Wednesday, January 15, 2014

BabyMushuk kembali kepada penciptanya

Share
Assalammualaikum




BabyMushuk dah takde..
BabyMushuk dah pergi...


Petang tadi makcik senah datang ke rumah. Dalam keadaan menangis dan mengigil-gigil, makcik senah berkata "acik mintak maaf, baby..pakcik kau terlanggar baby.." Takpe nanti saya tengok, kata mummy cuba berlagak tenang. Sedangkan ketika tu perasaan mummy dah tak tentu arah memikirkan keadaan BabyMushuk.


Mummy masuk ke dalam bilik utk menyalin pakaian. Dalam kelam kabut tu mummy sempat tengok jam 6.40 petang. Takpe ada satu klinik masih bukak dalam hati mummy berkata. Dalam pada tu mummy berkira-kira samada nak bawak carrier sekali ataupon tidak. Dalam masa yang sama mummy terdengar suara mak memanggil. Mummy terus meluru keluar dan kami sama-sama pergi ke rumah makcik senah.


Sambil berlari-lari tu makcik senah sempat menceritakan yang dia dan suaminya baru pulang dari pasar malam. Masa nak masuk parking tu tiba-tiba BabyMushuk meluru keluar dan suaminya tak sempat memberhentikan kereta dan terlanggar Baby. Baby sempat berlari kemudian rebah di bawah pokok.


Bila mummy sampai ke rumah makcik senah BabyMushuk masih di situ. Baby bernafas dalam keadaan mengigil. Mummy usap BabyMushuk sambil bacakan Fatihah. Mummy lihat sendiri Baby menarik nafas yang terakhir dan berhenti bernafas. Takde setitik darah pon pada mana-mana bahagian badannya.


Innalillahiwainnailaihirojiun, sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali...








Mummy dukung BabyMushuk, mummy bagitahu pada makcik senah mummy nak tanam sendiri BabyMushuk. Makcik senah yang masih menangis, berkali-kali meminta maaf pada mummy. Mummy tak salahkan makcik senah mahupun suaminya, dah sampai ajal baby kata mummy.



Mummy semadikan BabyMushuk di belakang rumah sebelum Isyak tadi. Baby kelihatan tenang seperti sedang tidur. Mummy tahu baby tak lama sakit, senang sangat baby pergi. Baby anak yang baik semasa hayatnya, baby tak pernah susahkan mummy. Sakit pon jarang sekali. Ramai yang sayangkan baby, mummy tahu sebab baby anak yang baik.


Mummy sayang BabyMushuk selamanya...


BabyMushuk
10/06/2010 - 15/01/2014



suka?

15comments: