencinta haiwan saya yang baik hati. TERIMA KASIH!


Gambar kenangan bersama Apek pada Hari Raya Kedua :)


suka?

Thursday, August 22, 2013

Mummy sayang Apek!

Share
Assalammualaikum :'(

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"

Macam ni keadaan Apek ketika terakhir kali mummy melihat Apek petang semalam. Apek kemalangan dan terus mati di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di bahagian kepala dan rahang. Rahang dan giginya patah hingga terkeluar dari tempat asal.




Masa abah bagitahu tu, hati berdebar-debar mengharap yang mati tu bukan salah seekor anak-anak mummy. Sebab masa bagi makan petang tu, mummy kira memang semuanya ada. Tapi bila mummy tengok, memang Apek yang terbaring sudah tak bernyawa di situ. Badan Apek masih panas lagi, memang kejadian tu baru sangat berlaku. Bulu pada ekor Apek masih kembang seolah dia masih terkejut. Abah yang tolong mengangkat dan menanam Apek, mummy cuma terkaku melihat perlakuan abah. Tiada kata-kata dan air mata yang keluar. Tapi bila mak datang sambil mengesat air mata, air mata mummy tumpah keluar tak tertahan lagi.




Perginya Apek dalam keadaan tiba-tiba macam ni memang mengejutkan, tak dapat nak digambarkan perasaan tu, tergamam, tak percaya, sedih, amat sedih! Padahal baru sekejap tadi mummy nampak Apek makan bersama yang lain. Menu petang tu kibbles yang dicampur dengan setin wetfood Qiut. Selalunya Apek yang terakhir sekali siap makan sebab Apek suka tunggu orang lain makan, mana yang tak habis makan tu Apek akan habiskan. Apek selalu berselera untuk makan. Badan Apek juga lebih besar berbanding abang-abangnya.



Ini gambar malam sebelum Apek pergi meninggalkan mummy. Malam tu masa mummy menonton tv Apek sibuk nak naik atas badan, mummy ingat Apek pandang mata mummy, mummy usap-usap Apek sampai dia tertidur. Lama Apek tertidur atas badan mummy. Tak sangka rupanya Apek nak tinggalkan mummy.


Malam tadi bila mummy duduk termenung kosong, tiap kali dengar bunyi catflap mummy berharap Apek yang akan masuk. Mummy harap yang ditanam petang tadi bukan Apek. Mummy harap mummy tersalah pandang. Seekor demi seekor anak-anak masuk tapi Apek tetap takde. Bila anak-anak semua datang berkerumum. Mummy rasa bertambah sedih, sebak sangat dada. Tak tahan mummy terus bangun dan pergi ke rumah mak. Sepanjang malam mummy duduk kat rumah mak. Tak sanggup nak balik bila tengok anak-anak yang lain.




Terimbas kembali di saat-saat pertama kali mummy ambil Apek. Apek menangis tak henti ketika itu. Suaranya bergema satu rumah. Setelah beberapa hari barulah Apek behenti menangis. Apek penakut, rakan-rakan yang pernah datang ke rumah mummy mesti tahu. Apek sangat takut dengan orang yang tak dikenali. Bila ada orang datang rumah Apek akan keluar dan bersembunyi. Apek juga takut dengan keadaan bising sebab tu Apek lebih suka berada dalam rumah. Jarang sekali Apek merayap ke luar rumah, maka kematian Apek dalam keadaan begitu memang tidak disangka. Apek tak nak susahkan mummy, sebab tu Apek terus pergi... :'(



Dari dulu Apek suka tidur menyelit kat celah tangan mummy. Apek suka dipeluk. Mummy suka tengok mata Apek, Apek mempunyai sepasang mata kuyu. Sangat comel pada mummy.









Apek abang yang baik. Apek sangat penyayang dengan adik-adik. Bila ada kucing baru yang lebih kecil Apek lah yang akan menyambut dengan mesra, Apek akan terus jatuh sayang pada mereka. Pada Apek lah tempat adik-adik menumpang kasih. Tentu adik-adik akan rindukan Apek, mummy pon rindukan Apek :'(


Pose istimewa Apek ni selalu buat mummy tersenyum. Suka betul mummy tengok Apek duduk dengan tangan bersilang macam ni. Terima kasih sayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup mummy. Mummy sayangkan Apek! Mummy sayang....sayang Apek....




suka?

Tuesday, August 6, 2013

Samping Raya

Share







Selamat Hari Raya Aidilfitri 
dari kami di meowwmania untuk semua
Mohon Maaf Zahir dan Batin

suka?

Friday, August 2, 2013

Video Beraya Dengan Anjing

Share
Assalammualaikum.


Salam Jumaat terakhir sebelum Syawal.


Dalam bulan-bulan ramadhan ni muncul beberapa isu yang dikatakan menghina Islam. Ada yang memang berniat menghina, ada juga yang tiada niat hina tapi dicop 'menghina'. Sekarang ni kecoh pasal video orang melayu yang menyambut raya bersama beberapa ekor anjing peliharaannya. Padahal video tu dimuatnaik pada tahun 2010 tapi baru sekarang dijadikan isu oleh individu tertentu yang mempunyai motif tertentu.


Bila saya tengok video tu takde apa pon yang boleh dikatakan menghina Islam. Takbir raya tu cuma menunjukkan suasana hari raya. Basuh kaki anjing tu cuma basuh jer untuk jaga kebersihan tapi orang dok kata anjing tu amik wudhu. Pelik betol bila orang cuma pandang negatif dan meng-exaggerate sesuatu benda tu bila berkaitan dengan haiwan yang bernama ANJING. Paranoidnya orang melayu terhadap anjing. Agaknya kalau saudari Chetz tukarkan anjing tu dengan rimau ker tenuk ker tentu orang akan kagum ekk...tapi bila anjing jer dengan tak semena-mena muncul lah 'ustad dan ustajah jadian' melemparkan caci maki nista. Kemain tajam lagi kata-kata kalau buat sembelih ayam pon lut rasanya. Mengutuk seolah-olah mereka lah ahli syurga suci dari segala dosa. Padahal kalau bukan pasal anjing pon dah berkoyan-koyan dosa kita. 


Allah tak menjadikan anjing itu untuk dihina semata-mata. Telah terbukti keistimewaan dan kelebihan yang ada pada anjing yang dapat membantu manusia ketika berlakunya bencana alam seperti kebakaran, banjir dan gempa bumi. Banyak lagi tugas-tugas yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa tapi dapat dilaksanakan oleh haiwan yang bernama anjing ni. Kan bagus ada orang yang sanggup kutip anjing terbiar, yang cedera atau yang sakit pastu dijaga dan dirawat. Kita pon tak boleh nak buat macam tu kan? Jangankan anjing, nampak kucing kurap pon dah dipandang kotor dan jijik. Jadi bila ada orang yang sanggup melakukan usaha macam tu kenapa dikecam? kenapa dikutuk?  Saya pasti sebagai muslim saudari Chetz tahu apa yang dilakukan. Saya pasti beliau mengambil tahu segala yang berkaitan anjing dalam Islam dan telah menimbang baik buruk tindakannya. Apa-apa pon itu adalah urusan di antara beliau dengan Allah S.W.T. Jangan memasal kita pulak dapat dosa kering menuduh yang bukan-bukan.


Tanpa kita kenal seseorang, tanpa kita tahu niat seseorang begitu mudah kita menjatuhkan hukum, menghina, mengutuk,  membenci dan menghasut supaya orang lain melakukan perbuatan sama. Tanpa kita sedar kita sendiri dah melakukan dosa besar dengan memfitnah seseorang melakukan sesuatu yang tidak dilakukan. Saudari Chetz sendiri dah menjelaskan tujuan dia membuat video tu untuk meningkat kesedaran tentang penjagaan anjing dan kebersihan TIADA niat langsung untuk menghina Islam. Individu yang memuatnaik semula video tersebut telah menukar tajuk yang lebih provokasi untuk menghangatkan suasana. Nampak sangat berniat jahat! Sedangkan niat saudari Chetz baik tetapi tuduhan melulu kita membuat kita terjebak dalam melakukan dosa besar.


Saya akui memang ada silapnya, mungkin cara tu salah. Tapi kalau dah namanya manusia, kita takan terlepas dari melakukan kesilapan. Yang paling penting NIAT kita. Niat baik Allah akan permudahkan. Bila salah tegurlah...tapi tegur secara berhemah. Bukan dengan cara menjatuh dan memalukan.


Dosa kita pada Allah kita boleh bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun tapi dosa sesama manusia? Kita perlu mendapatkan kemaafan daripada manusia itu sendiri. Kalau orang tu tanak maafkan? Kita pikul lah dosa tu sampai kat akhirat nanti. Dosa dengan manusia lagi bahaya.


Bulan-bulan Ramadhan ni kita berpuasa, beramal ibadat tapi dalam masa yang sama kita mengutuk mengata orang. Pahala yang kita dapat senang-senang kita bagi kat orang, pastu dosa orang tu pulak kita amik. Tak ker sia-sia...


Walau sehitam mana sekalipun sejarah hidup kita. Selagi bernyawa, selagi itu kita masih berpeluang menjadi ahli syurga. Jika Allah berkehendak dia akan berikan hidayah pada hambanya, walau pada awalnya bergelumang dengan dosa tetapi pengakhiran hidupnya Allah memuliakan dia. Jadi kita kena sentiasa beringat kita tak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita adakah kita akan dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah alhamdulillah...atau Su'ul Khotimah nauzubillah!








p/s: nak tambah ilmu lagi boleh baca entri INI

suka?

Thursday, August 1, 2013

Kuih Raya

Share



 




suka?