Monday, April 14, 2014

Kekenit Atin

Selamat hari Isnin!!
Saya suka hari Isnin sebab hari Isnin ada pasar malam, nak beli apam balik sedap weeee....


Bertambah hepi lagi bila Atin dan kekenitnya dah kurang takut dengan mummy. Dah tak menggelupur lari lagi bila nampak mummy. Rasa hepi sangat sangat! Berbaloi rasanya susah payah mummy selama ni cuba nak jinaknya mereka anak-beranak. Lama-lama fahamlah mereka mummy cuma nak tolong. All I need iz time bebeh ;)



Masa ni mummy nak bersihkan cage. So mummy keluarkan semua supaya senang mummy nak buat keje. Atin terus baring dan panggil anak-anak dia untuk menyusu. Sampai mummy siap bersihkan cage tengok elok jer semua bergumpal. Pandai Atin jaga anak-anak dia :)



Kasih ibu sampai terselit kat bawah cage tu kena sondol ngan kekenit. Anak Atin yang beso tu dah pandai makan, mummy bagi wetfood+kibbles+susu. Tapi masih jugak nak menyoyot, pantang ada peluang menyondol saje. Dia dah la beso kalah adik-adik yang kecik tu. Jadi tiga ekor yang kecik tu kena la campur bagi susu botol kalau tidak menangis kelaparan tak cukup susu.



Kenit yang beso anak Atin yang kecik anak Aton. Anak Aton yang ni lah yang tertinggal kat atas syiling rumah nenek remah aritu. Paling aktif, paling lasak, paling berani..cage tu dia dah pandai panjat sampai tingkat atas haihh...seram mummy. Tergolek cat dah berapa kali, memang lasak sangat budak nih! Ni baby lagi nih esok esok dah besar camane lah gayanya. Empat hekor pulak tu, pensan mummy! kena buli jelah ngan kekenit ni nanti huhuhu


Moga membesar sihat dan kuat semuanya, amin....

1 comment:

Mas Zull said...

assalamualaikum mommy...comel semuanya...;)