Monday, February 10, 2014

SUPERCAT SPRAY

Assalammualaikum :)


Apa khabar mama papa kucing semua? Hari ni mummy nak berkongsi satu produk yg best kebabom! Pertama kali terpandang mummy terus teruja nak mencuba. SEBAB produk ni sangat dekatttt di hati mummy ahaks!

Nak tahu produk apa?? Haa…meh sini mummy citer. Memperkenalkan....



SUPERCAT BATH SPRAY!!




Sedia maklum kan setiap minggu mummy akan mandikan jejebon. Dengan menggunakan SuperCat Bath Spray ni keje memandikan jejebon menjadi lebih mudah! Jimat masa dan tenaga. Takde lah rasa macam nak patah pinggang tiap kali selesai mandikan para jejebon ni semua. Mummy cuma perlu spraykan sahaja. SUKA! SUKA!


Jejebon ni walau dah terbiasa dimandikan tetap lah teserlah ketidaksukaan pada aktiviti mandi itu. Nama pon kucing kan, mereka memang tak sukakan air. Jadi dengan menggunakan SuperCat Bath Spray ni tak perlu lah jejebon ni mandi sehingga basah lencun. Mummy cuma perlu spray, ratakan dan biarkan kering. Amat mudah! 



Apa itu SuperCat Bath Spray?

SuperCat Spray adalah cecair bagi membersihkan badan dan bulu kucing. Ianya telah diformulasikan oleh Dr. Harley Farmer (Pakar Veterinar dan Virologist) yang menggunakan teknologi daripada UK. SuperCat Spray merupakan produk muslim dan mendapat pengiktirafan HALAL U.K


SuperCat Spray juga bertindak sebagi antivirus, antibakteria, antifungus, antikutu dan antihama. Ianya amat selamat kerana tiada bahan kimia atau bahan beracun kerana dihasilkan dari ekstrak tumbuhan dan mesra alam. Tidak juga mengandungi alcohol.


Dan yang bestnya SuperCat Spray juga dapat membantu dalam penyembuhan luka, dengan menghalang jangkitan dari berlaku (bunuh kuman). Untuk luka bernanah atau kurap hanya perlu semburkan di tempat bermasalah 2-3 kali sehari. Untuk penggunaan harian sembur, ratakan dan biarkan kering. Bagi masalah kutu setelah kering sikat bulu kucing utk mengeluarkan kutu yang mati. Semburkan sekerap mungkin, teruskan penggunaan sehingga kucing bebas dari telur kutu. 


Super Cat Bat Spray juga boleh digunakan ke atas haiwan lain seperti anjing, hamster, arnab, sugarglider  dan sebagainya.


SuperCat Bath Spray amat amat sesuai bagi mereka yang membela kucing secara indoor. Yang bela indoor-outdoor macam mummy ni pon sesuai juga. Cuma SuperCat Bath Spray ni tak boleh lah nak menghilangkan kesan kotor pada bulu kucing. Tapi bila dah guna SuperCat Bath Spray ni, tak perlu lah mummy mandikan jejebon tetiap minggu, sebulan 2 atau 3 kali sudah memadai.


Contoh macam Si Teteh mummy tu, yang sentiasa comot. Muka bercompang-camping, badan bercalar-balar macam askar balik berperang sentiasa. Kalau si Teteh tu memang wajib dimandikan, lepas mandi keringkan bulu baru mummy spray dengan SuperCat ni. Bersih bersinar-sinar jadinya si Teteh kehkeh…


Satu lagi bila tiba musim hujan. Time tu mummy memang tak mandikan lah jejebon bimbang terkena selsema.  Mummy  cuma lap-lap dengan towel basah atau wet tissue sahaja. Sebab jejebon ni dah terbiasa mandi, bila tak mandi tu nanti mulalah memasing tergaru-garu tak selesa. Tapi dengan adanya SuperCat Bath Spray ni memang seswai sangat lah! Tak perlu nak risau lagi mummy cuma spray spray sahaja. Baunya juga harum tidak terlalu wangi yang menusuk hidung. Mummy suka!


Jadi kepada mama papa kucing yang berminat dengan SuperCat Bath Spray ni boleh klik link INI atau FB untuk keterangan lanjut. Mereka yang terawal mendapatkan SuperCat Bath Spray ini akan menerima SuperCat Antimicrobial Spray yang boleh disemburkan pada sebarang permukaan seperti sangkar kucing, litter tray, sofa, carpet juga di dalam kereta. Ia bertindak sebagai disinfectant.


Beli 1 SuperCat Bath Spray (bernilai RM59) dapat 1 SuperCat Antimicrobial Spray (bernilai RM69) dengan hanya RM99.00 (SM) RM109.00 (Sabah/Sarawak) Free Postage. 





SUPERCAT BATH SPRAY!!
“Tak perlu mandi, spray aje.”


KUTU lari. 
VIRUS mati. 
HAMA tiada lagi. 
LUKA  sembuh. 
KURAP  hilang. 


4 comments:

Chika said...

hahahaha mumy dh malas mandikan korang semua.. pasni asyik kene sembur la korang. kikiki

Ms J said...

mesti citam yang paling hepiiii!

aby said...

salam mm ..
satu produk yg baik tu ..
klu nak mandikan longhair ni faham2 jer la cereweknya ..
lps ni kita sembur jer ..
oh yer ..
sabtu dan ahad yg baru lps ni aby di JB ..
ni link aby kt sana ..
http://satuperlumbaan.blogspot.com/2014/02/berkunjung-ke-johor-bahru.html

annyaty said...

terimakasih mm utk info yg berguna