Wednesday, April 9, 2014

Aton dah selamat :)

Share
Aton dah selamat dimandulkan. Syukur Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Rasa lega sangat-sangat.  Hari tu tak dirancang pon,  memang rezeki nak mandulkan Aton agaknya. Mummy dapat tangkap Aton ketika Aton sedang lena tido kat kerusi stor belakang. Selalunya Aton tido-tido ayam, pantang terdengar derap kaki berjalan dia mudah terjaga. Tapi hari tu memang lena betul dia tido, tak sedar langsung mummy datang menghampiri hinggalah di saat mummy dapat pegang batang tubuh dia.


Mummy peluk kemas supaya tak terlepas, terus mummy dukung bawak masuk cage. Lepas tu mummy terus call klinik dengan harapan dapat buat pada keesokkan harinya. Tapi malangnya mummy diberitahu doktor takde selama dua hari kerana berurusan di kolumpo. Hampanya perasaan ketika tu. Nak tak nak terpaksa la kurung Aton 2 hari. Harap sangat Aton tak buat perangai, tak mengamuk bila kena kurung nanti. Risau kalau sampai dia cederakan diri sendiri sebab marah kena kurung. Tapi syukurlah Aton tak mengamuk dia cuma menikuskan diri setiap kali mummy datang dekat dia. Duduk terjeruk kat hujung cage sementara mummy bersihkan litter tray atau hantar makanan.


Hari kedua tu petang lepas bagi makan mummy terus puasakan Aton. Esok paginya mummy hantar Aton ke klinik. Petang lebih kurang pukul 4 tu, klinik dah telefon bagitau Aton dah boleh dibawa pulang. Empat hari lepas tu mummy lepaskan Aton. Kesian Aton duduk dalam cage lama-lama. Aton pon dah mula mencakar-cakar cage minta keluar. Tengok keadaan Aton pon dah semakin pulih, selera makannya bertambah-tambah buat mummy rasa lega nak lepaskan dia.


Lepas mandulkan ni nampak Aton tak pergi jauh, ada jer kat kawasan rumah. Duduk lepak kat stor belakang atau kat bawah pokok rambutan. Cuma masih trauma bila mummy datang dekat, takut agaknya kalau ditangkap lagi ehehe...






















Aton dah selamat. Lepas ni turn Atin pulak. Tunggu anak-anak Atin cerai susu dulu. Moga dipermudahkan urusan untuk Atin pulak lepas ni, amin...

suka?

4comments: