Wednesday, February 26, 2014

Budak Penghisap Nenen

Share
Assalammualaikum & Selamat Pagi :)





Haa...siapa yang follow FB atau Instagram mummy mesti dah maklum kisah gambar ni. Budak Adu ni kan mummy paham la dia kecit lagi, tengah gian nak  menyusu. Asik menyondol jer cari tempat nak menyonyot, segala mende hidup dan mende tak hidup jadi mangsa Adudu.


Termasuk lah mummy, time ni tengah dok rilek-rilek tengok berita. Datang budak Adu ni dia naik atas riba mummy, memula menyonyot baju, pastu naik kat leher, pastu kat muka, hidung, pipi, bibir, telinga semua dinyonyotnya. Sampai kat kelopak mata punya lah lama dia menyoyot chot..chot! bunyi dia. Sampai keluar air mata mummy menahan sakit.






Dan inilah kesan dari nyoyotan si Adu. Sampai terbit darah dibuatnya, patut la sakit benor rasanya. Ni kalau orang nampak kata mummy tak bagi susu kat Adu pulak, macam kebulur benor. Padahal sehari sampai 4 5 kali mummy bagi susu. Pagi, tengahari, petang dan malam sebelum tidur itu yang wajib.


Puting botol susu pon sampai putus kena kunyah, ni bayangkan kat mata mummy...


Kalau tengok budak Adu ni asik mengiau jer, mummy bagi lagi. Makan pon dah makan, mummy bagi ikan dan ayam rebus. Tapi asik lah menyondol cari nenen, kalau menyondol kat abang-abang ngan kakak-kakak dia memang kena terajang lah jawabnya. Jadi mummy lah yang selalu jadi mangsa keadaan, kalau kat baju tu takde hal punya ini kat mata sampai berbekas pulak tu huhuu....



                         Now you see                                      Now you don't



Pagi tadi masa bersiap nak pergi keje, mummy termenung depan cermin. "Camana nak cover ni?" Nak pakai eye shadow mummy memang tak gheti. Last-last mummy tepek bedak banyak-banyak kat kelopak mata tu. Eh tapi ada jugak yang perasan! Pagi tadi sebelum pegi keje singgah rumah mak nak sarapan (alamak kantoi lak sarapan kat umah mak ekeke..) Pastu mak tegur, "kenapa mata ko tu..?" Adeh!


Nampaknya lepas ni mummy kena pastikan mata tidak berkelip ketika berurusan dengan orang kelak. Kang jangan tanya pulak kenapa mata mummy sentiasa terbeliak wuwuwuuu...*nanges!






BEWARE



BUDAK PENGHISAP NENEN!!

suka?

8comments: