Saturday, February 22, 2014

Kirana berpantang

Share
Assalammualaikum...hehehe




Alhamdulillah dah selamat Kirana. Tak sangka anak mummy ni dah jadi anak dara sunti ehee... Pejam celik pejam celik lebih kurang 5 bulan dah Kirana bersama mummy.  Masa mummy jumpa Kirana dulu, mummy anggarkan Kirana ketika itu berusia satu atau dua bulan. Memang dah cukup umur untuk Kirana dikembirikan.


Kalau ikutkan mummy tak terfikir pon nak kembirikan Kirana cepat-cepat. Badan Iki pon kecil molek jer...masih baby pada mummy. Tapi di sebalik tubuh kecil moleknya tu, rupa-rupanya Kirana dah ada boipren! Kantoi berdating dengan mak, mak kata mak nampak Iki ngan kucing jantan hitam jiran kat belakang rumah. Kemain menggedik si Iki bergolek-golek depan kucing jantan tu. Mak kata, pandai pulak pilih boipren sama-sama hitam sama-sama legam ahaha!


Bila mak report dengan mummy tu, apa lagi mummy pon terus call vet set appointment untuk Kirana.  Hari Jumaat tarikh yang telah ditetapkan. Hari Khamis petang tu mummy potong kuku Iki, lepas tu mandikan Iki, lepas mandi bagi Iki makan. Petang tu last Iki makan selepas tu Iki kena puasa.


Hari Jumaat pukul 10.00 mummy hantar Iki ke klinik. Pukul 3 petang vet call kata dah boleh ambil Iki. Bila mummy sampai Iki dah pon sedar sepenuhnya. Vet pon dah bagi makan. Bila tengok Iki dah segar-bugar camtu lega hati mummy. Walaupon dah banyak pengalaman kembirikan kucing, perasaan risau tu tetap ada. Balik dari hantar kucing ke klinik, mummy kat rumah mesti berdebar-debar, mulut tak lepas berdoa moga dipermudahkan segala urusan, moga selamat semuanya. Syukur alhamdulillah, sepanjang mummy menjaga kucing dari tahun 2000 dan sebanyak 30+- ekor kucing yang mummy kembirikan, alhamdulillah takde berlaku apa-apa yang tidak diingini.




Sekarang ni Kirana dalam tempoh berpantang. Untuk sementara waktu Iki kena duduk dalam cage. Nak suruh share ngan Adu memang tak nak la dia kan. So mummy buat dua partition cage tu, Akiki kat atas Adudu kat bawah. Menderam-deram si Kiki hehe..sabar yer sayang dua tiga hari jer lagi.


suka?

1 comments: