Monday, February 17, 2014

Jejebon dapat adik baru

Share
Assalammualaikum :)


Mummy nak share satu berita sebak, gembira sekaligus geram ngan korang ni. Korang nak tahu tak?? Kalau tanak tahu tak yah baca, kalau nak tahu sila teruskan membaca. Haa..poyo tak?? Poyo Momon dah jangkit kat mummy ngeee....


Camni ceritanya, pagi tadi macam biasa lepas settlekan jejebon. Kemas rumah lebih kurang, mummy pon terus bersiap nak pergi kerja. Lepas keluar bilik air tu, entah kenapa tetiba mummy terasa nak menjengah ke luar tingkap. Tiba-tiba satu objek hitam kecil bergerak-gerak atas jalan menangkap pandangan mummy.


Keadaan pagi tu agak gelap sebab lampu jalan depan rumah tu rosak. Bila mummy amati betul-betul, memang tak silap kata hati mummy ia adalah seekor anak kucing. Anak kucing tu umpama hilang arah berpusing-pusing kat tengah-tengah jalan tu. Mummy menjerit bila kenderaan lalu-lalang kat situ, kering darah! Mujur semua kenderaan nampak dan berjaya mengelak budak kecik tu.


Kalau ikutkan hati mummy, nak jer mummy berlari keluar amik budak kecik tu dengan tuala masih di badan. Mujur lah masih siuman ketika tu, macam lipas kudung mummy sarung baju sambil mulut sempat berdoa "Ya Allah selamatkan lah anak kecil itu, selamatkan lah Ya Allah.. selamatkan lah". 


Mummy terus pecut melompat turun tangga nak mendapatkan budak kecik tu. Sampai kat jalan tu, tiba-tiba budak kecik tu hilang. Dalam hati dah fikir yang bukan-bukan. Cari kat seberang jalan takde, jengok dalam longkang pon takde. Rupa-rupanya budak kecik tu ada kat timbunan sampah sebelah tong sampah sedang menghidu-hidu plastik sampah kat situ. Terus mummy angkat "kamu lapar yer...meh ikut mummy balik yer.."



kelaparan kesian....budak kecik ni makan ayam dan baby carrot rebus

dah wangi dah bersih, tak padan kecik taik tinge setimbun!

Mummy sempat bawak budak ni pegi vet tengahari tadi. Takde kutu, takde kurap cuma mata tu berair. Dah letak ubat mata dah makan ubat cacing. Moga membesar kuat dan sihat yer sayang...


Jadi mummy perkenalkan anak baru mummy....


panggilan manja Adu. Dah ada lagu rasmi okk....


"Adu sayang...Adu kasih...mummy dah geram nak kunyah kamu.. 
Adu usah... Adu engkau... cuba cuba nak elak!" 
(sila nyanyi mengikut tempo lagu Aduh! dari Ajai) 

suka?

11comments: