Tuesday, October 29, 2013

Arjuna bersunat

Hari Jumaat lepas mummy hantar Juna ke vet untuk disunatkan. Mummy hantar Juna pukul 10, pukul 12 doktor dah telefon bagitahu Juna dah boleh diambil.




Malam dalam pukul 9 baru Juna betul-betul sedar. Juna mengeow panggil mummy, mummy keluarkan Juna dan terus bagi makan. Kesian kelaparan seharian berpuasa. Lepas makan Juna termenung jer...blur agaknya tak pasti apa yang berlaku hehehe..


Lepas tu Juna sambung tidur sampai esok pagi. Esoknya bangun dah cergas macam biasa.

Dah start bergumpal dengan Kirana macam biasa. Bukan reti sakit ke apa, selamba jer bergumpal-gumpal dengan Kirana tu, tendang-tendang, geget-geget mummy yang tengok pulak terasa ngeri!



Wednesday, October 23, 2013

Mon & Mia

Alhamdulillah Momon dah sihat. Sepanjang Momon tak sihat mummy tumpangkan Momon kat rumah mak, mintak tolong Mia jaga. Sihat dah Momon, pandai Mia jaga :p

Dekat dua minggu jugak Momon tak mandi. Sepanjang Mon tak sihat mummy memang tak mandikan dia. Lagipon Momon duduk dalam rumah jer kan jadi bersih la sikit tak la comot macam selalu.

Mia suka sangat Momon ada. Duaplohpat jam berkepit ngan Momon, suka sangat dia. Mon pon tak kisah dibuat main dek Mia, redho jer dia. Good boy Mon, mummy really proud of you my son! :p


















Wordless Wednesday : Cita-cita setinggi kabinet dapur


Wednesday, October 16, 2013

Mon tak sihat

Assalammualaikum  & Selamat Sejahtera


Minggu lepas Mon tak sihat. Mummy perasan Mon tak aktif, duduk setempat tak bergerak. Cek cek badan dia tengok takde luka apa-apa, mummy agak mesti Mon tak sihat. Malam tu bawak Mon masuk tidur sama, memang lain sangat Mon malam tu. Duduk diam jer..selalu kalau naik atas katil tu terus telentang kat tetengah katil. Pagi tu pon sikit jer Mon makan.



Jadi mummy bawak Mon ke klinik. Doktor cek-cek tengok, rupanya Mon demam. 


Dapat satu suntikan, ubat demam, antibiotik dan ubat untuk selera makan. Balik dari klinik tu nampak Mon sihat, lepas makan tidur telentang. Tapi keesokkan harinya Mon murung semula, makan minum kena paksa. Kebetulan ada orang bagi air zamzam jadi kerap mummy suapkan Mon dengan air zamzam tu. Lebih kurang lima hari juga Mon sakit. Hari Raya Korban tulah baru Mon nak makan minum sendiri. Gembira tak terkata rasa, barulah mummy boleh nak senyum kalau tidak muka ketat susah hati mengenangkan anak yang sorang nih.



Badan Mon susut sikit, terasa kurang berat bila dukung dia. Tengok tu muka poyo jer...orang tak sihat la katakan.. Sekarang ni mummy tinggalkan Mon kat rumah mak, Mon dilarang keluar rumah. Kalau kat rumah mummy tu ramai sangat jebon Mon tak suka. Jadi tumpangkan kat rumah mak sampai dia betul-betul sihat. Malam nak tidur baru mummy amik Mon.









Tuesday, October 8, 2013

Main







Macam ni la gayanya bila yang tua tak sedo diri bermain dengan budak kecik hehe... Kirana ni untung sebab dia dilayan baik oleh jejebon dewasa berbanding Arjuna. Dulu masa Juna kecik, jangan harap la dia nak dapat bermain bersama jejebon dewasa macam ni. Datang rapat sikit pon dah kena lepuk, harapkan abang Apek jelah si Juna tu nak bermain dan menumpang kasih.


Lain ceritanya dengan si Kirana ni. Dia diterima baik oleh jejebon dewasa. Kirana boleh tidur bersama, makan bersama, main bersama dengan mereka. KakakBaby yang garang giler tu pon boleh diajak main. KakakBaby ni lorat dengan jejebon lain. Kalau dengan Omel, Oneng, Omot, Juna dan jejebon kecik yang lain memang selalu dihambat. Dia tak suka dengan budak kecik kecuali anak-anaknya si Mon & Min. Tapi dengan Kirana dia takde masalah. Untung budak itam nih...hitam legam gelap gelita, walaupun hitam ramai yang suka :)

Friday, October 4, 2013

Joy kembali ke sisi penciptanya...

Joy dah tiada...
Joy dah pergi....
Maafkan mummy....


Entri jam 8 tadi sebenarnya mummy tulis petang semalam dan mummy jadualkan untuk dipublish pada pukul 8 pagi ni. Nampaknya Joy dan Kiki tak sempat berkawan, Joy dah pergi dulu tinggalkan kami :(



Pagi tadi macam biasa bangun dari tidur mesti mummy akan jengok Joy dulu. Tapi pagi tadi hanya tubuh kaku Joy yang mummy lihat. Joy dah pergi. Sungguh mummy tak sangka. Mummy meletakkan harapan yang tinggi untuk Joy hidup lama bersama-sama mummy dan anak-anak yang lain. Rupanya umur Joy tak panjang.



Mummy gembira tak terhingga bila Joy mula nak makan sendiri. Petanda untuk Joy terus sembuh, membesar kuat dan sihat. Bila malam mummy akan keluarkan Joy dari cage, Joy akan berjalan-jalan dalam rumah dan menegur abang-abang dan kakak-kakak yang lain. Malam tadi bila mummy keluarkan Joy, Joy cuma duduk di bawah bangku sambil grooming membersihkan diri. Mummy cuma tersenyum melihat Joy menjilat-jilat tubuh kecilnya. Joy berselera makan dan mula membersihkan diri sendiri. Hati mummy berbunga, harapan mummy tinggi.



Sebelum masuk tidur mummy buatkan susu kambing untuk Kirana dan Joy. Tapi Joy tak mahu minum jadi mummy suap menggunakan syringe. Joy telan juga susu yang mummy suapkan tapi tak banyak. Joy meronta tak mahu minum lagi jadi mummy tak paksa. Mummy lap mulut Joy, mummy cium selamat malam dan mummy masukkan Joy dalam cage semula.



Cuma empat hari Joy bersama mummy. Mummy harap Joy dapat rasa kasih sayang ikhlas yang mummy berikan pada Joy. Walau hanya seketika, mummy dah jatuh sayang pada Joy. Sayang sungguh sungguh. Harap Joy tahu itu. Harap Joy dapat rasa. Selamat tinggal sayang...

Kawan