Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul 1435H

Share
Esok 12 Rabiulawal hari bersejarah bagi umat Islam yang akan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Surau di tempat saya, sambutan Maulidur Rasul akan dibuat pada 15 Rabiulawal (17 Januari 2014). 


Sambutan Maulidur Rasul biasanya akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat, berzanji dan berceramah tentang sirah baginda Rasulullah. Yang paling best mesti la dapat makan nasik maulud dalam dulang ramai-ramai hehe..(teruk betul perangai asik ingat makan jer...)


Sempena memperingati hari kelahiran Rasulullah marilah sama-sama kita mencintai baginda dengan memperbanyakkan berselawat kepada baginda. Moga kita mendapat syafaatnya, insyaAllah...



Bersama-sama kita mencari keredhaan Allah, mencintai Rasulullah dan jangan lupa berkasih-sayang dan tolong-menolong sesama insan dan haiwan yang memerlukan.





video




Ya Rasulullah...
Kami merinduimu....

suka?

1 comments: