Wednesday, December 18, 2013

Ayam

Assalammualaikum & Selamat Hari Rabu


Ni haa...mummy nak cerita pasal si Kirana. Kirana dah pandai melompat naik atas kabinet kat dapur tu. Dah besar rupanya Iki, tak perasan mummy. Sebelum ni Iki cuma tengok jer abang-abang dia melompat atas kabinet tu, Iki cuba jugak tapi tak pernah lepas. La ni dah lepas dia melompat. Dah beso anak mummy ni rupanya yer...


Sejak dah pandai melompat naik ni memang duaplohpat jam lah dia duduk bertenggek atas kabinet tu, paberet port kat atas microwave oven. Lepak atas microwave tu sesambil ambik angin tengok pandangan kat luar. Iki tak macam jejebon lain suka melepak kat luar. Iki lebih suka lepak dalam rumah, catflap tu pon Iki tak pandai guna lagi.


Iki tak macam Juna, kecik-kecik lagi dah sibuk mencuba nak keluar ikut catflap. Tengok abang kakak dia keluar masuk dari catflap tu langsung dia tak teringin nak mencuba. Pelik budak sekor nih. Tapi takpe lah senang hati mummy, sebab tu mummy tak payah letak Iki dalam cage bila mummy keluar atau bekerja sebab mummy tahu Iki tak akan berani keluar. Kalau Juna dulu tiap kali mummy keluar memang kena letak dia dalam cage, bimbang dia mengikut abang-abang dia keluar. Kang dah keluar tak pandai nak masuk pulak.


Tapi budak Iki ni bagus, tiap kali mummy balik dia setia tunggu mummy kat depan pintu. Bukak bukak pintu jer nampak budak itam ni dah tercongok dok pandang mummy hehe...good girl anak mummy sekor nih :)





Wordless Wednesday : PerWira & ArJuna



Monday, December 16, 2013

Cerita hujung minggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


15.12.13/AHAD - Mummy pergi ke Expo Pet World di Danga City Mall, JB. First time pergi, kebetulan mummy pon ada menang contest Like & Share di FB Pet World. Jadi sekaliarong pergi untuk claim hadiah yeay!


Kalau berkenaan haiwan-haiwan ni memang wajib bawak budak Mia tu sekali. Seronok betul Mia, macam-macam haiwan ada. Tapi yang paling Mia teruja bila jumpa ulo ekeke...






Dengan ular tak tak takot dengan anjing besar-besar pon tak takut. Nampak anjing terlompat-lompat suka. "somel..somel..", kata Mia. Tapi bila dengan burung kemain takut, sampai nak menangis bila maklong pegang burung ekeke...entah pape jer budak Mia tuh



Bila Mia nampak ular kekecik ni menjerit-jerit dia "nak..nakk..." terus maklong tarik Mia pergi tempat lain. Buatnya Mia nangis berguling mintak ular tu lagi parah!


Bila tunjuk cicak ni kat Mia, Mia cakap "eeeee...titak geyi uwekk!" ahahaha...takot cicak sama cam maklong, bagus!


Booth Brit tempat mummy claim hadiah. Thank you Brit!


Brit Care Castrate Chicken and Rice Formula untuk kucing yang telah dimandulkan. Ia merupakan makanan super premuim yang mudah dicerna dan dirumus khas untuk memenuhi keperluan kucing yang telah dimandulkan. Kandungan pH optimum untuk menyokong fungsi buah pinggang yang sihat dan bertindak sebagai pencegah pembentukan batu karang.


Bagus juga untuk bulu, kulit, gigi (mencegah pembentukan tartar) immunity support dan ANTI-AGING factor! Ni yang buat mummy rasa macam nak makan sekali nih. Jeles la nanti jejebon sume awet muda akikiki...



Sebelum ni mummy bagi Blackwood kat jejebon. Tapi stok Blackwood kat sini tak menentu, kadang kena tunggu sampai setengah bulan baru dapat. Leceh jadi mummy tukar ke Equilibrio. Tengok Brit ni pon ok jugak, jejebon pon suka. Harga pon lebih kurang jer...EQ 10kg = RM150, Brit Care 7.5kg = RM130. Mungkin boleh buat tukar-tukar ngan EQ sebab jejebon ni kalau makan mende yang sama..mulalah tunjuk macam jemu, macam tak selera nak makan..mengada!


Kirana lagi lah pilih yang Brit jer...EQ langsung tak sentuh. Poyo!

Thursday, December 12, 2013

Bantuan Rakan-Rakan Pencinta Haiwan Diperlukan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Mummy copy paste bulat-bulat dari Page ShomeyShayang kakak GtHans. Mohon bantuan dari rakan-rakan pencinta haiwan. Hulurkan tangan ringankan beban, sama-sama kita bantu. Esok lusa kita susah siapa tahu




Ini Oyen..kucen terbiar dekat tempat keje kawan..tetiap ari kawan akan bagi si comey ni makan..Alhamdulillah..sesama berkongsi rezeki..

Namun kisah sedih bermula bila Oyen ditimpa kemalangan beberapa hari yg lalu..kaki Oyen patah..luluh ati teman bila guard khabarkan berita sedih ni..

Pencinta haiwan macam kita..walau kucen terbiar..mana laa sanggup bila tengok dia menderita..lalu kawan bawa balik umah..sblm ni bkn taknak bawak balik..tapi keadaan tak mengizinkan sbb kucen kat umah pun dah berpuluh ekor..





Oyen sgt kuat..walaupun sakit..tapi tetap bertahan..kawan bawa ke klinik..bila x-ray..nampak tulang Oyen patah 3..kos pembedahan rm1500+..mahal..hibanya ati bila tak dapat bantu Oyen dgn segera..

Terpaksa bawa Oyen pulang dulu..kaki Oyen dibalut kemas..tapi skang katanya dah terbuka sbb Oyen rimas..risau rasanya sbb bila banyak bergerak..mungkin tulang akan mencucuk isi..dan kemungkinan akan tembus pada kulit jika tidak dirawat..sabar yer Oyen..

Skang Oyen hanya makan ubat dan dijaga dgn kasih sayang oleh teman sementara dapat kumpul duit utk pembedahannya..kiranya ader teman2 yg simpati dan sudi merderma utk segerakan pembedahan Oyen..bleh hulurkan bantuan anda di akaun ini..


Maybank = 1571 3959 7831
Noor Huwaina Muhani


Kesudian anda didahului dgn ucapan terima kasih..InsyaAllah..lepas Oyen sembuh..Oyen takkan terbiar kat luar sana lagi..