Wednesday, February 19, 2014

Tiga beradik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Ini Omel. Sekarang Omel tengah sakit, sakit mulut. Hampir sama sakitnya dengan Merah dulu. Omel menghadapi kesukaran untuk makan. Badannya juga semakin susut. Mummy terpaksa suap Omel makan kerana Omel tak mahu makan sendiri. Tapi syukurlah Omel masih boleh menelan makanan. Makanannya samada ayam atau ikan rebus yang diracik-racik. Omel tak boleh makan makanan yg diblender halus, kerana makanan tu akan melekat pada gusi dan akan menyebabkan rasa sakit. Jadi Omel hanya menelan makanannya.  Selain antibiotik mummy beri Omel Vetri DMG dan minyak Sabatussauda.



Sebenarnya ketiga-tiga beradik ni (Omel, Omot dan Oneng) menghidap penyakit yang sama. Yang pertama sekali kena adalah si Omot. Hampir 2 minggu Omot tak boleh makan. Sehingga badan Omot jadi kurus melidi. Vet cuma bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Habis ubat dimakan Omot masih sakit. Selepas tu mummy cuba bagi Vetri DMG dan jaga pemakanannya. Menu Omot cuma ayam atau ikan rebus dan a/d. Alhamdulillah...dengan izin Allah Omot sembuh.


Oneng pula boleh makan seperti biasa cuma ada kala-kalanya mulutnya akan sakit ketika dia sedang makan. Oneng tak sentiasa sakit seperti Omot dan Omel. Antara tiga beradik ni Oneng yang paling ringan sakitnya. Cuma yang peliknya mereka tiga beradik boleh mendapat sakit yang sama. Kalau nak kata pemakanan, sama jer mummy bagi makan kat semua anak-anak. Tak dibeza-bezakan, takde yang lebih takde yang kurang.


Omel cepat sembuh yer sayang...

Mummy pon tak pasti apa puncanya, walau apa pon yang mummy harapkan sekarang ni agar Omel boleh sembuh semula seperti sediakala.

5 comments:

juls julie said...

lahai ciannye dia..semoga cpt sembuh ler yerr :)

Naz said...

Genetik kot

m.q said...

ini rasanya penyakit keturunan diorg kot

saya said...

Kesian omel..harap cepat sembuh. Kesian kat adu jugak...tak pasal je kena pulau. Hope lepas ni semua jadi kawan baik..kirim salam peluk cium kat semua budak noty tu dgn ucapan, kerap2 la jadi tarzan kat rumah biar mummy awak pening berganda. Hehehehehee...love you.

Mas Zull said...

assalamualaikum mummy...alorrr cian nyer die...:)